Blog Cik Emma: Pengasas Facebook rabun warna

11 March 2011

Pengasas Facebook rabun warna

Mungkin cerita nie dah basi kot ,tapi tak per sebagai seorang addicted dengan Facebook , aku nak jugak share cerita menarik nie kat korang.

MARK ZUCKERBERG tidak menjadikan kekurangan
sebagai halangan untuknya
memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia.
FACEBOOK adalah kisah
kejayaan luar biasa pemilik nama Mark Elliot Zuckerberg,
lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari New York, Amerika Syarikat.
Dengan jumlah pengguna
hampir 600 juta orang, Ketua
Pegawai Eksekutif dan
Presiden Facebook itu mampu
berada dalam senarai 40
individu bilionair dunia seperti
yang diuar-uarkan majalah
Forbes.

Sebuah laman berita,
www.dailymail.co.uk
menganggarkan sehingga 4 Januari lalu, nilai kekayaan
yang dimiliki Zuckerberg
berjumlah RM27.5 bilion (AS$
9 bilion).
“ Inisiatif pemuda ini untuk
menghubungkan lebih
daripada setengah bilion
manusia dan memetakan
jaringan sosial di kalangan
mereka merupakan
fenomena Internet masa kini.
“ Berupaya menghasilkan satu
bentuk pertukaran
maklumat, Facebook juga
boleh mengubah cara kita
memanfaatkan hidup.
“ Memang seharusnya pereka
laman seperti ini diberi
pengiktirafan,
” jelas majalah
Time yang yang menamakan
Zuckerberg sebagai Person of
The Year 2010.
Sehingga Disember lalu,
dianggarkan seorang
daripada 12 penduduk bumi
memiliki akaun Facebook.
Angka itu menyamai jumlah
550 juta pengguna.

Kerja gila

“ Andaikan Facebok adalah
sebuah negara, ia merupakan
negara ketiga yang
mempunyai populasi
penduduk tertinggi selepas
China dan India.
“ Jika dihitung masa yang
diperuntukkan oleh setiap
pengguna untuk melayari
Facebook, jumlah masa yang
dihimpun bersamaan dengan
700 bilion minit sebulan,

jelas Time lagi.

Mula beroperasi pada
Februari 2004 di sebuah bilik
di kampus Universiti Harvard,
Zuckerberg yang ketika itu
berada di tahun kedua
membangunkan Facebook
dibantu dua rakannya, Dustin
Moskovitz dan Sean Parker.

Diberi nama
thefacebook.com,
perancangan asal mereka
sekadar menyediakan
jaringan komunikasi antara
pelajar kampus untuk
mengetahui perkembangan
antara satu sama lain.
Selepas mendapat sambutan
baik dan banyak permintaan
supaya jaringan laman
tersebut diperluaskan,
Zuckerberg cuba
mengembangkan rangkaian
berdasarkan kepercayaan
dalam perhubungan ke
seluruh dunia.
“ Bagi saya semua ini adalah
kerja gila. Saya masih
teringat perbualan saya
dengan kawan-kawan di
kolej. Ini yang kami mahukan
tujuh tahun dahulu.
“ Tetapi pada ketika itu, saya
anggap impian itu hanya
gurauan kerana kami adalah
pelajar kolej. Kami tidak
layak untuk melakukannya.
Ini adalah kerja gila,
” seloroh
Zuckerberg.
Boleh diakses dalam 72
bahasa, Zuckerberg percaya
komunikasi tidak sepatutnya
tersekat hanya kerana faktor
bahasa.
Malah dia sendiri sedang
mempelajari bahasa Cina
selain boleh menulis dan
membaca dalam bahasa
Perancis, Latin, Hebrew dan
Greek kuno.
Sukar puas
Mengenali anak lelaki
tunggal kepada pasangan
doktor gigi dan pakar
psikiatri ini, Zuckerberg
dibesarkan di Dobbs Ferry,
New York, bersama tiga
orang kakaknya.
Menurut bapanya, Edward,
anaknya itu mempunyai sifat
keyakinan diri yang tinggi.
“ Sejak kecil, berbual
dengannya boleh menjadi
sesuatu yang mencabar.
“ Bagi sesetengah budak,
jawapan untuk mereka
mungkin seringkas ya atau
tidak. Namun bagi
Zuckerberg, dia tidak mudah
menerima atau
mempersetujui sesuatu jika
jawapan yang diberikan
kepadanya adalah tidak.
“ Jika anda ingin berkata
tidak, sediakan hujah kuat
yang disokong dengan fakta,
pengalaman, logik dan alasan
munasabah.
“ Malah, kami pernah
membayangkan dia akan
menjadi peguam suatu hari
nanti kerana sifat ingin
tahunya itu berupaya
mempengaruhi hampir 100
peratus keputusan juri,
” kata
Edward.
Biarpun bergelar bilionair,
Zuckerberg lebih suka
mengamalkan kehidupan
yang sederhana.
Dia memilih untuk tinggal di
sebuah rumah yang disewa di
Palo Alto bersama teman
wanitanya, Priscilla Chan,
seorang penuntut tahun tiga
jurusan perubatan di
Universiti California, San
Francisco.
Dia juga hanya memandu
kereta Acura TSX berwarna
hitam berharga RM97,000 (AS
$32,000).
Semasa kecil, Zuckerberg
diajar mengenali program
asas komputer sebelum
bapanya mengupah seorang
pembangun perisian
berpengalaman, David
Newman untuk melatihnya
secara peribadi.
Mendapat pendidikan awal di
sekolah tinggi swasta
tempatan, Zuckerberg
kemudian meneruskan
pelajaran ke Philip Exeter
Academy di New Hampshire.
Selepas itu, dia menyambung
pengajiannya ke Universiti
Harvard dan mengambil
kursus dalam dua bidang
serentak iaitu psikologi dan
sains komputer.
“ Ramai yang tidak faham
mengapa saya ambil dua
jurusan yang berbeza. Saya
selalu tertarik untuk tahu
bagaimana dua perkara ini
bergabung untuk
membangunkan perkara yang
baik, ” ujarnya.
Membuka rahsia mengapa
warna biru dan putih menjadi
warna latar Facebook,
Zuckerberg sebenarnya lelaki
tampan yang buta warna.
Mengikuti temu bualnya
bersama Time, banyak warna
yang tidak mampu dilihat
olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru
dengan sempurna..

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma