Blog Cik Emma: 5 Sebab kenapa sukar lupa bekas kekasih..

11 June 2011

5 Sebab kenapa sukar lupa bekas kekasih..

Jatuh cinta memang senang , sesaat ja kita boleh jatuh cinta. Tapi untuk melupakan orang yang kita cinta makan masa yang sangat lama. Kenapa ek? ? Nak tau sebabnya? ?

TERINGAT KENANGAN LAMA

Masa tengah bercinta mesti banyak kenangan manis kan ngan ex korang?? Haa..tu lah salah satu penyebab kenapa kita tak boleh lupa kat ex kita... Bila kita teringat kenangan manis ngan ex kita , lagi membuatkan kita rindu pada dia.. Parah tu...!

MASIH SIMPAN BARANG PEMBERIANNYA

Sapa je yang bercinta ,mesti akan bagi sesuatu untuk pasangan tanda ucapan sayang. Selalunya gambar lah kan, letak dalam dompet. Tapi ada jugak yang masih simpan pemberian bekas kekasih tu, walaupun dah lama berpisah. Macam mana nak lupa kalau masih simpan barang pemberiannya.. Throw it!

DENGAR LAGU FAVOURITE EX

Haa.. Parah sangat2! Kalau setakat dengar takper jugak. Nie siap layan feeling, nangis2 gitu. Jangan macam tu.. Kalau kita nak lupakan seseorang ,kita kena tinggalkan semua perkara yang dia suka. Kalau tak melara lah jiwa tu..hmm

STILL NAK ADA CONNECTION DENGAN EX

Kalau dia dah tinggal kita dah tentu2 lah dia tak akan contact kita lagi kan. Ni permasalahannya, kita pulak yang still nak SMS and calling dia,walaupun dia wat derk jer.. Lagi satu kita still nak tengok wall FB dia...wahhh!! Kritikal sangat dah nie...

CUBA SELIDIK

Korang tetap nak tau pasal hidup dia, sampai sanggup cari kawan2 dia dan bertanya tentang dia.. Kot2 dia maseh single lagi ke ada la peluang korang kan! ! Eh , please lah! Buang karan je... Sekali sekala korang bertanya tu tak ape lagi lah kawan ex korang tu.. Tapi kalau dah banyak2 kali nanti kawan ex korang plak yang naik muak..


Seeloknya kalau boleh kita hindarkanlah perkara2 yang kat atas tu dari berlaku. Sebab semua yang kita buat tu akan memudaratkan diri kita sendiri. Redha dengan ketentuan Allah. Jika jodoh kita masih dengan dia InsyaAllah, dia akan datang dengan sendirinya.

Tak payah pening2 kepala pikir pasal ex korang lagi , berdoa banyak2 semoga bertemu pasangan yang lebih baik....

2 comments:

::♥☺Eira Faziera☺♥:: said...

x teringat langsong pon..hahaha..makin benci ade r...

Kak Tie said...

hihi..dah tua2 ni...bila teringat..sengih sorang2

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma