Blog Cik Emma: Hikmah Kewujudan Pelbagai Mazhab Dalam Islam

07 May 2011

Hikmah Kewujudan Pelbagai Mazhab Dalam Islam

Kewujudnya berbagai mazhab-mazhab dalam Islam adalah untuk memberi kemudahan setiap insan muslim mengerjakan ibadat.

Ini adalah rahmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada umatNya disebabkan situasi yang berbeza-beza yang tidak boleh disatukan seperti keadaan geografi dan sebagainya.

Sebagai contoh, negara Malaysia mengamalkan mazhab Syafi'i. Manakala, negara jiran indonesia mengamalkan syafi'f dan hanbali dan negara Barat pula kebanyakkannya mengamalkan mazhab Hanafi dan Hambali.

Ini bertepatan sekali dengan maksud hadis :
" Berbeza pendapat ulama' itu adalah satu rahmat ".

Kita dilarang berpindah dari satu mazhab ke satu mazhab lain kerana ia boleh menyebabkan ibadat yang kita lakukan itu tidak sah. Pendapat yang mengatakan hanya mazhab yang kita ikuti sahaja yang betul itu adalah salah kerana imam-imam pengasas mazhab itu semuanya berilmu dan tafsiran mereka sememangnya mengikut al-Qur'an, hadis dan sunnah Nabi s.a.w.

Di samping itu mereka juga terdiri dari ahli mujtahid dan ahli sunnah wal Jamaah. Perlu diingat bahawa tidak pernah atau termaktub dalam sejarah dari dahulu sehinggalah sekarang di mana Imam Syafi'i atau mana-mana Imam lain memperkecilkan atau menyalahkan di antara satu sama lain bahkan mereka saling hormat menghormati pendapat masing-masing.

Inilah yang menunjukkan kemudahan dan keindahan Islam kerana Islam itu mudah sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

[i]" .......dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan........" (al-Hajj : 78)[/i]

Walaubagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa jika kita ingin berpindah ke mazhab lain untuk melakukan ibadat atau mengerjakan satu-satu ibadat disyaratkan hendaklah dengan taqlid yang jazam (pasti). Ini bermakna kita mesti mengetahui asas-asas hukum dengan dalil-dalil naqli (al-Qur'an dan Hadis) dan dalil-dalil 'aqli.

Hadis nabi s.a.w bermaksud:

" Aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara, sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Qur'an dan sunnahku "

Rujukan :
1. Fiqh al-Ghayah
2. Fiqh al-Mazahib

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma