Blog Cik Emma: Andainya awak tahu....

15 March 2011

Andainya awak tahu....

Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang,
semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata dia mahu
anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan
anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan
tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu
sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. Kadang2
dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia
hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan merajuk, jangan
kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau
hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘ i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu
lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir
dari kata-kata tetapi juga
melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata dia rindu
sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan
sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata lelaki lain
itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu
menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu
sanggup menjadi yang terbaik
di matanya. Walaupun
sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia dengan
kamu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap
masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang
terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki
itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat
lembut.Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata, “ tolong
tinggalkan saya!”,dia tidak
bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya
mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari
anda semula. Itu tandanya
dia benar-benar menyintai
anda. Perempuan sukar
untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan
pada diri anda.

Andai lelaki
tahu..Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka
saling memahami, mereka
akan saling melengkapi dan
menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan
oleh Allah indah sekali. Di
sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu
kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan
itu tampak lemah tapi dia
punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi
hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan
bukan dengan kelemahan
sahaja tetapi dia juga ada
kekuatan untuk
menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda
lebih sempurna. Dialah yang
bakal menjadi perempuan
bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 dan anda .

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma