Blog Cik Emma: 4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

10 April 2011

4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

Mengapa si dia merajuk??

Pada kebiasaannya, lelaki
merajuk disebabkan
berlakunya perselisihan
faham di antara dia dengan
pasangannya. Perselisihan
faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia
mengambil keputusan untuk
membawa diri (merajuk) dan
mendiamkan diri dengan
tidak membalas mesej atau
mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku,
pasangannya akan berasa
bingung dan pelik kenapa si
dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu
yang besar dan tidak perlu
merajuk sampai sebegitu
rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si
dia dan bertanyakan pelbagai
soalan bagi menyelami
perasaannya. Ini
menyebabkan si dia akan
semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh. Jadi, bagaimanakah caranya
untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat
anda gunakan bagi memujuk
lelaki yang merajuk. Mudah-
mudahan apa yang kami
kongsikan di sini dapat
membantu anda dalam
memulihkan keadaan dan
dapat memujuk si dia yang
sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk
bersendirian

Apabila seseorang lelaki
merajuk, dia sebenarnya
memerlukan masa untuk
menenangkan fikirannya. Dia
perlukan masa untuk
bersendirian bagi
membolehkan dia
memikirkan sedalam-
dalamnya apakah yang telah
berlaku. Apakah punca
berlakunya masalah
tersebut? Adakah dia berhak
untuk merajuk? Apakah
tindakan yang perlu dia
lakukan bagi menyelesaikan
masalah itu? Dan pelbagai
lagi persoalan yang dia cuba
fikirkan bagi mencari
jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang
pasangan yang memahami,
berikan si dia sokongan yang
diperlukan. Jika dia
mendiamkan diri dengan
menonton televisyen dan
tidak mengendahkan anda,
biarkan si dia berbuat apa
yang dia inginkan. Ikutkan
sahaja rancangan televisyen
yang dia sedang tonton dan
jangan sesekali mengubah
siaran televisyen ke siaran
kegemaran anda. Walaupun
dari luaran kita nampak dia
sedang menonton televisyen,
tetapi di dalam akal
fikirannya si dia sedang
memikirkan masalah yang
sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan
tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk,
jangan sesekali bertanyakan
apa yang sedang berlaku,
kenapa dia merajuk, apakah
perasaannya, dan
sebagainya. Elakkan diri anda
daripada bertanyakan apa-
apa kepadanya. Ini kerana,
kehadiran anda akan
mengganggu konsentrasinya
untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Dan ini
akan menyebabkan si dia
akan semakin menjauhkan
diri daripada anda kerana
anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat
mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda
mengembirakan hati anda
sendiri daripada anda
memikirkan perasaan si dia.
Pada ketika ini, si dia
perlukan ruang untuk
bersendirian. Jadi biarkan si
dia bersendirian dan gunakan
masa yang ada untuk
menghiburkan diri anda.
Mungkin dengan melayari
Internet ,
membaca novel kegemaran
anda, atau pun melakukan
hobi kesukaan anda seperti
memasak, menjahit ataupun
shopping. Dengan cara ini,
anda akan dapat
mengelakkan diri daripada
mengganggu si dia yang
sedang cuba pulih daripada
merajuk itu.

Sekiranya anda mempunyai
tips memujuk lain yang anda
ingin kongsikan, sudi-sudilah
memberikan komen di bawah
ini. Agar kita sama-sama
dapat membantu antara satu
sama lain memujuk pasangan
lelaki kita yang sedang
merajuk itu.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma