Blog Cik Emma: Dilema rindu..

07 June 2011

Dilema rindu..

Malam-malam yang sunyi macam nie buatkan aku makin teringat pada si dia. Si dia yang pernah hadir dalam hidup aku pada suatu masa dulu. Kenangan bersama si dia tak pernah luput dari memori aku.

Membuat aku rasa terseksa melalui liku hidup ini. Mengapa si dia tergamak pergi tanpa memberikan aku peluang kedua.

Aku di sini hanya melihatnya dari jauh ,tanpa boleh berkata-kata..... Aku terasa diri ini terlalu kecil di pandangan matanya sekarang..

Andai si dia tahu isi hati ini betapa aku mengharapkan kehadirannya dalam hidup aku, entah sampai bila juga aku tidak tahu.. Mungkin selamanya juga aku akan begini.

Jauh di sudut hati ,tidak pernah tersimpan sedikit dendam padanya. Walaupun dia tidak di takdirkan lagi buat aku ,aku redha, ini semua kehendak illahi. Tetapi hanya satu, jangan pernah memaksa aku untuk melupakanmu.. Kerna hingga saat ini aku masih tidak mampu melakukannya.

Doaku semoga dia bahagia selamanya di samping orang yang dia cintai......juga semoga aku akan berjaya melenyapkan memori2 indah yang pernah kita lalui dulu.. .Insyaallah

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma