Blog Cik Emma: DOA KU BUAT MEREKA

30 May 2011

DOA KU BUAT MEREKA


Ceritakan satu kenangan yang anda amat kesali dimana anda pernah membuatkan hati kedua ibu bapa anda tercalar hatinya kerana perbuatan anda tu..


Tipu laa kalau saya cakap saya tak pernah melukakan hati kedua orang tua saya. Tak dapat di hitung banyaknya dosa saya pada mereka. Mak saya adalah orang yang paling tegas dalam hal mendidik anak, terutamanya anak perempuan. Cuma ada saya dan kakak je anak perempuan yang beliau ada.

Bercerita tentang kenanagan yang membuatkan hati ibubapa saya terguris,ada.. dari segi percakapan.. Yang lebih dari itu tak pernah ada. Pernah jugak mak menangis, masa tu mak kata anak-anak mak tak boleh di harap.. Bila mak cakap macam tu saya rasa kecewa jugak , sebab saya dah cuba buat yang terbaik untuk tolong mak. Bila saya tengok mak menangis, baru saya sedar saya dah guriskan hati mak.. Saya bukan lah anak yang begitu baik.. Kalau saya anak yang baik, saya tak akan buat mak saya menangis sebab saya..

Abah pulak dah banyak berkorban untuk keluarga. Walaupun abah tak sihat abah masih lagi kerja sebab nak bayar duit rumah. Saya pernah dengar abah mengeluh, entah bila lah anak abah nak tolong abah pulak. Dengar jer kata-kata abah tu saya mula rasa sebak. Saya tahu abah juga kecewa.

Mak..Abah... Ampunkan dosa2 anakmu ini. InsyaALLAH. Saya akan cuba menjadi anak yang bertanggungjawab dan menghormati kalian berdua....

Selagi mereka masih ada di dunia ini, cubalah kita berusaha untuk menghargai mereka. Bayangkan bila mereka sudah tiada, menangis airmata darah sekalipun tak berguna lagi.....

10 comments:

Jiejah Gorjes said...

Insyallah...awk pasti boleh membantu mereka :)

YAYA AZURA said...

bila mereka menangis bari kita sedar kita dah guris perasaan mereka..semoga kekesalan tu tak pernah terlambat ... kita cuba yg terbaik untuk ibu dan ayah ...

follow...170..

akutetapaku.com said...

singgah bc n3 di sini...

http://akutetapaku85.blogspot.com/

Nadya O'Conner said...

Terima kasih emma bagi nasihat tadi..Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada akak untuk berubah..:)

Entry terbaru >> TQ NUFFNANG KERANA MEMBERI BUFFERING EARNING YANG KE-2

UpProfits said...

Aminn..smga menjadi anak yg baik..

CiK EmMa said...

terima kasih buat semua :)

shopping2u said...

singgah dri blog abg ben dan terus follow :)

Aziela said...

singgah dr segmen Ben... salam perkenalan.. dah follow

Eera Shera said...

salam perkenalan. mai dari segmen Bro ben ni.dah follow.hihi =)

Cik Cempaka said...

ermmm

kadangkala kita tak sedar yang kata2 kita mengguris hati mereka, sy pun sama... =(

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma