Blog Cik Emma: Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

01 April 2011

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun
10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah,
Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah
baik baik apa yang hendakku
katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun
ini. Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan
kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanah kepada
kamu kepada pemiliknya
yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun,
agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu,
dan dia pasti membuat
perhitungan di atas segala
amalan kamu.

Allah telah
mengharamkan riba,oleh itu
segala urusan yang
melibatkan riba' di batalkan
mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap
syaitan demi keselamatan
agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam
perkara perkara besar, maka
berjaga jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam
perkara perkara kecil.

Wahai manusia ,
sebagaimana kamu
mempunyai hak atas para
isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak di atas
kamu.Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka
mereka juga berhak untuk
diberi makan dan pakaian
dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah lembutlah
terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu ata
mereka ialah mereka sama
sekali tidak boleh memasukkan orang yang
tidak kamu sukai ke dalam
rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah
bersungguh-sungguh kata-
kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan
zakat dan harta kekayaan
kamu, kerjakan ibadah Haji
sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama,
tidak seorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan
mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas
segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu, awasilah
agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan
kebenaran selepas
ketiadaanku.

Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi
dan Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan
lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara,
yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya,
nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya,
itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan
hendaklah orang lain itu
menyampaikan pula kepada
yang lain. Semoga yang
terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka
yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH,
bahawasanya telah aku
sampaikan risalahMU kepada
hamba hambaMU.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma