Blog Cik Emma: Pelangi Selepas Hujan

30 March 2011

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali
jiwa meratap hiba. Dugaan
dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala
menewaskan semangat yang
ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa
kita dipinggirkan.
Ketika kita
menyangka sudah tidak ada
lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita
lihat hanyalah jalan suram di
hadapan.

Lantas kita marah kepada
Tuhan, kita kecewa dengan
ketentuan yang diciptakan.

Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu
airmata mengaburkan
kewarasan.

Lalu kita hilang
pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan
syaitan. Kita hanya nampak
jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih
kematian sebagai
penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan
pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan
bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam
yang kusam, apabila disirami
hujan lantas berbunga
cantik. Maka tersenyumlah
alam. Betapa indahnya
aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan
berpanjangan atau sinar
mentari yang menyinari
alam?

Mengapa harus ada putaran
alam seperti hitam malam
dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada
sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.

Mengecapi
kebahagiaan memerlukan
pengorbanan.

Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang
menyanyikan kedamaian
selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati,
pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah..

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma