Blog Cik Emma: BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

16 May 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Klik image to join

DUNIA PERCINTAAN
Bercerita tentang cinta. Ada pahit ada manis. Mustahil lah takdak orang yang nak bahagia bila bercinta..
Alam percintaan ada suka ada duka.. Begitu gak ngan aku..Kisah dan perjalanan cinta aku memang penuh cabaran. Cinta yang bermula dari alam maya..Dari sini aku dah bertemu dengan insan-insan yang mengajar aku apa erti cinta. Bermula perkenalan yang pertama dari Yahoo Messenger. Pasangan pertama aku yg berasal dari negeri yg sama. Hampir tiga tahun menyulam kasih, Tapi terpaksa berpisah kerana tiada persefahaman.
Dan seterusnya mengenali dengan insan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Walaupun jarak antara dia dan aku terlalu jauh, aku tetap terima dan yakin kerana nampak kesungguhannya untuk memiliki aku. Si dia di Kuala Lumpur aku pula di Penang. Si dia pernah turun Penang untuk berjumpa aku. Itulah yang pertama dan yang terakhir.Selepas beberapa bulan akhirnya terpisah jua kerana tiada persefahaman antara aku dan dia. Hingga sekarang aku masih tidak dapat melupakannya. Dan berharap dia juga punya sekelumit rasa yang sama.. Kekecewaan dalam cinta mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dan lebih positif untuk melalui alam percintaan yang seterusnya.

BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU  ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ?


Zaman sekarang ni susah nak jumpa orang yang nak bercinta selepas kahwin.. Semua kalau boleh nak bercinta dulu, nak menikmati alam percintaan sebelum menjejaki alam perkahwinan. Tapi bagi aku bercinta selepas kahwin lebih baik dari bercinta sebelum kahwin.. Bila kita terlalu lama bercinta, kemanisan tu akan hilang setelah kita berkahwin. Kalau ada la orang yang sependapat dengan aku. Betapa bertuahnya aku.. :)

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma