Blog Cik Emma: Mata oh Mata Kenapa Kau Liar?

04 April 2011

Mata oh Mata Kenapa Kau Liar?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu
dulu free hair.. Tiba-tiba je
datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! macam tak
percaya je..

Sop: Ha ah.. ok gak la..dalam majalah sekolah ada
lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan
Meon sedang berjalan-jalan
di kotaraya London. Tiba-tiba
mereka terlihat kelibat
seorang wanita bertudung
labuh ala-ala filem Ketika
Cinta Bertasbih (KCB).

Sop: Eh, ada gadis mcam
dalam KCB la...

Meon: Mana? Mana? Mana?

Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame
Tusod..

Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?


Babak 3

Sop dan Meon menyambung
kembara cuti musim bunga
mereka di bandaraya Dublin.Cuaca semakin panas.

Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh
tu...tak solehah langsung...! !

Meon: Eh ye ke? Yang mana
satu? Yang skirt oren tu ke?

Sop: Tak, yang kaler biru ,
blouse biru muda tu..

Meon: Ha ah la..betul lah
cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu
menutup dan menundukkan
pandangan. Ini bukanlah
bermaksud semuanya kena
pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan
tembok batu sepanjang masa
atau semasa kuliah-kuliah
agama sahaja, tetapi
menjaga dan memelihara
kedua mata kita daripada
MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang
terbentang di hadapan kita,
samada semasa sedang
berseorangan, atau sedang
berdua bersama rakan karib,
atau bersama masyarakat
umum, kita mestilah
bertindak SEGERA dan
PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan
wanita yang terbentang dan
segeralah mengalihkan
pandangan daripadanya
sambil bersyukur dan beristighfar.
''Alhamdulillah,
Allah jaga
mata dan hati aku. Ya Allah,
ampunlah dosa aku, moga
Allah beri yang lebih baik''
Allah berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang
yang takut kepada Tuhannya
Yang tidak nampak oleh
mereka, mereka akan
memperoleh ampunan dan
pahala yang besar." - [Surah
Al-Mulk :12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang
menutup aurat, perlukah
kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah
sebab mereka itu sudah
diberikan hidayahnya. Kita
bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di
majlis ilmu atau di jalanan,
malulah dan pandanglah
tempat lain. Itu bukan HAQ
mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang
melihat aurat wanita, takut
dan malulah, kerana itu
akan merendahkan darjat
matamu dan merosakkan
amal, sekaligus hati menjadi
lali dan tidak tenteram.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma