Blog Cik Emma: 4/1/11 - 5/1/11

22 April 2011

Blogger Hanya Untuk Pengguna Akaun Google




Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama.

Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.

Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google.

Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.

Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.

Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger.

Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google.

Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya

Bahayanya Telefon Bimbit Semasa Memandu


Ini adalah senario biasa ketika di jalan raya. Sebuah kereta dilihat dipandu dengan kelajuan lebih kurang 50KM/J. Tiba-tiba kereta tersebut dilihat 'melelong' ke kiri dan kanan jalan.




Ketika mengambil selekoh, kereta tersebut dilihat 'memakan' jalan lorong sebelah kiri hingga membahayakan pemandu kereta di lorong tersebut. Semasa melepasi kenderaan itu dilihat pemandunya sedang leka berbual menggunakan telefon bimbit.



Dengan kemalangan jalan raya dan yang melibatkan kematian mencatatkan jumlah yang tinggi di negara ini, dan hakikat bahawa keselamatan jalan raya masih di pandang ringan di kalangan pemandu di Malaysia, masalah penggunaan telefon semasa memandu hanya menambah burukkan lagi statistik kemalangan.



Mengapa perlu mengiklankan produk anda dengan harga yang mahal? Sertai kami di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan! Jangan ketinggalan!



Kajian dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Sweeden dan Jepun mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit sama seperti memandu dalam keadaan mabuk dan berhadapan dengan risiko kemalangan empat hingga lima kali ganda berbanding mereka yang tidak menggunakannya.



Kajian menunjukkan sekiranya seorang yang mabuk dengan tahap alkohol dalam darah 0.08 peratus mereka berhadapan dengan peningkatan kemalangan empat kali ganda. Risiko yang sama akan berlaku sekiranya seseorang bercakap di telefon dan ia akan meningkat sehingga lapan kali ganda sekiranya mereka menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).



Peningkatan risiko kemalangan bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit terjadi pada satu atau lima minit sebelum kemalangan dan penurunannya hanya akan hilang selepas 15 minit pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit.



Menjadi Satu Budaya

Adalah satu pandangan biasa ketika di jalan raya kini, melihat penunggang motosikal berbual menggunakan telefon bimbit. Sambil menyelitkan telefon di dalam topi keledar, tanpa rasa bersalah berbual dalam nada suara yang tinggi hingga boleh didengar oleh pengguna jalan raya lain.



Sementara itu bagi yang memandu, telefon bimbit sentiasa ada di sisi, dicelah tempat duduk, di poket baju dan seluar. Tanpa menggunakan kit bebas tangan 'hand free' ketika berbual ada juga yang membalas Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau membaca SMS.



Pelbagai aplikasi terkini yang terdapat dalam telefon bimbit termasuk memuat turun lagu, menulis blog, melayari internet dan berinteraksi melalui laman sosial facebook menyebabkan keghairahan untuk menggunakannya semakin tinggi malah menjadi satu budaya di kalangan ramai pemandu dan penunggang motosikal.



Tanpa disedari budaya tersebut umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan malah pengguna jalan raya yang lain.



Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Ahamd Farhan Mohd Sadullah, berbual menggunakan telefon bimbit sebenarnya lebih banyak mengganggu tumpuan pemandu berbanding penumpang yang gemar berbual, malah lebih membahayakan sekiranya mereka menaip, menghantar dan membaca SMS.



Risiko itu datangnya dari gangguan terhadap fokus ketika berbual kerana tidak semua orang boleh memberi pelbagai penumpuan pada satu-satu masa. "Memandangkan perbualan telefon memerlukan penumpuan, menyebabkan pemandu menjadi alpa terhadap pemanduannya dan menfokuskan pada apa yang dibualkan ketika itu.



Keadaan ini lebih membahayakan sekiranya seseorang itu membaca atau menghantar SMS kerana SMS memerlukan perbuatan yang akan menjadikan situasi lebih berisiko kerana pemandu menghalakan penglihatannya ke arah lain (pada telefon bimbit) dan tidak melihat pada sekitarnya," katanya.



Beliau berkata penggunaan kit bebas tangan juga tidak akan mengurangkan risiko kemalangan kerana elemen gangguan kepada pemandu tetap sama walau pun tangannya memegang stereng kereta. Ini kerana tindak balas tubuh terhadap penggunaan telefon bimbit yang akan membawa kepada cara pemanduan yang berbahaya.



Kajian pakar juga mendapati tahap reaksi seseorang pemandu menjadi perlahan apabila bercakap menggunakan telefon bimbit sama ada melibatkan pemandu baru ataupun pemandu yang mahir.



Dr Ahmad Farhan berkata walau pun tiada statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di-Raja Malaysia yang merekodkan jumlah kemalangan yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit namun hasil dapatan kajian lain antaranya kecuaian yang dilakukan pemandu membuktikan tentang bahaya penggunaannya.



Persekitaran Jalan Raya Tidak Selamat

Kesedaran tentang bahaya penggunaan telefon bimbit di kalangan pengguna jalan raya negara ini masih rendah dan membimbangkan. Perkara itu diakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh.



Penggunaan telefon bimbit adalah antara tingkah laku dan amalan berisiko kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal yang kini semakin berleluasa dan menjadi sebahagian norma segelintir masyarakat terutama di kalangan golongan muda.



"Mereka yang berbual atau menghantar sms ketika memandu dan menunggang motosikal, tidak memberikan fokus terhadap pemanduannya yang akhirnya akan menyumbang kepada risiko kemalangan," katanya. Beliau berkata tingkah laku tersebut mengundang persekitaran tidak selamat di jalan raya bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang didalam kenderaan atau

penunggang dan pembonceng tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain.



Mengambil contoh, sekiranya seorang pemandu kereta sedang menggunakan telefon bimbit dan penunggang motosikal dari arah bertentangan turut menggunakan telefon bimbit. Risiko berlakunya tragedi sangat tinggi kerana kedua-duanya sudah hilang tumpuan kepada pemanduan.



"Kita tidak boleh membuat andaian apabila kita menggunakan telefon bimbit ketika memandu, orang lain tidak gunakannya atau pemandu lain perlu memberi perhatian kepada pemanduan mereka kerana anda sedang menggunakan telefon bimbit ketika itu. Perkara tersebut adalah mustahil berlaku, jadi kita sendiri yang kena ubah budaya tersebut," katanya.



Bagi mengelakkan gangguan dari telefon bimbit, langkah terbaik katanya meletakkan telefon bimbit tersebut dalam 'silent mode' atau tutup sahaja sebaik memulakan pemanduan. Ini kerana manusia sering kali gagal mengawal desakan naluri untuk segera menjawab atau menyemak tiap panggilan atau SMS yang masuk.



Ujarnya, sebagaimana menjadi satu peraturan untuk mematikan telefon bimbit ketika berada di dalam kapal terbang, begitu jugalah yang perlu dilakukan ketika hendak memulakan pemanduan.



"Memang sukar mengubah sikap, umpama seorang perokok tegar yang sukar berhenti dari merokok, sehiggalah datang penyakit, baru nak berhenti. Jadi kita perlu sedarkan orang ramai sebelum penyakit itu datang atau tragedi itu menimpa mereka," katanya



Kempen 'No Phone Zone'

Selebriti dan pengacara bual bicara popular, Oprah Winfrey adalah antara individu yang aktif menyedarkan orang ramai tentang bahayanya penggunaan telefon bimbit ketika memandu melalui kempen 'No Phone Zone' yang diperkenalkan pada awal tahun lepas dalam rancangan temubualnya.



Kaji selidik secara rambang yang dilakukan melalui program bual bicaranya mendapati 71 peratus yang berumur antara 18 hingga 49 tahun mengakui mereka menggunakan telefon bimbit ketika memandu untuk menghantar SMS dan berbual. Paparan tragedi kehilangan orang tersayang akibat penggunaan telefon bimbit di laman webnya serta pandangan pakar yang membuat kajian membangkitkan kesedaran orang ramai dan berjaya mengumpul sokongan lebih 400,000 individu termasuk selebriti yang membuat akujanji untuk tidak menghantar SMS dan berbual menggunakan telefon bimbit ketika memandu.



Mengambil pendekatan yang sama, JKJR bersama Kolej Universiti HELP mengambilinisitif memperkenalkan kempen "The No Phone Zone" bagi menanam kesedaran di kalangan pengguna jalan raya di Malaysia tentang bahaya penggunaan telefon bimbit ketika memandu atau menunggang motosikal.



Suret berkata kempen yang dilancarkan oleh Duta Global Keselamatan Jalan Raya, Datuk Michelle Yeoh pada 23 Mac lepas menfokuskan kepada golongan muda kerana mereka adalah golongan yang paling berisiko tinggi mendapat kemalangan terutama penunggang motosikal.



Selain sebagai pelayar laman sosial Facebook paling aktif, mereka juga pengguna perkhidmatan SMS yang paling tinggi. "Kerana itu, kempen kita bermula dengan kerjasama dengan Universiti HELP bagi mendekati golongan muda yang kebanyakannya menunggang motosikal.



Setiap bulan JKJR sasarkan untuk jalankan kempen di salah sebuah institut pengajian tinggi sama ada awam dan swasta bagi memastikan kempen ini berterusan," katanya. Sementara itu, Pengarah Pusat Matrikulasi Kolej Universiti HELP, Dhanesh Balakrishnan berkata sehingga kini terdapat lebih 2,000 akujanji yang dibuat oleh pelajar dan orang ramai melalui laman web yang dibina sejak kempen tersebut dilancarkan 21 Mac dan berakhir pada 29 Mac lepas.



Mengakui bukan mudah untuk mengubah sikap pemandu dan penunggang motosikal terutama dikalangan pelajar kolej tersebut, namun langkah mengadakan kempen ini sebagai titik awal bagi menanamkan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia.



"Ada di kalangan pelajar yang enggan menjadi hipokrit dan tidak membuat akujanji untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Namun kita anggap ini sebagai satu cabaran. Perjalanan masih jauh... kita percaya usaha berterusan melalui kempen yang dilakukan akan mewujudkan kesedaran itu,"

katanya.



- Kuala Lumpur, 21 April 2011

16 April 2011

Jenis-Jenis Couple

Awek cun + balak hensem

Ini couple rileks sahaja. Tiada
menunjukkan public affection
yang berlebihan. Olang lain
pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem

Kebanyakan awek yg cun
mesti mendapat balak yang
tidak hensem. Silapelhatikan
balak itu, ada satu macam
muka bangga sebab dia
punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai speck hitam mau kasik
nampak sikit hensem. Boleh
diperhatikan juga, itu balak
suka buat lawak talak kelaka
mau kasik tambat hati
aweknya itu(tapi itu awek
jalang ketawa, cuma senyum
manis sahaja). Selalunya
juga, balak itu mempunyai
dompet yang sgt tebal.

Awek tak cun + balak hensem

Lu boleh nampak itu awek
mesti pegang kaw-kaw
tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas.
Wa pun tatau apa hat. Public
affection yang terlampau2
juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap
balaknya. Boleh diperhatikan
jua kadang2 itu balak hensem
pun ada sikit segan sama itu
awek punya tingkatlaku.
Lepas itu aa, kalau ada amoi
cun lalu tepi, ini awek tak
cun mesti kasik jelingan maut
terhalap itu amoi cun. Selupa mau makan olang
…Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak
hensem


Ini couple talak sapa pedulik
punya..no komen..

Group of girls + 1 guy

Selalunya berlaku di kedai
makan.. Seolang lelaki di
kelilingi kawan-kawan
pelempuan nya. Sungguh
selonok kalau dapat
mendengar perbualan
meleka. Lu akan pelasan,
sambil meleka makan, itu
lelaki mesti cakap paling
banyak sambil buat lawak
talak kelaka (tapi kawan2
pelempuannya mesti ketawa
jugak)
Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat
awek ini. Tetapi awek ini
talak kisah sebab besar
kemungkinan dia sulah biasa
mendapat pandangan seperti
itu. Awek seksi ini suka
menunjukkan buah-buahan di
dada nya, atau pusat nya di
khalayak lamai kelana dia
tau badan nya ada powah..
Seperti juga lu ada keleta
cantik ka lumah besar ka jam
balu ka mesti kasik olang
tengok, so boleh pelasaan
ada happy. ini awek pun
sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian
seksi


Hoiyoooo ini manyak keji
punya polumpuan. Lu sulah la
talak cantik kasik tutup
mahh, jangan bikin olang lain
saakit mataa. Ini spesis juga
suka menipu dili sendili
dengan mengatakan “ I wear sexy and I feel good ” ataupun
“ I have the right to wear
anything I want ”…Sememangnya meleka
melasakan bahawa
berpakaian seksi boleh
menjadikan meleka jadi lagi
lawa.. Wa tidak lasa begitu.
Huduh akan tetap huduh.
Tetapi jikalau huduh & sexy??
Tepuklah lu punya dada
tanya selera ada lalu ka
Tatau apa mau cakap lagi
woo..


Pesanan Penaja: kalau talak paham boleh suruh apek jual sayur translatekan..walaweh..

Syarat Untuk Bahagia

Untuk bertemu dengan orang
yang tepat, kamu harus
memainkan peranan yang
penting juga. Ini kerana
sedikit sebanyak sikap kamu
mempengaruhi hubungan
yang dijalin. Jadi berikut
adalah empat syarat penting
yang harus ada dalam diri
kamu andai ingin cinta
berakhir bahagia
….


Cintailah Diri Sendiri
Sebelum Kamu Mencintai
Orang Lain


Kebanyakan dari kamu
apabila bercinta sanggup
mengetepikan kemahuan,
keinginan serta keperluan
diri sendiri demi insan yang
bergelar kekasih. Inilah
kesilapan paling besar. Andai
kamu sendiri tidak belajar
menyayangi diri sendiri
bagaimana orang lain ingin
menyayangi diri kamu. Jadi
pastikan kamu sayang diri
sendiri terlebih dahulu
sebelum kamu ingin
menyayangi orang lain.

Punya Pendirian Yang Tetap

Seorang yang punya
pendirian akan tahu apa yang
dia inginkan untuk diri dan
tidak akan berubah mengikut
cara orang lain biarpun orang
yang di sayanginya. Inilah
yang terbaik kerana apabila
kamu tidak berpendirian,
itulah yang menjadi punca
hidup mudah dikongkong
atau ditentukan oleh orang
lain. Ini secara tidak langsung
membuka ruang untuk orang
mempermainkan hati kamu.

Bahagikan Hidup kamu
Dengan Hal-hal Yang Lain


Paling sering berlaku, apabila
kamu telah menyayangi
seseorang sepenuh hidup
kamu akan di habiskan untuk
si dia sahaja. Segala hobi dan
aktiviti kamu turut dihentikan
demi untuk memberi
perhatian pada si dia. Namun
jangan lupa hidup ini bila kita
hanya bergantung pada
seseorang dan satu hal
sahaja iaitu cinta, inilah
punca utama yang boleh
membuat kamu kecewa
teramat sangat apabila
hubungan yang dibina
terputus di tengah jalan. Jadi
belajarlah membahagikan
hidup kamu dengan cinta,
kerjaya, keluarga, hobi dan
sebagainya. Percayalah kamu
akan rasa hidup akan lebih
lengkap dan bahagia bila
bijak membahagikan segala-
galanya dengan baik dan
teratur.

Berkorban Biarlah Berpada-Pada

Ada yang sanggup bersusah
payah dan menyakiti hati
sendiri demi melihat orang
yang disayangi bahagia. Tidak
salah untuk berkorban
namun berpada-padalah.Jangan terlalu meletakkan
diri kamu serendah-
rendahnya hingga sanggup
biarkan diri sendiri merana
semata-mata mahu
menggembirakan orang lain.
Hidup ini dalam hal apa pun
perlu seimbang. Sekiranya si
dia ingin gembira maka kamu
juga ada hak untuk rasa
sebegitu rupa.

15 April 2011

Miss Nadya Buat Giveaway Kali Pertama

http://miss-nadya.blogspot.com/2011/04/miss-nadya-buat-giveaway-kali-pertama_2300.html


Terma dan syarat-syaratnyer ialah..xsusah pon okay!!..

1. Copy and paste banner kat atas tu taw...pastu link kan ke sini..snap ari ni tu taw.:p
2. Terbuka to all blogger gurlz and blogger boyz..
3. Buat entry bertajuk Miss Nadya Buat Giveaway Kali Pertama..
4. Citer r ape2 yg best biler melalui birthday kowang..shuker ker..shedih ker..xkesah r mne2 pon....
5. Jadi follower nad aw...(jika shudi okay..tiada paksaan..)..tapi kalau tak follow mcm mana nak tau kalau kowang menang kan??
6. Tag la kawan2 kalau rasa nak tag...xkesah pon..
7. Tinggalkan url link entry kat ruang komen di bawah yer..
8. Tarikh tutup xtau ag..maybe seminggu..tengok keadaan nad la..ni pon lambat post entry sebab nad meeting dari kol 10am smpai kol 1pm tadi..ngantuk..:(

P/S Dari Nad Sendiri :: Jika peserta GA kurang dari 23(umo nad niey) owang..GA ni automaticly batal...kuang2..xde r..hadiah di kurang kan jer..mcm bnyk jer hadiah nad nk bg..hik hik..hadiah xmahal..tapi just perhargaan utk kawan2 baru nad..:)


Pengalaman masa sambut birthday??

sebelum nie memang tak pernah sambut hari jadi..tapi tahun lepas kakak-kakak kesayangan saya belanja KFC sempena birthday ke 20 tahun.. tu la pengalaman paling manis...


Tag 3 Orang Kawan

http://bi4rl4hr4hsi4.blogspot.com/
http://qasehdalia.com/
rnttp://rieyanaynn.blogspot.com

14 April 2011

Cara Pakai Selendang / Shawl Hana Tajima

Siapakah Hana Tajima nie? Adakah beliau adik beradik dengan Yuna? Hehe . . Kalau nak tahu pasal biodata Hana Tajima ni, boleh klik kt Abg Naz kita ni >> SINI

Sekarang nie dah jadi trend atau ikutan remaja perempuan memakai shawl ala-ala Hana Tajima nie. Cantek je dia pakai shawl, sangat bergaya. Walaubagaimanapun, kepada remaja-remaja perempuan di sana, jangan lah memakai shawl untuk bergaya sahaja, tetapi dengan niat kerana mengikut suruhan Allah dengan menutup aurat. Okey? :)

Sape yang tak kenal Hana Tajima tu, ha .. ni la dia













(kredit : youtube dan uploader stylecovered)






(kredit: youtube dan uploader HijabDiaries)




(kredit : youtube dan uploader stylecovered)

12 April 2011

Tuturial : Border Kotak Sidebar


lets start bloggers
like usual korangg kenalah pergi

design >> edit HTML

cari coding h2 { (quick search Ctrl + f serentak)

pastu korg copy coding nie kat bawah sekali dekat h2{

border 1
-moz-border-radius: 2em;
-webkit-border-radius: 2em;
border-radius: 2em;

border 2

border:3px solid #000000;
-moz-border-radius: 0 50px 50px 0;
border-radius: 0 50px 50px 0;

ada dua pilihan korg bole pilih mana-mana je..dah pilih pastikan korang paste kat bawah sekali pada bahagian h2{


selamat mencuba.. :)

Tak Kenal Maka Tak Cinta Dah Kenal Macam....

Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta ,dah kenal macam *%@$#@..

Bukan apa , orang sekarang nie tak kira lelaki ke perempuan , semua memandang rupa dan harta saja. Budi dan pekerti macam dah tak penting lagi dah.

Mana pergi semua tu ?? Nie sebab terlalu ikutkan nafsu , macam mana hubungan nak kekal lama.

Kalau nak bahagia janganlah terlalu memilih, kerana sebab terlalu memilih la satu hari nanti hidup kita akan derita.

Kenal hati budi orang yang betul-betul sayangkan kita , dan kita cuba untuk menyayanginya , InsyaAllah ,akan kekal bahagia.

jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerna orang yang kita suka ,akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang

11 April 2011

Cara Lelaki Menguji Wanita

Lelaki... Walaupun sudah
berkali-kali si dia
mengucapkan perkataan
cinta, namun masih tidak
cukup untuk membuktikan
kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki
kriteria yang diimpikan, tetapi
bagi sesetengah jejaka itu
bukanlah faktor yang
membuatkan dia memilih
kamu. Pelbagai cara
dilakukan demi menguji
kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka
mempunyai keistimewaan dan
kelebihan tersendiri dalam
mengenalpasti kesetiaan yang
diberikan, sepanjang
menjalinkan hubungan
bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba
melakukan pelbagai cara
dalam menentukan sama ada
anda layak ataupun tidak
bertakhta di hatinya.
1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan
kebanyakan kaum
lelaki.Untuk mengetahui
sejauh mana tahap
materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering
bertanyakan soal harga,
jenama, di mana membelinya
dan tidak mahu sesekali
menyimpan barang tersebut.
Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan
pemberian yang amat
bermakna dan terus
memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan
yang murah
Reaksi kamu: Menolak
ajakannya, tidak mahu
menikmati hidangan yang
disediakan dan menunjukkan
rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan
menunaikan permintaannya
dan menikmati hidangan
dengan penuh selera. Anda
lulus.
2. Perkara yang melemahkan
perasaan wanita apabila diuji
tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki
sentiasa ingin mengetahui
sejauh mana perasaan
cemburu kekasihnya. Sama
ada berat mahupun tidak, dia
akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu
bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula
mempamerkan wajah yang
muram dan sering
menanyakan tentang hal
berkaitan keperibadian
perempuan itu sebaik sahaja
diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa
menghulurkan senyuman
bahkan memuji perempuan itu
di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di
hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan
mengatakan bahawa kamu
tidak suka dia menelefon
perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang
seolah-olah hal itu bukan
suatu masalah yang besar.
Anda lulus.
3. Hubungan bekas teman
lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana
hubungan kamu dengan bekas
teman lelaki adalah cara dia
mengetahui sejauh mana cinta
kamu terhadapnya. Ia akan
menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas
teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia
semakin sihat, kami baru saja
berjumpa pada minggu lepas".
Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya
perlu mengetahui tentang
khabar si dia, sedangkan hati
saya telah dimiliki". Anda
lulus.
Adakah kamu masih
menjalinkan hubungan
dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil
mengutuk keburukan bekas
kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih
berkawan, tetapi tidak
serapat seperti dahulu". Anda
lulus.
4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran
dan kesetiaan
daripadainsan yang paling
disayangi, si dia akan menguji
kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah
menghubungi si dia atau tidak
pernah bertanyakan tentang
dirinya dan lebih memberi
keutamaan kepada teman-
teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si
dia setiap masa dan saling
mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya
untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima
pujukan temannya dan keluar
makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan
temannya dan mengatakan
kamu tidak tertarik dengan
pujuk rayu itu. Anda lulus.

6 Sebab Kenapa Indah Menjadi Single

Tidak berteman? Rasa sunyi?
Usah harungi detik
bersendirian dengan
perspektif pesimistik. Berikut
adalah antara alasan
mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari

Jika terasa ingin membeli
belah, jangan fikir lama-lama.
Dengan kebebasan yang ada,
anda boleh membuat apa
sahaja yang anda suka, sama
ada menonton wayang
romantik seorang diri atau ke
salun kecantikan. Jika teringin
mencuba stail rambut baru,
pergilah ke salun dan
dapatkan nasihat. Bukan
sahaja kebebasan ini dapat
memberi anda ruang untuk
mebuat perkara yang
diinginkan, anda juga dapat
berkenalan dengan lebih
ramai rakan baru tanpa perlu
risau boyfriend berasa
cemburu.

2. Jadi rakan yang baik

Sememangnya tanpa
kekasih di sisi, anda
mempunyai banyak masa
berkualiti bersama rakan-
rakan. Anda boleh ke spa
bersama-sama dan
mengadakan parti di rumah.
Bukan sahaja mengeratkan
hubungan malah memberi
peluang mengenali diri dan
rakan. Detik yang dikongsi
bersama boyfriend ke padang
bola atau futsal boleh
digantikan dengan membuat
aktiviti yang lebih berfaedah
dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa
berkualiti di rumah

Ibu bapa sering terasa
keseorangan apabila anak
gadis sudah besar dan
mempunyai boyfriend
terutamanya apabila anak-
anak sudah bekerja dan
mempunyai rumah sendiri.
Kalau single, lebih banyak
masa boleh diluangkan
bersama mereka di rumah.
Sama ada makan malam
bersama atau berbual-bual di
hujung minggu cukup
bermakna kepada kedua-dua
ibu bapa anda. Bukan itu
sahaja, anda juga boleh
membantu ibu mengemas
rumah atau menolong ayah
mencuci kereta. Hubungan
kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan
part-time

Dengan banyak masa
terluang, anda boleh
membuat kerja part-time.
Bukan sahaja memberi wang
lebih malah berpeluang
berkenalan dengan orang
baru. mungkin anda bertuah
bertemu teman baru yang
berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos

Bila berdating, perbelanjaan
akan meningkat. Bila single,
perbelanjaan boleh dijadikan
simpanan dan digunakan
untuk aktiviti yang diinginkan
seperti melancong ke luar
negara dan membeli
komputer riba baru. Anda
boleh memilih untuk makan
fast food dan pulang ke
rumah menikmati makanan
ibu. Bukan itu sahaja, anda
tidak perlu keluarkan bajet
untuk hari2 speselseperti hari
kekasih, ulang tahun dan
sebagainya.

6. Kurang beban
tanggungjawab

Anda tidak perlu risau sama
ada rakan-rakan boyfriend
sukakan anda atau tidak.
Anda juga tidak perlu risau
sama ada ibu bapabya
mempunyai impresi positif
terhadap anda. Dengan
menjadi single, anda hanya
perlu bertanggungjawab pada
diri sendiri. Segala keputusan
terletak di tangan anda dan
tak rasa gusar atau bimbang
sama ada ia akan merisaukan
boyfriend anda.

Telur Tiruan – Cara mengenal telur tiruan

Telur Tiruan – Awas Jangan Salah Pilih Telur…



Semalam aku ada terbaca tentang berita mengenai telur tiruan yang dibongkarkan oleh SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Telur yang dihasilkan di Cina itu katanya diperbuat dari gabungan beberapa bahan, kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan, dan pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur bagi memastikan adakan telur itu selamat atau tidak untuk dimakan.

Dan hari ini utusan Malaysia telah meyiarkan satu lagi berita menganai operrasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah tersebut



PULAU PINANG 7 April – Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas 270 biji telur, disyaki tiruan dari tiga gerai di pasar Pulau Tikus, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Gunaselan berkata, pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 10.45 pagi oleh tujuh anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Md. Nasir Mohamd dan mengesan telur ayam yang didakwa tiruan dan dijual dengan harga antara 35 sen hingga 38 sen sebiji.

”Sebanyak 270 biji telur ayam disita dari tiga gerai yang diperiksa, manakala 90 biji diambil untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini

Turut serta dalam pemeriksaan itu ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Timur Laut, Wong Kee Poh bersama beberapa pegawainya.

Menurut Gunaselan, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabitkan kesalahan, denda maksimum yang boleh dikenakan RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi perbadanan, denda tidak melebihi RM250,000.

Berita Penuh : Utusan online

Namun aku harap kajian keatas telur ni dapat disegerakan, kerana pada aku telur merupakan satu jenis makanan yang paling banyak diguanakan oleh rakyat Malaysia, terutam yang berpendapatan rendah, yang pasti tentukan tahap keselamatan dan juga status halal atau haram nya, dan buat masa sekarang ni pihak berkuasa harus membuat pemantauwan secara besar besaran bagi menghalang produk ni di pasarkan

Cara mengenal telur tiruan:

* Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
* Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
* Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
* Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
* Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
* Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
* Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
* Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden CAP

10 April 2011

Aku teringin..

Sesekali kurasa teringin melewati hatimu yang dingin mendengar keluh resah semenjak kau kehilanganku..
Ingat lagi tak bait2 lirik lagu Teringin yang dinyanyikan oleh Shima..

Lagu nie ada kena mengena ngan aku, sebab aku masih berharap lagi agar si dia dapat menerima aku kembali. Tapi apa boleh buat, orang dah tak sudi ,bukan kata nak tengok, nak menoleh pun tak sudi.

Hmm, kadang-kadang aku teringin jugak nak rasa happy macam orang lain , aku tumpang senang kawan-kawan aku ramai dah yang bertemu jodoh . Allhamdulillah. Aku masih menanti ,bila pulak hari bahagia aku tu akan tiba. Aku sabar menanti ...

Semoga Allah beri aku kekuatan utk hadapi dugaan hidup ini dengan sabar, dan semoga bila aku bertemu insan yang menyayangi aku ,aku tak akan berpaling dari-Nya . . Amin

bila sepi itu datang , aku merasakan aku perlu teman yang sudi menerima aku seadanya ,tetapi aku lupa.. aku lupa Dia masih menyayangi aku, tak henti2 mendoakan kebahagiaan aku.. Ya Allah ,ampunkan aku kerana aku melupakanMu yang tak pernah melupakanku...aku yakin padaMu Ya Allah, suatu hari nanti kebahagiaan pasti menjadi milik aku

4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

Mengapa si dia merajuk??

Pada kebiasaannya, lelaki
merajuk disebabkan
berlakunya perselisihan
faham di antara dia dengan
pasangannya. Perselisihan
faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia
mengambil keputusan untuk
membawa diri (merajuk) dan
mendiamkan diri dengan
tidak membalas mesej atau
mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku,
pasangannya akan berasa
bingung dan pelik kenapa si
dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu
yang besar dan tidak perlu
merajuk sampai sebegitu
rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si
dia dan bertanyakan pelbagai
soalan bagi menyelami
perasaannya. Ini
menyebabkan si dia akan
semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh. Jadi, bagaimanakah caranya
untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat
anda gunakan bagi memujuk
lelaki yang merajuk. Mudah-
mudahan apa yang kami
kongsikan di sini dapat
membantu anda dalam
memulihkan keadaan dan
dapat memujuk si dia yang
sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk
bersendirian

Apabila seseorang lelaki
merajuk, dia sebenarnya
memerlukan masa untuk
menenangkan fikirannya. Dia
perlukan masa untuk
bersendirian bagi
membolehkan dia
memikirkan sedalam-
dalamnya apakah yang telah
berlaku. Apakah punca
berlakunya masalah
tersebut? Adakah dia berhak
untuk merajuk? Apakah
tindakan yang perlu dia
lakukan bagi menyelesaikan
masalah itu? Dan pelbagai
lagi persoalan yang dia cuba
fikirkan bagi mencari
jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang
pasangan yang memahami,
berikan si dia sokongan yang
diperlukan. Jika dia
mendiamkan diri dengan
menonton televisyen dan
tidak mengendahkan anda,
biarkan si dia berbuat apa
yang dia inginkan. Ikutkan
sahaja rancangan televisyen
yang dia sedang tonton dan
jangan sesekali mengubah
siaran televisyen ke siaran
kegemaran anda. Walaupun
dari luaran kita nampak dia
sedang menonton televisyen,
tetapi di dalam akal
fikirannya si dia sedang
memikirkan masalah yang
sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan
tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk,
jangan sesekali bertanyakan
apa yang sedang berlaku,
kenapa dia merajuk, apakah
perasaannya, dan
sebagainya. Elakkan diri anda
daripada bertanyakan apa-
apa kepadanya. Ini kerana,
kehadiran anda akan
mengganggu konsentrasinya
untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Dan ini
akan menyebabkan si dia
akan semakin menjauhkan
diri daripada anda kerana
anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat
mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda
mengembirakan hati anda
sendiri daripada anda
memikirkan perasaan si dia.
Pada ketika ini, si dia
perlukan ruang untuk
bersendirian. Jadi biarkan si
dia bersendirian dan gunakan
masa yang ada untuk
menghiburkan diri anda.
Mungkin dengan melayari
Internet ,
membaca novel kegemaran
anda, atau pun melakukan
hobi kesukaan anda seperti
memasak, menjahit ataupun
shopping. Dengan cara ini,
anda akan dapat
mengelakkan diri daripada
mengganggu si dia yang
sedang cuba pulih daripada
merajuk itu.

Sekiranya anda mempunyai
tips memujuk lain yang anda
ingin kongsikan, sudi-sudilah
memberikan komen di bawah
ini. Agar kita sama-sama
dapat membantu antara satu
sama lain memujuk pasangan
lelaki kita yang sedang
merajuk itu.

9 Sebab Hubungan Tak Mampu Bertahan

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh"
utama dalam sebuah
perhubungan. Ia umpama
ledakan gunung berapi yang
meletus hebat. Ada yang
menipu untuk
"menyelamatkan" sebuah
perhubungan, namun mereka
tidak mahu hati pasangan
terluka. Sesetengah orang
tidak dapat menerima
bahawa hati mereka telah
dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan
harapan yang sangat tinggi
kepada pasangannya malah
mereka bergantung penuh
kepada pasangan. Ada lelaki
menyukai hal ini tetapi ada
juga yang sebaliknya. Di
sinilah timbulnya konflik yang
mungkin menyebabkan
hubungan terputus di tengah
jalan. Ada pula lelaki yang
inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah
membuatkan perhubungan
tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek
Perkahwinan

Perhubungan yang sihat
biasanya berlangsung dalam
suasana yang sangat
harmonis. Ia perlu diisi
dengan kasih sayang dan
sikap saling memahami. Bila
semua ini ada barulah
perhubungan boleh sampai
ke peringkat serius. Tapi
sesetengah wanita, yang baru
saja berkenalan terus saja
mengharap akan ia berakhir
dengan perkahwinan. Mereka
takut jika perhubungan
dijalinkan hanya sia-sia
sahaja. Jadi kalau timbulnya
konflik ini, perhubungan
boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi
sesetengah orang untuk
mengungkit hal-hal yang
lepas. Apatah lagi jika
mengungkit akan kekasih
lama. Belajarlah dari
kesilapan, jangan mengungkit
kisah lalu kalau anda
sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah
perhubungan, perbezaan
pendapat memang sering
terjadi. Kita mempunyai idea
yang berbeza dengan
pasangan dan hal-hal inilah
yang membuatkan pasangan
sering berbalah. Ada yang
mempunyai cita-cita tetapi
tidak dapat ditunaikan hanya
kerana pasangan tidak
mengizinkan. Itu adalah
antara perkara yang boleh
membantutkan sesebuah
perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan
sangat gembira dengan
perhubungan yang dijalinkan.
Mereka sangat bahagia
namun ada sesetengahnya
begitu mementingkan status
diri. Mereka memilih
pasangan yang dirasakan
sangat sesuai dengan diri
mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh
pasangan memang
menyakitkan hati. Malah
sanggup melakukan hal-hal
bodoh semata-mata mahu
menyakiti hati orang lain. Jadi
kalau inilah yang terjadi,
hubungan anda pasti tidak
akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat
Mendesak

Ada sesetengah pasangan
memang suka menyusahkan
pasangannya. Mereka sering
memberikan masalah dengan
membuat pelbagai perkara
hingga ia menyakiti hati
pasangan. Kehidupan yang
sangat terdesak ini
adakalanya membuatkan
perhubungan tidak
berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan
Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan
dan keluarga juga boleh
membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak
stabil. Pengaruh dari kawan-
kawan dan keluarga boleh
mempengaruhi keputusan.
Jangan salah sangka, orang
yang anda sayang pun boleh
terlepas dari tangan jika
keluarganya tidak menyukai
anda.

06 April 2011

Kasih Tanpa Cinta

Inilah dinamakan kehidupan.. perpisahan, tangisan, kesedihan, semua terselit di alam rumah tangga.. perkahwinan tanpa cinta sangat menyakitkan.. kerana ia memberi sejuta dugaan.Aisyah memandang mesej yang diterimanya. Lama dia merenung. Dia segera menunuaikan solat sunat 2 rakaat memohon doa dan petunjuk dari Allah.. kemudian, dia membalas mesej 2.. ‘’abang balik dulu ye.. kita bincang dekat umah”. Pendek sahaja.

Malam melabuhkan tirai. Motosikal yang ditunggang Arul kedengaran di luar rumah. Iqram anaknya yang sulung berusia 2 tahun berlari-lari anak mendapatkan walidnya.. kemudian Arul terus mendukung Iqram.. “sayang walid ni dah mandi ke belum ni? Umi mane? Dah mandi sebelum Maghrib..umi dalam bilik, menyusukan Ika..nenek mane? Nenek gi kenduri. X balik lagi..dah makan belum? Tunggu walid balik la. Dah iqram main dulu ye? Walid nak mandi. Nanti kita makan sama-sama ye. Iqram hanya mengangguk. Meneruskan permainannya bermain kereta mainan..
Arul melangkah perlahan di dalam bilik. Menolak daun pintu dengan penuh cermat.. lamunan Aisyah terhenti apabila mengesan kelibat Arul menolak pintu..“Assalamualaikum..Arul mmberi salam.. Aisyah kelam kabut. Perlahan-lahan meletakkan Ika di atas katil bayi di tepi katil.. kemudian mendapatkan suaminya.. dan menyalaminya..”maafkan ayang, abang.. Ika nangis tadi.. xsempat nak sambut abang depan pintu.. xpe.. dah lama dia tido? Baru je abang..abang mandi dulu, ayang gi siapkan makanan ye..Arul Menjawab.. ye la. Bak sini tuala abang.. Aisyah hanya patuh pada arahan suaminya.
Selesai makan malam ibu Arul pulang dari kenduri.. Sebagai seorang menantu, dengan pantas Aisyah menyalami mertuanya sambil menyapa..kenduri tadi ramai orang datang, umi? Tanya Aisyah lembut.. puan Maznah menjawab“a’ah..Arul mane? Ada dalam bilik tengah baring-baring....puan Maznah menuju ke biliknya. Riak wajahnya agak keletihan..
Aisyah menolak daun pintu biliknya. Melihat suaminya yang keletihan kerana kepenatan mencari rezeki.. abang penat? Ayang urutkan ye..Nurul ada jumpa abang tadi..
Aisyah hanya tersenyum..kenapa? dia ada masalah ke? Dia cakap cintanya pada abang tak pernah pudar.. hanya abang je yang ada dalam hati dia.. kesian dia ayang. Dah kurus dia sekarang..habis tu abang nak buat apa sekarang? Ayang relakan abang kahwin dengan dia kalau itu membuat abang bahagia..hmm memang dia je yang dapat membahagiakan abang..xpee abang..ayang x kesah janji abang bahagia ye.. tapi x pe ke? Sian ayang nanti. Alah, xpe abang. Kan itu impian abang selama ini.. sekarang peluang itu dah datang..jadi teruskan je niat abang..
Suatu petang, Aisyah terdengar perbualan antara Puan Maznah dengan Arul.“ Rul, Nurul ada datang jumpa umi semalam.. kurus dia sekarang.. sampai menangis dia bercerita tentang hidupnya tanpa kamu. Arul menjawab, ..a’ah dia pun ada jumpa Arul. Dia cakap nak kembali pada Arul semula..umi setuju sangat tapi Aisyah setuju tak? Dia setuju je.. tapi umi nak Arul jangan melukakan Nurul.. umi nak dia bahagia... Arul kene pilih salah seorang dari mereka..Arul buntu.. kejam ke kalau dia ceraikan Aisyah? Tapi dia tidak pernah cintakan Aisyah.. dia termenung mengimbas kembali saat 3 tahun lepas.
Kerana terlalu kecewa dengan Nurul..dia pun meluahkan segala-galanya pada Aisyah. Baginya Aisyah lah tempat dia mengadu. Aisyah seorang yang penyabar..“ ana x tahu lagi mana silap ana. Enti rasa ape yang kurang pada ana?Aisyah menenangkan dia. Mereka hanya mengutus mesej sahaja.. xpernah bertemu muka..“Nurul dah betul-betul buang ana. Sedih ana.. percintaan kami selama 4 tahun sia-sia je..dia dah bagi semua barang-barang yang ana bagi dekat dia..semua rancangan ana musnah..musnah semuanya..“ dah la jangan menangis lagi ye. Sabar itu penguat jiwa. Ingat Allah sentiasa bersama kita. Enta hanya kehilangan Nurul tapi Allah masih ada kan?bagusnya kalau Nurul macam enti.. berfikiran matang..
Mesej yang di hantar betul-betul mengejutkan Aisyah.. enta serius? Nak meminang ana? Tapi ana x ada cinta nak diberikan kepada enta? Nanti enta sengsara hidup tanpa cinta.. xpe ana sanggup daripada hidup kecewa macam ni.
Perkahwinan berlangsung dengan gilang gemilang antara Arul dan Aisyah. Walaupun Aisyah tidak secantik Nurul tapi dia seorang yang baik, lemah lembut dan berbudi bahasa.. selesai majlis. Mereka masuk ke bilik. Tetamu masih bertandang di rumah..terima kasih kerana sudi berkahwin dengan ana.. xpe ana xkesah..ana nak mintak maaf kalau ana xleh mencintai enta sebagaimana yang Nurul bagi..
3 bulan kemudian Aisyah disahkan mengandung.. umi ngan walid Aisyah gembira kerana bakal menimang cucu..Aisyah dan Arul juga begitu memohon kesyukuran kepada Yang Maha Esa.. Aisyah mengajak Arul membeli barang untuk bayi.. dalam keghairahan mencari barang, Arul mendapat panggilan dari Nurul..ternyata Nurul dalam kesusahan..“Siapa abang? Nurul, dia mintak tolong.. kereta kakaknya rosak.. xpe abang pergi ye?ayang? xpe abang. Ayang balik dengan teksi je.. lantas Arul meninggalkan Nurul berseorangan membeli barang bayi..
Petang tu baru Arul pulang ke rumah..ceria riak wajahnya. Nurul macam mana? Dah ok? A’ah. Abang ni semacam je gembira.Nurul cakap dia masih cintakan abang.. Aisyah membalas.. jadi apa keputusan abang? Abang sayangkan Nurul. Abang xboleh lupakan dia. Aisyah menjawab “abang kembalilah pada Nurul..ayang macam mana? Abang xkan ceraikan ayang dalam keadaan ayang sarat mengandung ni.. tapi abang macam mana? Xkan nak bebankan ayang dengan kehidupan abang..ayang nak ke tengok anak dalam perut ni membesar tanpa ayah? Abang… ayang sanggup korbankan segala-galanya demi kebahagiaan abang.. ayang xnak jadi penghalang kebahagiaan abang.. dahlah. Esok nak kerja kan. Kite tido yea.. abang xleh tidolah.. no, u can.. just relax n close ur eyes., k.
Aisyah membungkus semua barang-barangnye. Petang ini Arul akan pergi meminang Nurul. Puan Maznah sangat gembira kerana Nurul bakal menjadi isteri Arul. Cinta pertama Arul.. semua yang diidamkan bakal tercapai. Dia menyapa Aisyah.” Nak ke mana ni? Nak pindah umi.. nak gi mana? Aisyah xsuka duduk rumah umi ke? Bukan xsuka tapi abang dah jumpa orang yang dia idamkan selama ini. Jadi Aisyah rasa semua dah selesai. Tugas Aisyah adalah menghiburkan hati abang.. tapi Aisyah kan sarat ni.. xpe umi. Aisyah ok. Dah bagitahu Arul. Aisyah dah call tapi xdapat. Xpela mungkin dia tengah berbual dengan Nurul untuk peminangan petang ni.. Umi halalkan makan minum Aisyah selama ini ye. Ye la Aisyah jaga diri tau. Kemudian Aisyah meninggalkan rumah kayu yang kecil itu dengan seribu keredhaan. Berterima kasih kepada Yang Maha Memberi kerana dia berjaya menjadi seorang isteri walaupun seketika…Aisyah membawa barang ke rumah yang baru disewanya itu.. dia perlu kuat. Duit? Dia baru teringat dia mempunyai simpanan sedikit dalam bank sebelum dia berkahwin dahulu. Cukup lah sampai ke tarikh Due Datenye..kalau diikutkan keluarga Aisyah mampu menanggungnya. Aisyah dikatakan keluarga yang agak senang..tapi dia tidak mahu membebankan masalahnya kepada keluarganya.. tidak pernah dia mengadu kepada mereka.
Peminangan itu ditolak. Bapa saudara Nurul tidak setuju Arul berkahwin dengan Nurul. Kerana kemiskinan, dia takut Arul tidak dapat menjaga Nurul. Dia mahu yang terbaik untuk Nurul.. Arul sekeluarga pulang dengan hampa. Uminya agak malu dengan kata-kata pak cik Nurul yang agak menyakitkan..
Arul pula bingung. Malas untuk berfikir tentang kejadian tadi. Mula dia teringat pada Aisyah. Apa khabar dia sekarang? Semenjak Aisyah meninggalkan rumah itu, Arul tidak pernah menghubungi Aisyah lagi. Mula merasa bersalah pada Aisyah. Dia sibuk dengan peminangan dengan Nurul sehingga terlupa pada Aisyah, lantas dia mencapai nsetnya.. menelefon Aisyah. Aisyah mengangkat panggilan itu..khabar ditanya. Aisyah menjawab dengan lemah lembut tanpa rasa benci kepadanya. Sungguh mulia hatimu Aisyah..“habis 2 macam mana sekarang, abang? Entahlah. Abang rindu dengan Aisyah. Abang perlukan Aisyah sekarang? Kalau abang perlu pada Aisyah abang jumpa Aisyah. Abang nak Aisyah balik.. tapi umi macam mana? Dia xsuka Aisyah, kuarga abang pun... kalau Aisyah terus tinggal dengan abang, mesti Aisyah jadi penghalang abang dengan Nurul. Abang nak Aisyah pulang ke pangkuan abang. Kita bina hidup baru. Kita besarkan baby bersama yea.
Aisyah selamat melahirkan bayi lelaki. Izham namanya. Mulia maksudnya. Selama tempoh 3 tahun, Nurul tidak pernah berhubung dengan Arul.. sehingga ke kelahiran anak yang kedua. Nurul kembali lagi. Dia dah sambung belajar.dah buat master. Arul bercerita tentang Nurul yang nak konvo. Dia nak Arul datang bersama meraikan majlis itu. Abang pergi je ye. Xpe ke? Ayang macam mana? Ayang xkesah. Asal abang bahagia.. perhubungan Arul dengan Nurul pulih. Nurul menagih kasih lagi. Ternyata Arul sangat mencintai Nurul...Aisyah sanggup berkorban demi kebahagiaan suaminya. Dia sanggup bermadu asalkan dia tidak diceraikan..dia tidak mahu anak2 terbiar.Aisyah selamat melahirkan anak yang kedua. Zulaikha namanya. Tapi Arul seperti bingung, dia kesiankan anak2nya.
Lamunannya terhenti.. mengantuk rasanya. Uminya dah tido. Dia pun mau masuk tidur.. ayang tak tido lagi? X abang.. ayang xngantuk lagi.. napenye ni? Ayang Cuma runsing. Nak cari kerja bukan senang..nape nak cari kerja plak? Aisyah menjawab” Nak besarkan anak2 bukan senang. Nak cari rumah sewa lagi.. umi dah cakap gitu. Xkan ayang nak tolak kan. Dia terasa dengan kata-kata uminya tadi..rupanya dia terdengar perbualan Arul dengan Puan Maznah tadi.. . xpela ayang akan cuba cari rumah sewa.. abang jangan bimbang, ayang akan keluar sebelum majlisnya ye. Ayang, abang mintak maaf, xdapat membahagiakan ayang. Abang, ayang dah cukup bahagia kalau abang bahgia.. itu dah memadai abang. Teima kasih kerana memahami abang.. dah abang, jom tido.. abang peluk ayang ye. Iyee.. tanpa disangka airmata menitis. Suaminya dapat merasakan basahan pipi isterinya. Kenape ni? Xlah abang ..ayang ok. Ayang sedih? X.. ayang gembira. Dah lama abang sengsara. Sekarang abang dah dapat kebahagiaan itu. Ayang gembira, abang.Arul menyapu airmata Aisyah. Maafkan abang.. tak dapat membahagiakan Aisyah… abang, jangan cakap macam 2. ayang yang salah.. tak dapat bagi abang kebahagiaan. Ayang xbaik abang, ayang tak dapat jadi isteri yang solehah untuk abang. Arul menyentuh bibir Aisyah.. cukup ayang.. bagi abang, ayanglah yang terbaik.. ayang patuh pada agama, taat pada abang..sepanjang perkahwinan kite ayang akur dengan perintah abang,, kalau abang cakap xpayah buat ayang xbuat walaupun ayang suka atau minat. Bagi abang ayang dengan Nurul adalah dua dunia ayang berbeza. Alangkah bagusnya Nurul macam ayang. Tapi maafkan abang. Cinta abang hanya untuk Nurul…
Petang itu, Aisyah membawa keluar barang—barangnya. Iqram, si kecil bertanya, Umi, kita nak ke mana? Kita nak pindah mana? Nape x bawak walid sekali? Kita bukan pindah, sayang. Kita Cuma di bercuti je. Walid? Walid sibuk sayang.. jadi kita tak pergi dengan walid laa. Sambil mendukung Zulaikha, dia melangkah lemah untuk kali kedua dari rumah itu..membawa seribu kenangan. Ya Allah, tabahkanlah hatiku dalam mengharungi dugaan membesarkan anak-anakku tanpa suami di sisi.. abang,, semoga berbahagia bersama insan yang tercinta, Nurul..
Walid dah ceraikan Aisyah? Tanya Nurul. Sememangnya “Walid” adalah gelaran Nurul kepada Arul sejak dari dulu lagi.. walid xceraikan dia umi. Dia masih isteri walid. Tapi dia dah pindah untuk bagi laluan kepada perkahwinan kita. Walid, umi xnak bermadu. Umi xnak berkongsi kasih. Umi nak walid sorang je. Rengek Nurul dalam percakapan telefonnnya.. tapi walid serba salah. Anak-anak walid macam mane? Membesar tanpa seorang ayah.. alah Aisyah tu kan laku. Ramai nak dekat dia. Petik jari je dapat. Maklumlah wanita solehah. Umi, umi tak kenal Aisyah. Tengok, walid masih nak sebelahkan dia. Kalau macam ni, kita tak yah kawin la. Umi, senangnya umi buat keputusan, umi tahu walid sanggup tunggu umi selama 5 tahun, sanggup tinggalkan anak2, isteri semata2 kerana umi.. walid, janganlah marah. Umi gurau je la.... lain x kalau umi cakap hal ni..walid xnak call umi lagi..
Terpana seketika apabila membaca mesej yang dihantar oleh Nurul..“ walid, kenapa walid selalu menghalang apa yang umi nak? Mengapa? Umi sayangkan walid”.Arul membalas mesej itu. Kenapa setiap kali umi menyakiti hati walid tinggalkan walid, tak pernah walid persoalkan? Ada walid tanya? Ada umi mintak walid jangan tinggalkan walid? Walid mengungkit ye? Umi tak suka.... walid tahu.. kalau macam tu umi suka hati umilah.. walid dah penat, umi. Walid dah penat.. layan kerenah umi.. kenapa umi nak walid hidup dalam serba salah macam ni? Umi tak kesian kat walid ke? Atau sebab kerana pak cik umi? Walid jangan libatkan Pak Ngah dalm hal ni.. ni tak ada kena mengena dengan dia. Ni antara kita.... titik. Itulah mesej yang di balas oleh Nurul. Berderaian air mata Arul... sanggup Nurul buat dia macam sampah.. tapi kerana terlalu sayangkan Nurul.. dia kuatkan iman dan semangatnya...
Dia mengadu kepada Aisyah.. perbualan berlangsung selama sejam lebih... Aisyah.. Ayang dekat mana 2? Ayang dekat umah umi.. abang chat? Abang chat sayang.. abang rindu ayang dengan anak-anak... abang nak jumpa ayang.. Nurul? Xpelah.. abang jumpa ayang dekat umah umi je. Abang malu dengan umi dengan walid.. x. Diorang ok je.
Keesokan harinya.. Arul ke rumah mertuanya.. bertemu dengan anak-anak dan iserinya...Puan Senah hanya menjeling.. malas mahu difikirkan tentang menantunya itu..anak2nya memanggil walid. Sambil mendakap anak-anaknya.
Tinggal seminggu lagi Arul akan berkahwin.. saat yang ditunggu akan tiba..dia menolak daun pintu biliknya. Tiba-tiba kenangan Aisyah terbayang di fikiran..seolah2 dia menjadi penonton manakala dia dan Aisyah menjadi pelakon. Terpana seketika.. “ayang, bak towel abang. Abang nak mandi laa. Ayang nak mandi ngan abang? Meh la.. nakal, orang dah mandilah..jawab Aisyah. Yela.. babak lain pula seolah-olah bertukar siaran.. abang, janganlaa. Orang nak sangkut baju ni…tangan Arul merangkul pinggang Aisyah..abang nak ayang.. lepas la. Orang nak sangkut baju ni.. tiba-tiba satu ciuman singgah di pipi Aisyah..abang, malulah. Nape x tutup pintu? Nanti orang nampak malu la. Yela…
Barulah dia tahu erti sebuah kasih sayang . Mula dia rindu pada Aisyah. “Aisyah di mana? Abang rindu Aisyah…Uminya mengetuk pintu. Babak2 yang ditontonnya hilang sekelip mata.. Arul ni baju yang abang kau amik tadi. Terima kasih umi.. kemudian Arul mencuba pakaian pengantin itu. Dia menghadap ke cermin... hansome. Perasan dalam hati.. tiba2 dia teringat kembali saat manis dia menjadi raja sehari bersama Aisyah. Kenangan itu terimbas kembali..sungguh meriah sekali. Walaupun keluarga Arul tidak berapa setuju dengan perkahwinan itu tapi itulah jodoh.. tidak boleh dihalang..
Aisyah mengemas pakaiannya. Dia baru mendapat panggilan telefon dari pemilik rumah yang di sewanya itu.. pemilik tersebut ingin menjualkan kepada orang lain. Maka terpaksalah Aisyah dan anak2 berpindah.. dia menuju ke stesyen bas yang berhampiran. Dia menunggu bas. Iqram merengek.. umi, Iqram dahaga.. ye minim air mineral ni ye sayang..Aisyah tidak tahu ke mana hala yang ingin ditujunya.. ingin pulang ke rumah bimbang umi dan walidnya bertanya.. Aisyah merasakan kepalanya terasa berat yang teramat sangat. Kemudian dia merasa pandangannya kabur. Kemudian dia tidak tahu apa yang terjadi.. apabila membuka mata dia telah berada di hospital. Dia dapat mengecam keadaan asing di sekelilingnya.. umi di sebelah membaca Al- Qur’an.Aisyah, dah sedar. Syukurlah. Umi.. Iqram Zulaikha mana? Aisyah jangan diorang ada dekat umah. Apa dah terjadi umi? Umi jumpa Aisyah terlantar dekat bahu jalan tadi.. Aisyah apa dah jadi ni? Tak pe la Aisyah rehat dulu.. umi nak solat.
Keesokan hari Aisyah pulang ke rumah ibubapanya. Walid mana umi? Walid xde..outstation.. apa dah jadi ni? Iqram dan Ika dah tidur 2. Aisyah…umi membelainya. Aisyah merasakan kehangatan seorang ibu.. umi.. AISYAH, menangislah sepuasnya… Aisyah memulakan penceritaan dari awal sampai akhir… terkejut Puan Senah. Rupanya anak tunggal perempuannya itu tidak pernah bahagia. Dia tidak pernah menduga sejauh itu kehidupan Aisyah. Xpe la Aisyah, tinggal saja kat sini. Umi ngan walid boleh tanggung Aisyah anak beranak..
Arul segak berpakaian umpama pahlawan melayu. Hensem anak umi ni… Arul tersenyum. Sekejap lagi dia akan dinikahkan dengan Nurul.. dia kembali mengingat tentang perkahwinannya dengan Aisyah... terus teringat pada Aisyah.. anak2nya...apakhabar mereka sekarang.. rindunya pada Aisyah semakin membuak2. Aisyah...Aisyah... dia meraung seorang diri di dalam biliknya.. terduduk sebentar ke lantai... Arul.. Arul. Mengucap nape ni? Umi.. umi. Arul rindu Aisyah umi.. Arul kejap lagi Arul akan dikahwinkan dengan Nurul.. umi. Arul nak Aisyah.. anak2 Arul rindu mereka Umi.. Arul..Arul. Arul kemudian Arul bertindak seperti orang yang hilang akal..Arul... mengucap nak.. Puan Maznah bertindak menenangkan Arul.Umi..Arul nak Aisyah.. Arul bertindak menanggalkan bajunya..dan berpakai seperti biasa. Umi..Arul mintak maaf..Arul nak Aisyah, perlukan Aisyah..
Arul menuju ke rumah mentuanya. Salam di hulur kepada bapa mentuanya. Amran melihat keadaan Arul yang tidak terurus.. Nape ni, Arul? Walid nak tahu cite sebenar dari Arul.. walid, Arul nak Aisyah.. Arul sayngkan Aisyah.. tapi Aisyah cukup menderita kerana kamu. Kamu kena pilih samada Aisyah atau Nurul. Tapi Arul sayang kedua-duanya. Kalau kamu sayangkan Aisyah, kamu tak akan membuat dia menderita macam sekarang.abang, Aisyah mengatur langkah tangan dihulur untuk menyalaminya.. Aisyah.. abang chat? Chat, sayang nampak kurus sekarang. Aisyah membisu senyumanannya itu kelat..abang duduk dulu, Aisyah buat air ye..Arul terus menyambar tangan Aisyah sebaik sahaja Aisyah ingin mengatur langkah..Aisyah, Aisyah marah abang?Arul menarik tangan Aisyah terus dipeluk Aisyah ke dalam dakapannya.sambil mencium dahi Aisyah yang licin itu.abang sayang Aisyah..mengalir airmata Aisyah..tapi sayang abang pada Aisyah tidak seperti sayang abang pada Nurul.bicara Aisyah dalam esakan..dah sayang, jangan menangis ye.. Arul menyapu mutiara jernih yang membasahi pipi isteri kesayangannya itu.
Pandangan Aisyah kabur.. akhirnya kelam... sayang... tidurlah ye... abang akan bahagiakan Aisyah... Nurul hanya tinggal kenangan... die sengaa mainkan perasaan abg.. sayang... abang akan membahagiakan Aisyah, Iqram dan Ika ye sayang... dia mengucup sepuas2nya pipi Aisyah... namun.. dirasakan dada aisyah berhenti berdegup... AISYAH!!!!bangun Aisyah...
Apabila tibe di hospital... doktor merawat Aisyah. Arul dan kuarga Aisyah menunggu dengan penuh debar..Ika didukung Arul... Iqram yang tidak mengerti apa2 hanya melihat walidnya mundar-mandir..
Doktor pun keluar dari bilik rawatan..
Kami mintak maaf.. Aisyah xdapat di selamatkan... dengar sayu..Arul seperti mau runtuh jantungnya...Ya ALLAH... Kuatkan aku... aku banyak berdosa dengan Aisyah...
Urusan pengkebumian telah selesai.. melihat Iqram dan ika yang tak tahu ape2 Arul jadi sebak.. aku xpernah mengahrgai Aisyah... Ya Allah.. namun segalanya dah berakhir,... walaupon berat untuk digalas... Aisyah xakan kembali lagi.. KERANA untuk menyesal xade gunenye lagi... banyak sungguh pengorbanan Aisyah kepadanya..

Maka para suami dan lelaki di luar sana.. jadikan kisah benar ini sebagai pengajaran dan sayangilah pasangan anda selagi mereka msih hidup.. wallahua’lam.

05 April 2011

Sabar Itu Perlu Setiap Masa

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Bayaran Sebuah Kemaafan

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

 Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

Bila Diri Dihina

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:

1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
5. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
6. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

04 April 2011

Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jika dilihat daripada tajuk
entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot.
Ataupun saya sekarang
tengah angau tapi nak
lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun.

Saya terdetik
untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari
seorang kawan saya yang
mahu saya post artikel
bagaimana untuk dia lupakan
seseorang. Saya bukannya
hebat sangat pun untuk bagi
pendapat ni tapi apa yang
boleh saya kongsikan saya
cuba la ye. Saya cuba yang
terbaik untuk bagi pendapat
ni. Dari pembacaan saya dan
pengalaman saya sendiri
juga..hehe

Saya hanya bagi straight to
the point je senang tentang cara-cara nak lupakan
seseorang ni tak payah nak
pening-pening kepala baca
panjang-panjang.


1) Jika anda baru putus cinta
ataupun yang seangkatan
dengannya sememangnya
anda akan bersedih. Itu
adalah normal. Yang jadi tak
normalnya bila anda buat-
buat tak sedih kononnya nak
tunjuk anda kuat yang anda
boleh lupakan seseorang itu
dengan mudah. Walaupun
ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan
seseorang yang dicintai itu.
Kalau anda sedih untuk
lupakan seseorang yang
dicintai itu keluarkan ia
dengan sepenuh hati. Tak pun
menangislah sepuas hati anda
lama-lama
kelamaan anda
akan berasa lega sikit
selepas beberapa hari. Bila
anda sudah biasa bersedih
lama kelamaan anda anda
akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan
dia.

Tips: Susah nak menangis?tengok la cita sedih2..tak pon dengar lagu cintan2 ke..hehe

2) Kadang-kadang bila anda
selalu duduk sorang-sorang
anda akan selalu terbayang-
bayangkan seseorang yang
anda suka itu. Jadi makin
susahlah untuk lupakan
seseorang itu. Habis tu apa
nak buat ek?. Senang je pergi
cari kawan dan jangan
biarkan anda duduk
keseorangan . Bila bersama
kawan ni banyak benda yang
anda boleh buat seperti
borak-borak, main apa-apa,
pergi jalan-jalan. Percayalah
bila anda bersama dengan
kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama
kelamaan anda akan dapat
melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang
boleh buat anda
happy..macam saya ni ke..haha perasan..

3) Sentiasa sibukkan diri anda
dengan apa-apa aktiviti. Bila
diri anda selalu sibuk maka
fikiran anda pun akan
menjadi sibuk juga. Anda
buat la sesuatu aktiviti yang
anda suka lakukan dan
sentiasa sibukkan diri
dengannya . Apabila fikiran
anda sedang sibuk maka
secara automatiknya anda
tidak akan mempunyai masa
untuk berfikir tentang
‘ seseorang ’ yang anda cuba
lupakan dia!. Otak tengah
busy jadi anda tak ada masa
nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda
dengan aktiviti yang banyak
mendapat pahala seperti
sembahyang, baca al-Quran,
berzikir dan banyak lagi.

4) Anda kena elakkan atau
jangan terus untuk
berhubung dengan
‘ seseorang ’ yang anda mahu
lupakan itu. Kalau anda
masih dok terhegeh-hegeh
hubungi dia lagi sampai bila-
bila pun anda tidak akan
dapat lupakan dia. Kalau
boleh jangan ada faktor apa
pun lagi yang boleh
menyebabkan anda
berhubung dengan dia seperti
ym, facebook dan lain lagi.
Bukan nak suruh putuskan
hubungan silaturrahim tapi
sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila
tidak
berhubung dengannya
lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda.

5) Terimalah realiti yang
anda perlu lupakan
‘ seseorang ’ dengan hati yang
terbuka dan nekad.
Berhentilah dari segala
macam perkara seperti
berharap, berangan,
bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya
yang anda mesti lupakan dia
walau apa sekalipun. Jangan
ada lagi didalam fikiran anda
contohnya suatu hari nanti
ke.. semua akan berubah
ke..dia masih mahu kot..atau
apa-apa jela. Anda perlu kuat
untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini
adalah realiti dan bukan
fantasi ya..


Sebagai kesimpulannya
melupakan seseorang yang
kita suka amatlah sukar
kerana ianya memerlukan
semangat yang kuat untuk
melakukannya. Ada banyak
lagi cara untuk kita boleh
lupakan seseorang itu yang
saya ceritakan disini hanyalah
sebahagiannya
sahaja. Kalau
masih tak boleh nak lupakan
juga seseorang itu anda
ingatlah kepada Allah selalu
dan juga ibu bapa kita
sendiri. Pesan saya..
‘‘Ingatlah hidup mesti di teruskan dan bukan untuk diratapi’’. Kepada kawan-kawan good luck ye. Semoga tips2 yang saya bagi ni dapat membantu anda.

Mata oh Mata Kenapa Kau Liar?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu
dulu free hair.. Tiba-tiba je
datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! macam tak
percaya je..

Sop: Ha ah.. ok gak la..dalam majalah sekolah ada
lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan
Meon sedang berjalan-jalan
di kotaraya London. Tiba-tiba
mereka terlihat kelibat
seorang wanita bertudung
labuh ala-ala filem Ketika
Cinta Bertasbih (KCB).

Sop: Eh, ada gadis mcam
dalam KCB la...

Meon: Mana? Mana? Mana?

Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame
Tusod..

Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?


Babak 3

Sop dan Meon menyambung
kembara cuti musim bunga
mereka di bandaraya Dublin.Cuaca semakin panas.

Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh
tu...tak solehah langsung...! !

Meon: Eh ye ke? Yang mana
satu? Yang skirt oren tu ke?

Sop: Tak, yang kaler biru ,
blouse biru muda tu..

Meon: Ha ah la..betul lah
cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu
menutup dan menundukkan
pandangan. Ini bukanlah
bermaksud semuanya kena
pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan
tembok batu sepanjang masa
atau semasa kuliah-kuliah
agama sahaja, tetapi
menjaga dan memelihara
kedua mata kita daripada
MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang
terbentang di hadapan kita,
samada semasa sedang
berseorangan, atau sedang
berdua bersama rakan karib,
atau bersama masyarakat
umum, kita mestilah
bertindak SEGERA dan
PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan
wanita yang terbentang dan
segeralah mengalihkan
pandangan daripadanya
sambil bersyukur dan beristighfar.
''Alhamdulillah,
Allah jaga
mata dan hati aku. Ya Allah,
ampunlah dosa aku, moga
Allah beri yang lebih baik''
Allah berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang
yang takut kepada Tuhannya
Yang tidak nampak oleh
mereka, mereka akan
memperoleh ampunan dan
pahala yang besar." - [Surah
Al-Mulk :12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang
menutup aurat, perlukah
kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah
sebab mereka itu sudah
diberikan hidayahnya. Kita
bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di
majlis ilmu atau di jalanan,
malulah dan pandanglah
tempat lain. Itu bukan HAQ
mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang
melihat aurat wanita, takut
dan malulah, kerana itu
akan merendahkan darjat
matamu dan merosakkan
amal, sekaligus hati menjadi
lali dan tidak tenteram.

03 April 2011

Ciri-Ciri Lelaki Yang Tak Boleh Dijadikan Suami Atau Kekasih

Salam riadah buat semua yang membaca. Kali ni saya nak tulis pasal ciri-ciri lelaki yang tak patut di jadikan suami atau teman lelaki..

Selalu sangat dah dengaq cerita pasal orang perempuan nie kuat hotiaq (membebel), kaki shopping la ,pisau cukur dan macam-macam lagi.

Kali nie saya nak hangatkan pulak mood orang lelaki. Jangan marah ek..hahaha!

- Kaki Perempuan

Perghh! Korang nak ka laki camni jadi calon suami korang? ? Kalau dah nama kaki perempuan nie memang la dah tentu2 dia tak boleh nak setia ngan korang..

Hello! Orang lelaki..perempuanie bukan tempat korang melepaskan hawa nafsu semata-mata okey!

Perempuan pulak..jangan cepat terpedaya dengan pujuk rayu manis orang lelaki.


-Kelentong

Haa..nie yang paling saya tak suka.. Kalau dah jadi teman lelaki tapi maseh suka kelentong..tu namanya dia tak ikhlas..

Kalau kelentong tapi bagitau balek yang sebenarnya takpa la jugak. Yang ni tak ,buat sengap teruih....tak boleh..tak boleh di buat teman hidup..hahaha!


- Cemburu buta

walaweyh.. Bohong ar kalau korang tak pernah ada rasa cemburu. Si penulis nie pun cemburu jugak orangnya..haha

Nak cemburu tak salah sayang. Tapi biarlah berpada-pada. Yang penting kena ada trust untuk pasangan.

Kalau cemburu lebih-lebih pun boleh merosakan hubungan tak elok jugak tu..


- Pau duit perempuan

Haaaai..baru kawan jer dah pandai nak kikis duit perempuan..
Wahai jejaka.. Tak malu ke orang perempuan yang belanja? Tak jatuh saham ke? Hahaha..

Bukan tak boleh nak orang perempuan belanja . Tapi berpada-pada la, jangan sampai di cop lelaki materialistik pulak..


Setakat ni je lah pendapat saya. Panas..panas..panas..hahaha..

Senarai finalis top 5 Anugerah Bintang Paling Popular 2010 (ABPBH)

Tahniah buat
artis-artis yang tersenarai dalam top 5 ini dan good luck
untuk mempromosikan diri lepas ni!! hahahaha!


Senarai finalis Top 5 Anugerah
Bintang Popular 2010 (ABPBH).


Artis Komedi Lelaki Popular


Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan


Artis Komedi Wanita Popular


Didie Alias
Kenchana Dewi
Nurkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahira


Artis Baru Lelaki Popular


Daus
Maulana
Shah Jaszle
Shahir
Sharnaaz Ahmad


Artis Baru Wanita Popular


Adira
Ana Raffali
Mizz Nina
Nur Syuhada @ Dottie
Elfira Roy


Penyanyi Nasyid Popular


Hijjaz
In Team
Mirwana
Rabbani
Raihan


Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular


Ana Raffali/Suhaimi Mior
Hassan/Altimet
6ixth Sense
Azlan The Typewriter
Bunkface
Meet Uncle Hussein


Penyanyi Lelaki Popular


Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir


Penyanyi Wanita Popular


Adira
Alyah
Ana Raffali
Stacy
Yuna


Pelakon Filem Lelaki Popular


Aaron Aziz
Bront Paralea
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof


Pelakon Filem Wanita Popular


Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya


Pelakon TV Lelaki Popular


Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Nurkhiriah
Lisa Surihani
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah


Pengacara TV Lelaki Popular


Ally Iskandar
Awal Ashaari
Anil Hj Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan


Pengacara TV Wanita Popular


Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah


Penyampai Radio Lelaki Popular


Aznil Hj Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakub


Penyampai Radio Wanita

Popular
Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya

02 April 2011

(Gambar) Senarai Peserta Maharaja Lawak

Salam sejahtera...


Baru semalam (1 hb APRIL 2011) pada 10 malam Maharaja Lawak bersiaran secara langsung secara serentak di Astro Warna dan Prima. Program Maharaja Lawak ini dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.


peserta Maharaja Lawak

















PESERTA MAHARAJA LAWAK
 
 
 
 
 





 
 
 
 
 
 
 
 
 




























 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma