Blog Cik Emma: Anda Semakin Matang Bila...

02 May 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan
bersabar seandainya hajat
anda tidak tercapai.

Anda mampu
menyembunyikan perasaan
anda yang luka dan
tersinggung oleh seseorang
dalam kumpulan dan berlaku
sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila
melihat orang lain dipuji dan
disanjung.

Anda dapat menghadapi
kebencian orang yang anda
benar-benar merasa tidak
sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu
gelojoh walaupun anda ingin
mendapat perkara yang anda
fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa
sakit hati dan malu
seandainya anda tidak dapat
hidup setaraf dengan rakan
sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan
saksama walaupun suasana
sekeliling menghalang maksud
anda.

Anda dapat menerima kritik
atau salah faham orang tanpa
memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh
kedepan, umpamanya dengan
sabar menangung kesusahan
demi kepentingan masa
depan, tanpa merasa resah,
bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan
kepada pendapat- pendapat
yang anda tidak setujui dalam
perdebatan tanpa merasa
sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian
dengan mempunyai satu
kegemaran atau hobi yang
benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur
tidak tahu bila anda betul-
betul tidak tahu, tanpa
merasa malu.

Anda menghadapi orang-
orang tua atau orang- orang
yang lebih berpengaruh tanpa
sentiasa berusaha untuk
menimbulkan kesan-kesan
negatif.

Anda akan cuba melakukan
sesuatu dengan sederhana
bukannya berlebih-lebihan
untuk menunjukkan bahawa
anda dapat melakukannya
dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan
kepentingan orang lain
walaupun anda tidak merasa
senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan
saksama terhadap orang-
orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mewujudkan rasa
kasih-sayang, cinta atau boleh
bersahabat tanpa mendapat
tempat yang utama dalam
hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda
dapat bekerjasama atau
bersahabat dengan wanita
tanpa berfikir bahawa anda
adalah lelaki yang jadi idaman
setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda
dapat bekerjasama atau
bersahabat dengan orang
lelaki secara jujur.

1 comment:

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

hehe...
OE tak berapa nak matang lagi sebab ada antaranya OE tak mampu nak buat lagi...
(n_n)

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma