Blog Cik Emma: Selamat hari Wanita

08 March 2011

Selamat hari Wanita

..Kepala tengah kusut pikiaq banyak sangat masalah, yang utamanya pasai kerja. Bila aku nak kerja nih wei?hadoi..bukan aku memilih kerja ,cuma aku tak pasti kerja apa yang aku minat , aku dah boring sebenarnya dok buat kuih ni, tapi dah sementara aku tak kerja ,dari hasil kuih muih jugak la aku dapat duit belanja dari tarakk habuk terus. Hahaha. By the way, aku rasa liat nak kerja sebab dah dekat 6 bulan aku menggangur selepas berhenti kerja dekat 7 Eleven. Tula pasai , sapa suruh mengangur lama-lama.. Tak per ,nanti ada la tu lubang2 kerja yang aku minat..

Hari nie tanggal 8 Mac 2011 ,semua dah sedia maklum hari nie adalah hari wanita sedunia. Apa tujuan hari wanita nie di wujudkan??
Di bawah nie antara di antara konteks yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam keghairahan golongan wanita meluaskan pengetahuan dan kemahiran untuk mengukuhkan kedudukan dan peranan
mereka dalam masyarakat seiring dengan arus
pemodenan negara, mereka tidak boleh mengabaikan usaha menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan positif di kalangan remaja dan belia wanita. Ini termasuklah kemahiran dan keupayaan untuk
menguruskan tekanan hidup serta berhadapan dengan masalah secara rasional supaya gejala buang bayi yang semakin meruncing akhir-akhir ini mampu dibendung.

Jika tidak akan wujud jurang di antara golongan wanita di negara ini di mana pada satu tahap ramai golongan wanita yang cemerlang dalam kerjaya sehingga mampu menjadi pemimpin sektor
awam dan swasta, sementara satu golongan lagi khususnya remaja terlibat dalam pelbagai gejala sosial seperti buang bayi.
(Sumber teks Utusan Malaysia)


Betapa istimewanya seseorang wanita di mata dunia , wanita dilahirkan dengan sifat yang lembut dan mewah dengan keindahan yang tak ada pada lelaki2 di dunia ini ,sungguh indah ciptaan Allah terhadap wanita, kerana wanita di beri kekuatan untuk menjadi seorang anak , ibu dan isteri yang sempurna. Hargailah wanita-wanita di sekeliling kita terutamanya ibu yang tersayang yang telah banyak berkorban dan menanggung segala derita demi anak-anak. Saya sayang mak saya.

Akhir kata dari saya , SELAMAT HARI WANITA semoga kita menjadi role model dan teladan yang baik ,buat generasi wanita yang akan datang :) ..

2 comments:

Dda Ly said...

selamat hari wanita buat kamu juga..:)

meh ke rumah..
~stationery~
keep in touch ye..♥♥♥

CiK EmMa said...

Terima kaseh :D
Ok i f0llow u.

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma