Aku Yang Kehilangan Dalam Diri Sendiri...

May 31, 2011

Aku yang kehilangan dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita
Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada
Cerita silam ini menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu
Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri
Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah.....


Emmm.. ingat tak lagi lirik lagu Segalanya Ku Terima-Ilusi... Ya.. aku kehilangan arah tuju. Masih terkenangkan sesuatu yang bukan milik aku. Eh..hang ni kenapa Shima. Dah la tu watpa mengharap dan ternanti2 pada yang bukan milik hang. Bukan aku tak cuba. Aku cuba sampai aku sendiri tak mampu nak tanggung.

Aku buat orang makin benci kat aku. Dah aku tau dia tak perlukan aku lagi kenapa aku masih terhegeh2. Ahhhhh.. Aku tak kisah. Bukan aku ja yang dok dalam situasi macam nie. Aku tahu ada lagi yang megalami situasi yang sama.

Aku pun kalau boleh tak mau dah ingat perkara yang lepas. Tapi mungkin amik masa yang lama jugak untuk aku lupakan semua. Bagi si dia.. Jangan risau. Aku tak kan ganggu hidup kamu lagi. Kamu bebas tanpa gangguan aku.. Yang penting aku tetap doakan kebahagiaan kamu.....Terima kasih sebab pernah membahagiakan aku walaupun cuma seketika....

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images