Salam Terakhir...

March 01, 2011

Sudirman
Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam
teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak
dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir
kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan
terhadapmu
( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon
keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
( ulang korus1, korus2 )
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi
semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di
ingatan
Salam ku yang terakhir


Sedih dan sayu hayati lirik dan melodi lagu nie. Hati tergerak nak wat entry ni sebab tertarik dengan telemovie Salam Terakhir di Astro,walaupun telemovie ni dah lama di tayangkan. Pelakon utama cerita ni Zul Huzaimi, Kaza Ahmad, Memey Suhaiza dan ramai lagi.

Cerita ni berkisarkan Zul Huzaimi(Salim) seorang peguambela ,yang gagal membela nasib adiknya Sulaiman. Adiknya yang di gantung atas kesalahan menjual dadah. Di sebabkan itu Ayahnya (Kaza Ahmad) mula membenci dan menyalahkan Salim kerana tidak dapat membela nasib Sulaiman.

Sebelum Sulaiman di gantung, dia ada memberi surat kepada Salim untuk di kirimkan pada ayah mereka, tetapi tidak di sampaikan Salim.

Sehinggalah suatu hari Salim yang menghidap penyakit barah otak, pulang ke rumah keluarganya untuk mengirim surat itu,dan masa itu jugalah beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Waktu itu ayahnya baru tahu yg selama ini Salim tidak bersalah, dan ayahnya menyesali kerana tidak benarkan Salim pulang dan menjenguk ibu dan adiknya.

Huhh..sedih sangat cerita nie, tak bosan tengok walaupun dah banyak kali di ulang tayang. Suka dengan watak yang di bawak Zul Huzaimi, beliau memang seorang pelakon yang berbakat.. Dengan menonton cerita nie banyak pengajaran yang aku dapat.. Sayangilah dan hargai insan yg masih ada di dunia ini.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images