Tak mungkin berpaling..

May 25, 2011


Dulu..saya la segalanya dalam hidup awak,
awak sayangakan saya macam awak sayangkan diri awak sendiri,
awak tak nak tengok saya sakit,
bila awak keluar awak mesti bagitau saya sebab awak tak nak saya risau pasal awak,
saya bahagia ada awak dalam hidup saya,
awak melengkapkan segalanya,
hidup saya tak penah sunyi dengan adanya awak dalam hidup saya.

Tapi sayangnya, saya kehilangan awak,
di saat saya masih memerlukan awak,
saya buat kesilapan paling besar dalam hidup saya,
saya mintak awak pergi dari hidup saya hanya kerana awak mungkiri janji awak,
awak.. saya tak terniat nak awak pergi dari hidup saya kerana saya masih perlukan awak,
hingga hari ini saya masih rindukan awak, mimpikan awak, cuba untuk pujuk awak,
tapi sayangnya awak dah tak nampak semua tu,
bagi awak hubungan kita dah sampai ke titik noktahnya...

Hancur hati saya bila awak kata macam tu,
saya ingat awak masih perlukan saya,
rupa-rupanya awak dah dapat pengganti saya,
saya kecewa...
saya cuba cari pengganti awak,
walaupun saya masih tak boleh lupakan awak,
tapi semuanya tak macam awak,
saya di kecewakan lagi......

Awak..kalau awak nak tahu kan,
sampai hari ini saya masih rindukan awak,
rindukan kenanagan kita dulu,
biarpun awak sendiri dah lupakannya,
saya tetap akan ingat sampai bila-bila..

Saya selalu doakan kebahagiaan awak,
sebab saya tahu kebahagiaan awak bukan dengan saya,
mungkin dengan orang lain,
yang akan lebih membahagiakan hari-hari awak...
Saya tak pernah bencikan awak,
sebab tu saya tak boleh dan takkan pernah lupakan awak...

maafkan saya jika saya dan menyusahkan hidup awak..
awak kenangan yang paling terindah dalam hidup saya.....

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images