Blog Cik Emma: WANITA perlu faham LELAKI bila..

03 March 2011

WANITA perlu faham LELAKI bila..

1. Bila si dia sibuk … … ..
Jangan pula kamu terhegeh-
hegeh meminta si dia
menjemput kamu di tempat
kerja ataupun menemani
kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego … … . Jangan
sesekali kamu
mempersoalkan tentang
keegoan bila sikap sebegini
sedang menguasai dirinya.
Lelaki amat payah utk
mengakui dirinya ego
sebaliknya berpendapat ianya
ketegasan.
3. Bila si dia romantik … … ..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan
malam di bawah cahaya lilin
sambil mengenangi saat-saat
manis pertemuan pertama
dan jgn lupa selit sekali
perancangan utk masa depan
bersama.
4. Bila si dia panas baran …
… .. Jgn membuat sesuatu yg
boleh menyemarakkan lagi
perasaan marahnya. Cuba
kamu berdiam diri dulu
sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat … … . Jgn
mengadu perkara ataupun
bercerita ttg hal yg remeh.
Dalam saat sebegini si dia
hanya perlu rehat yg
secukupnya dan jgn memaksa
dia membuat sesuatu yg
boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri
sendiri … … … Cuba berterus-
terang dan meluahkan rasa
tidak puas hati kamu tentang
sikapnya itu. Kamu patut
bersikap terbuka dan
memintanya supaya
mengimbangi pendapat kamu
juga. Jgn lupa utk
bertoleransi antara satu
sama lain.
7. Bila si dia
mengongkong … .. Kalau
kamu memberontak, pasti
akan dimarahinya. Tapi kalau
menurut saja katanya takut
menjejaskan diri sendiri. Utk
itu, kamu perlu berkata
padanya utk membiarkan
kamu membuat keputusan
sendiri asalkan tidak
menjejas hubungan kamu
berdua.
8. Bila si dia selamba … … .
Cuba tarik perhatian si dia.
Contohnya membuat sesuatu
yg boleh menarik minatnya.
Orang yg selamba ini
selalunya ingin kita yg
memulakan dahulu. Oleh
sebab itu, kamu patut
merancang sesuatu
bagaimana utk menarik
perhatiannya.
9. Bila si dia curang … .. Jgn
tuduh tanpa usul periksa. Jika
benar si dia curang,
bersemuka dan tanya dengan
si dia mengapa bersikap
begitu. Tapi kalau si dia tetap
dengan keputusannya,
eloklah kamu sendiri yg
berundur dulu sebelum makin
parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul …
… Memang kamu boleh
mengambil kesempatan ke
atas dirinya tetapi jgn sampai
memperlekehkan setiap
tindak tanduknya. Kamu
patut menjadi perangsang
padanya dan mengatakan yg
si dia mampu membuat
keputusan sendiri tanpa
mengharapkan org lain
sangat...
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma