Natasha Hudson Tiada Hubungan Istimewa Dengan Zizan

May 12, 2011


Agaknya memang pelawak ni mudah menarik hati mana-mana wanita di luar sana. Sekali jumpa sudah boleh mesra macam dah lama kenal kerana kebolehan sang arjuna membuat lawak yang menceriakan hati pria. Ewah! bermadah pula. Tapi memang betul, kami pernah dengar fakta yang menyatakan perempuan sukakan lelaki yang suka buat lawak.

Patutlah selebriti-selebriti cun pan-asian macam Natasha Hudson dan Juliana Evans bukan main lagi berkawan baik dengan Zizan. Zizan pon semestinya seronok dikelilingi gadis-gadis cantik yang meminati karekter Zizan.
Natasha Hudson menjawab berkenaan isu yang mengaitkan dirinya yang pergi menonton Maharaja Lawak setiap minggu untuk Zizan? Ya memang Natasha Hudson mengakui beliau pergi menonton Maharaja Lawak untuk memberi sokongan kepada rakan artis seperti Zizan. Namun, Natasha dan Zizan tiada sebarang hubungan istimewa. Natasha mengakui beliau senang berkawan dengan Zizan kerana dari situ dia boleh bertukar-tukar pendapat. Tambahan pula Natasha Hudson dan Zizan menggunakan khidmat pengurus yang sama iaitu Marina Juki.
Natasha Hudson
Beberapa kali gagal dalam rumahtangga, mungkin membuatkan Natasha Hudson kurang memikirkan soal pasangan. Sebaliknya Natasha Hudson lebih menumpukan perhatian kepada kerjayanya dan juga membesarkan anaknya Neesa Helena yang berusia 3 tahun. Perkahwinan pertama Natasha Hudson dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, hanya bertahan selama 4 bulan. Kemudian Natasha Hudson berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pula, hanya bertahan selama 2 tahun.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images