Blog Cik Emma: 9 Sebab Hubungan Tak Mampu Bertahan

10 April 2011

9 Sebab Hubungan Tak Mampu Bertahan

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh"
utama dalam sebuah
perhubungan. Ia umpama
ledakan gunung berapi yang
meletus hebat. Ada yang
menipu untuk
"menyelamatkan" sebuah
perhubungan, namun mereka
tidak mahu hati pasangan
terluka. Sesetengah orang
tidak dapat menerima
bahawa hati mereka telah
dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan
harapan yang sangat tinggi
kepada pasangannya malah
mereka bergantung penuh
kepada pasangan. Ada lelaki
menyukai hal ini tetapi ada
juga yang sebaliknya. Di
sinilah timbulnya konflik yang
mungkin menyebabkan
hubungan terputus di tengah
jalan. Ada pula lelaki yang
inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah
membuatkan perhubungan
tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek
Perkahwinan

Perhubungan yang sihat
biasanya berlangsung dalam
suasana yang sangat
harmonis. Ia perlu diisi
dengan kasih sayang dan
sikap saling memahami. Bila
semua ini ada barulah
perhubungan boleh sampai
ke peringkat serius. Tapi
sesetengah wanita, yang baru
saja berkenalan terus saja
mengharap akan ia berakhir
dengan perkahwinan. Mereka
takut jika perhubungan
dijalinkan hanya sia-sia
sahaja. Jadi kalau timbulnya
konflik ini, perhubungan
boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi
sesetengah orang untuk
mengungkit hal-hal yang
lepas. Apatah lagi jika
mengungkit akan kekasih
lama. Belajarlah dari
kesilapan, jangan mengungkit
kisah lalu kalau anda
sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah
perhubungan, perbezaan
pendapat memang sering
terjadi. Kita mempunyai idea
yang berbeza dengan
pasangan dan hal-hal inilah
yang membuatkan pasangan
sering berbalah. Ada yang
mempunyai cita-cita tetapi
tidak dapat ditunaikan hanya
kerana pasangan tidak
mengizinkan. Itu adalah
antara perkara yang boleh
membantutkan sesebuah
perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan
sangat gembira dengan
perhubungan yang dijalinkan.
Mereka sangat bahagia
namun ada sesetengahnya
begitu mementingkan status
diri. Mereka memilih
pasangan yang dirasakan
sangat sesuai dengan diri
mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh
pasangan memang
menyakitkan hati. Malah
sanggup melakukan hal-hal
bodoh semata-mata mahu
menyakiti hati orang lain. Jadi
kalau inilah yang terjadi,
hubungan anda pasti tidak
akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat
Mendesak

Ada sesetengah pasangan
memang suka menyusahkan
pasangannya. Mereka sering
memberikan masalah dengan
membuat pelbagai perkara
hingga ia menyakiti hati
pasangan. Kehidupan yang
sangat terdesak ini
adakalanya membuatkan
perhubungan tidak
berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan
Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan
dan keluarga juga boleh
membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak
stabil. Pengaruh dari kawan-
kawan dan keluarga boleh
mempengaruhi keputusan.
Jangan salah sangka, orang
yang anda sayang pun boleh
terlepas dari tangan jika
keluarganya tidak menyukai
anda.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma