Blog Cik Emma: Sejarah Dan Asal Usul Hari Ibu

08 May 2011

Sejarah Dan Asal Usul Hari Ibu

"Sejarah hari ibu telah
dikenalpasti sebagai
perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai
penghormatan terhadap
Rhea, ibu kepada tuhan
mereka. Pada tahun 1600
orang-orang England
merayakan hari yang mereka
namakan sebagai "Mothering
Sunday". Ia dirayakan pada
hari Ahad keempat setiap
Lent. Lent adalah tempoh
masa selama 40 hari samada
dalam bulan Februari atau
Mac. Dalam tempoh ini,
sebahagian orang-orang
Kristian akan berhenti
melakukan atau memakan
makanan tertentu atas
alasan agama. Amalan
tersebut adalah sebagai
penghormatan mereka
terhadap Mother Mary.
Mother Mary adalah
Maryam, ibu kepada Nabi Isa
Alaihissalam atau Jesus yang
mereka anggap sebagai
tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga,
kebanyakan rakyat England
yang faqir dan miskin, akan
bekerja sebagai pembantu
rumah. Mereka sanggup
keluar jauh meninggalkan
keluarga kerana percaya
bahawa Jesus akan
memberikan kekayaan dan
kesenangan dalam tempoh
tersebut. Menjelang hari
Ahad keempat, mereka
digalakkan untuk bercuti
oleh majikan, dan pulang ke
kampung untuk bertemu
dengan ibu. Setiap ibu akan
dihadiahkan dengan
Mothering Cake atau kek
hari ibu sempena perayaan
tersebut.
Amalan dan tradisi ini
menular ke seluruh dunia
dan ia kini disambut sebagai
penghormatan kepada
Mother Church. Mother
Church dianggap sebagai
kuasa spiritual yang agung
yang memberi manusia
kehidupan dan memullihara
mereka dari sebarang
kecederaan. Sejak dari itu,
perayaan Mothering Sunday
telah diadun dengan upacara
kegerejaan. Penghormatan
mereka terhadap ibu sama
taraf dengan penghormatan
mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu
disambut seawal 1872 hasil
ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis
sosial dan telah menulis puisi
" The Battle Hymn of The
Republic" (TBHoTR). TBHoTR
telah dijadikan lagu patriotik
yang popular di kalangan
warga Amerika. Ungkapan
"Hallelujah" dalam bait-bait
lagu tersebut menyerlahkan
lagi sentuhan Yahudi dan
Zionis dalam mencaturkan
politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis
dari Philadelphia telah
memulakan kempen untuk
melancarkan Hari Ibu. Beliau
telah berjaya mempengaruhi
Mother's Church di Grafton,
West Virginia agar meraya
dan meraikan Hari Ibu pada
hari ulang tahun kedua
kematian ibunya, iaitu pada
hari Ahad kedua dalam bulan
Mei. Semenjak dari itu, Hari
Ibu dirayakan saban tahun di
Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-
pendokongnya telah menulis
surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-
ahli politik agar Hari Ibu
disambut secara meluas di
seluruh wilayah. Matlamat
mereka telah berjaya
sepenuhnya pada tahun 1911
apabila hari tersebut
disambut oleh hampir
keseluruhan wilayah
Amerika. Pada tahun 1914,
Presiden Woodrow Wilson,
secara rasminya telah
mengisytiharkan Hari Ibu
sebagai Hari cuti umum dan
mesti raikan pada setiap hari
Ahad kedua dalam bulan
Mei. Biarpun sebahagian
besar negara-negara di dunia
menyambutnya pada hari
yang berlainan, tetapi negara
seperti Denmark, Finland,
Itali, Turki, Australia, dan
Belgium masih
merayakannya pada setiap
hari Ahad kedua dalam bulan
Mei.
Pandangan: Sesuatu yang
baik tidak seharusya
dipraktikkan berdasarkan
niat dan acuan orang lain,
kita dianugerahkan akal
untuk membuat
pertimbangan - Juragan"

Quote:
Ibu seharusnya di ingat
setiap hari dan bukan
pada hari ibu sahaja.
Kerana semasa kita
kecil ibu menjaga kita
tanpa menghiraukan
sakit pening beliau dan
menjaga kita
sehinggalah kita boleh
berdikari. Kenapa masa
kita kecik ibu jaga kita
setiap hari dan bila kita
sudah dewasa kita hanya
ingat ibu kita pada hari
ibu sahaja ?

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma