Blog Cik Emma: Tips mengenali lelaki yang belum bersedia berkahwin!

03 March 2011

Tips mengenali lelaki yang belum bersedia berkahwin!

1. Terus ‘ tutup mulut ’ apabila
korang bertanya kepadanya
mengenai kesediaannya
untuk berumahtangga.

2. Tidak pernah ada niat
untuk menemui orang tua korang walaupun korang sudah
berusaha untuk
mempertemukan si dia dengan orang tua korang.

3. Tidak pernah memegang
janji. Melupakan dan
membatalkan janji dengan korang bukan perkara yang
menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin si dia banyak teman atau sanak saudara, tapi
tidak ada yang benar-benar
akrab dan dekat dengannya.
Jadi, dia memang tidak
mengerti makna ‘ ikatan ’

5. Jarang memperkenalkan
korang kepada kenalannya.

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah
membincangkan masalah
peribadinya dengan korang. Juga tidak mengizinkan korang untuk mengetahui masalah peribadinya.

8. Terlalu menganggap
bahawa segala-galanya mesti sempurna.

9. Berulangkali dia
menceritakan mengenai
keburukan-keburukan dirinya kepada korang.
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma