Blog Cik Emma: Kuiz kenal diri| Siapa Aku?

07 March 2011

Kuiz kenal diri| Siapa Aku?

Mana satu gambaran tentang diri korang, baik atau pun nakal? Mungkin pernah orang kata kamu
ni baik, tapi korang rasa
yang korang ni bukan
sebaik mana pun.
Mungkin ada juga yang
kata kamu ni agak nakal
orangnya. Tapi sejauh
mana pula kenakalan
korang itu? Apa pun
persepsi orang, korang
yang patut lebih tahu
siapa diri korang yang
sebenarnya. Tak gitu? :D

Lets start! Tapi sebelum
tu, korang kena la
sediakan pen dan kertas
untuk catat markah
korang. Pensel pun
boleh..hehe.. Atau pun
korang bukak la kejap
calculator kat komputer
korang tu, boleh terus
tambah markah korang.
Sori lar.. ni kuiz manual
kena tanda markah
sendiri.. Selamat
menjawab exam..ngehehe


Kuiz Kenali Diri
1. Semasa menghadiri sebuah majlis, tiba-tiba ada sekumpulan jejaka/gadis menarik kekasihmu untuk diajak menari. Kamu..?
(a) marah juga
dan meminta si
dia agar tidak
melayan karenah
mereka.
(b) senyum saja
sebab takut nanti
dianggap terlalu
cemburu pula,
walaupun di saat
itu hati kamu tak
rela
(c) sengaja
menumpahkan
air dibaju salah
seorang dari
kumpulan itu.
Ops!
Markah …
(a) 1 (b) 0
(c) 2

2. Pernahkah kamu
ke klinik semata-mata mahu mendapatkan
cuti sakit padahal kamu sihat ketika itu?
(a) Ya, lagi pun
memang selalu
kamu berbuat
demikian.
(b) Sesekali,
kalau kamu
malas hendak ke
tempat kerja/
sekolah.
(c) Tidak pernah,
melainkan kamu
benar-benar
tidak sihat.
Markah …
(a) 2 (b) 1
(c) 0

3. Apa pendapat kamu tentang segala peraturan
seperti cara berpakaian, tepati masa dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh tempat kerja/sekolah kamu?
(a) Setiap
peraturan ada
alasan yang
tersendiri.
(b) Wajar saja
dilanggar
sesekali.
(c) Peraturan
dibuat untuk
dilanggar. Untuk
apa dipatuhi?
Markah …
(a) 0 (b) 1
(c) 2

4. Kamu tidak suka
disuruh duduk di
rumah untuk menjaga anak buah kamu semasa kakak kamu keluar membeli-belah. Kamu…?
(a) mengurung
anak buah kamu
di dalam bilik dan
diberikan
sejumlah besar
permainan,
Kamu? menonton
televisyen saja.
(b) mengajaknya
bermain tanpa
henti hingga dia
tertidur
kepenatan.
(c)
membawannya
ke taman
permainan
behampiran.
Markah …
(a) 2 (b) 0
(c) 1

5. Pernahkah kamu
terlibat dengan cinta si dia yang sudah berpunya?
(a) Sempat
tergoda tapi tak
pernah
kesampaian.
(b) Tak mungkin.
Kamu tidak
tergamak untuk
menjadi orang
ketiga.
(c) Pernah.
Walaupun tahu
itu satu
kesalahan, tapi
apakan daya
hati sudah
mencintainya.
Markah …
(a) 1 (b) 0
(c) 2

6. Pernahkah kamu
dikritik kerana
telah buat salah?
Apa reaksi kamu?
(a) Terserah apa
jua tanggapan
orang. Kamu tak
peduli dengan
semua itu.
(b) Minta maaf
seadanya. Tetapi
tetap beranggapan
yang mereka ini
sudah keterlaluan.
(c) Minta maaf
dan kamu
memang rasa
bersalah.
Markah …
(a) 2 (b) 1
(c) 0

7. Bos kamu meminta semua kakitangan bekerja lebih masa sedangkan kamu sudah mempunyai perancangan untuk pergi bercuti. Akhirnya …
(a) Berpesta-
pesta sakan masa
bos kamu suruh
bekerja. Tanda
protes!
(b) Terpaksa
melupakan
rancangan untuk
bercuti.
Kerja..kerja..kerja
(c) Langsung tak
pergi bekerja.
Bosan!
Markah …
(a) 1 (b) 0
(c) 2

8. Pengertian ‘Nakal ’ bagi kamu …
(a) makan
aiskrim di
muzium kesenian.
(b) buat bising di
restoran
eksklusif.
(c) pergi ke
mana-mana
tanpa
memberitahu ahli
keluarga mu.
Markah …
(a) 0 (b) 2
(c) 1

9. Kamu menumpahkan
separuh dari isi minyak wangi milik kawan baik kamu. Lalu…
(a) diganti
dengan air. Lepas
tu buat tak tahu
saja.
(b) Katakan
maaf. Itu saja
yang mampu
kamu lakukan.
(c) Kamu
mengaku
kesalahan mu
dan berjanji akan
menggantikan
dengan minyak
wangi baru.
Markah …
(a) 2 (b) 1
(c) 0

10. Melihat aksi
Jeniffer Lopez
dalam filem‘Enough ’ ,
kamu …?
(a) terasa satu
kekuatan untuk
melawan sesiapa
yang menindas
kamu.
(b) terbawa-bawa
aksi yang bahaya.
Kena belajar seni
mempertahan
diri ni.
(c) semakin nakal
kerana tidak
mahu ditindas
oleh sesiapa.
Markah …
(a) 1 (b) 0
(c) 2


Keputusannya ialah …
jeng! jeng! jeng!..Sila klik pada jumlah markah yang berkenaan untuk lihat keputusan
korang.

»KAMU MEMANG NAKAL!
Ops! Tak baik kamu
berkelakuan nakal
sehingga memeningkan
kepala orang lain. Kamu
sangat impulsif dan suka
membuat sesuatu
perkara tanpa berfikir
panjang. Kamu juga suka
mencari perhatian orang
dan sebab itulah kamu
harus dikawal ketat oleh
orang yang rapat dengan
kamu. Walaupun
terkadang tersemat
dalam hati untuk berubah baik, tapi ia tak
berkekalan kerana kamu
mudah terleka dan
tertewas dengan prinsip
kamu sendiri. Walau
bagaimana pun, kamu
memang rasa menyesal
jika ada sesuatu berlaku
yang boleh menjejaskan
nama baik kamu sendiri.

»DI ANTARA DUA DUNIA
Kamu patut rasa bahagia
kerana kamu tahu
menilai perkara yang
baik dan buruk. Namun
begitu, ada kalanya kamu merasa agak bingung untuk memilih jalan kamu sendiri
memandangkan begitu
banyak anasair-anasir
yang mempengaruhi
kamu. Namun begitu
kamu tahu bagaimana
mahu mengawal diri dari
terjebak dengan perkara-
perkara yang negatif.
Tapi sekadar perkara
biasa kalau kamu suka
‘ berfantasi ’ menjadi
‘ penjahat ’ membalas
pandangan nakal orang
lain dan sebagainya. Bagi
kamu lebih baik menjadi
‘ penonton ’ dari terjebak
sama.

»BAIKNYA…
Kamu memang layak
merasa kebahagian itu
100%. Kamu kerap
berusaha utk menjadi
yang terbaik dan yg
disenangi rakan sekeliling. Pendapat kamu, klu kamu
berusaha utk menjadi
orang yg baik, pastinya
kamu juga akn mndapat balasan yg baik juga. Kamu pasti akn melakukan sesuatu dgn penuh keikhlasan dan tdk mengharapkan
balasan. Namun jika
kamu dihimpit perasaan
bersalah, seblh-blhnya kamu akn segera meminta maaf.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma