Blog Cik Emma: Apa itu cemburu?

08 March 2011

Apa itu cemburu?

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang
terhadap orang lain,
atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai,
seperti suami, isteri
atau kekasih. Kecemburuan
juga boleh wujud
dalam
persahabatan atau
antara adik-beradik seperti
kakak dengan adik
kandungnya.
Cemburu
dapat dikesan
apabila seseorang itu
mempunyai perasaan
terhadap
orang yang
dicemburuinya. Oleh itu
seringkali kita mendengar
orang
berkata
‘ cemburu tandanya
sayang ’ yang seolah-olah
menggambarkan bahawa
cemburu
adalah satu
standard untuk menilai kasih
sayang sesuatu pasangan.
Mungkin
ini ada benarnya
kerana jika kita tidak sayang
pada seseorang mengapa
mesti
kita merasa cemburu
terhadapnya.
Sesungguhnya
sifat cemburu
adalah naluri manusia yang
amat sukar
untuk
dibendung. Lantaran ia
adalah disebabkan oleh sikap
‘ possesive ’
seseorang terhadap
pasangannya. Di mana dalam
dirinya ada satu pengakuan
jelas
(tetapi tidak secara
langsung) bahawa
pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh
sama
sekali diambil atau
dikongsi dengan orang
lain.
Namun begitu sifat
terlampau cemburu yang
mencapai tahap ‘ cemburu
buta ’ amat tidak digalakkan
kerana ia boleh menggugat
hubungan sesebuah
rumahtangga
begitu juga
ketiadaan langsung sifat
cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat
buruk
kerana ia boleh menjadi
punca pasangan ‘ mudah
dikebas orang ’ . Dengan itu
terdapat dua jenis cemburu
iaitu cemburu yang
positif
dan cemburu yang
negatif.
Bila
berbicara tentang
cemburu juga, ramai
menuding jari mengaitkannya
dengan
kaum hawa di mana
mereka beranggapan bahawa
kaum wanita ini
sangat
kuat cemburunya.
Dalam soal ini, sebenarnya
sama ada lelaki mahupun
wanita
masing-masing
mempunyai sifat cemburu.
Cuma yang membezakannya
ialah tahap
cemburu tersebut
dan sejauh manakah
perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.
Dalam hubungan
suami isteri,
sifat cemburu wajib dikawal.
Jika tidak
klimaksnya
nanti boleh
membawa kepada putusnya
sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali
membuatkan seseorang
berubah
menjadi orang yang
selalu curiga dan sentiasa
berprasangka buruk.
Hakikatnya
dia sedar bahawa
sikap cemburunya itu kurang
menyenangkan
pasangannya
tetapi dia tidak
mampu mengawalnya. Dia
merasakan bahawa apa
yang
dilakukan semuanya
betul dan sentiasa ingin tahu
apa yang dilakukan oleh
pasangannya
hatta perkara
yang kecil sekalipun sehingga
mencetuskan
pertengkaran
demi
pertengkaran yang
menggugat kemesraan yang
terjalin
sebelumnya.
Oleh itu untuk
menyelamatkan keadaan,
seseorang itu apabila
dapat
melihat tanda-tanda
awal cemburu pada
pasangannya, hendaklah
bertindak
segera agar tidak
merebak. Ikutilah tips berikut
tentang bagaimana
untuk
mengawal keadaan
sekiranya mendapat
pasangan yang kuat
cemburu.
1.
Jika pasangan kita mula
menunjukkan rasa cemburu,
jangan terbawabawa
dengan
sifatnya itu. Mungkin
kita tidak perlu menjawab
setiap
soalan
yang diajukan.
Sebaliknya lebih baik berdiam
diri sahaja daripada
terus
menyemarakkan
kemarahannya.
2.
Anggaplah bahawa dia
sebenarnya tidak berniat
untuk melukai hati kita.
Mungkin
ini tidak disedarinya
dan jangan ambil hati.
3.
Cuba sedaya upaya untuk
membina keyakinan diri
padanya. Pujilah
pasangan
atau mintalah
nasihatnya bila perlu dan
sentiasa luahkan
perasaan
cinta yang
membuktikan bahawa kita
menyayanginya. Malah
sebaiknya
berikanlah dia
sokongan yang berterusan
agar dia merasa
sentiasa
disayangi dan
dihargai.
4.
Jangan membabitkan diri
dalam situasi yang boleh
membuahkan perasaan
cemburu
bagi pasangan
seperti suka berfoya-foya,
berbual-bual mesra
atau
bergurau senda dengan
orang lain.
5.
Berbincanglah dengan
pasangan tentang
perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya
tetapi
pasangan tetap tidak boleh
mengawal rasa
cemburunya,
kaunseling
mungkin jalan terakhir untuk
menyelamatkan
keadaan.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ’ . Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan
asam garam kehidupan
dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu
adalah seperti isi
dengan kuku bagi mana-
mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah
kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi
mestilah berpada. Jangan
sampai pasangan merasa
terkongkong dan dikongkong.
Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai
alat untuk dapat memperbaiki
sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap
yang selama ini diamalkan.
Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi
terjadi perbalahan atau
pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya.
Dengan itu ‘ cinta dan
cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa ’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlahikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘ tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa ’ . Ingatlah, sesungguhnya ‘ ALLAH SWT Maha Cemburu ’Maksudnya? Ya, bukankah Allah SWT sangat MENCINTAI kita selaku hamba2Nya? Cuma kita yang tidak menyedarinya..

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma