Drama Asmara 2 Slot Lestary Tv3 | Sinopsis

March 06, 2011

.Sambungan siri ASMARA
akan menemui para penonton mulai
8 Mac 2011, setiap hari
Selasa jam 9.00malam
menerusi slot Lestary.
ASMARA 2 masih
menampilkan Shahz Jaszle(Asmara), Faezah Elai (Zaliya),Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi(Nek Mah), Rahim Jelani dan turut memperkenalkan
watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen(Fikri) dan Marisa Yasmin(Noreen).

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan
daripada musim pertama.

Sinopsis Asmara 2

Asmara seperti kehilangan semangat
dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkanAsmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana
Sahlan sengaja
menyembunyikannya
daripada pengetahuan
Asmara. Sahlan mahu
menyingkirkan Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari
perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya
sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria. Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap
Asmara sebagai
musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati
bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya
memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.
Tria berkenalan dengan
Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya
mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya telah berjaya menyembunyikan rahsianya.

Sejak itu, fikiran Asmara
terganggu kerana wajah
Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih
mencintai Zaliya. Masing-
masing sengsara dengan
perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan
membahayakan nyawal si
kecil yang tidak berdosa itu.

Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara?
Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?


Jangan ketinggalan untuk
menonton ASMARA 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa jam 9.00malam mulai 8 Mac 2011, hanya di TV3. Ketahuilah kesudahan kisah
cinta tiga segi antara
Asmara, Zaliya dan Melati.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images