Blog Cik Emma: 9 Panduan hindari ZINA

08 March 2011

9 Panduan hindari ZINA

Dari Abu Hurairah r.a,
Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya
Allah telah
menentukan bahagian zina
pada keturunan Adam
(manusia), ketentuan ini tidak
dapat
ditolak. Zina kedua
mata adalah pandangan, zina
lisan adalah perkataan,
sementara nafsu yang
berangan-angan dan
menginginkan, lalu kemaluan
yang membenarkan dan
mendustakannya." [Riwayat
Muslim]

Desakan jiwa yang meronta
lantaran suasana sekeliling,
hambatan hati yang
mendengus lantaran keadaan
persekitaran yang terbuka,
semangat ingin mencuba
lantaran ajakan atau perlian
kawan yang mendesak,
keghairahan nafsu serta
bisikan syaitan yang
berterusan, semuanya itu
merupakan faktor atau punca beraninya
manusia
melakukan larangan serta
tegahan Allah, termasuk
melakukan dosa besar; zina.
Untuk mengelakkan
berlakunya zina, panduan
berikut perlu diusahakan.;

panduan1:
Menuntut Ilmu.
Tuntutlah ilmu supaya
datangnya kesedaran tentang
haramnya zina serta
bencananya. Mengetahui
hukum adalah langkah yang
paling asas untuk
mengukuhkan iman. Hadirilah
majlis
ilmu kerana belajar
dengan berguru akan
menjadikan kita terpimpin.

Panduan 2:
Amalkan Ilmu.
Ilmu agama semata-mata
tidak memadai untuk
menguatkan iman dan
mendatangkan kekuatan bagi
menjauhi zina, andainya ilmu
itu tidak diamalkan sungguh-
sungguh. Selain Ilmu syariat,
seseorang itu perlu
mendalami ilmu tauhid dan
akhlak, agar rasa sentiasa
diawasi oleh Allah, bukan
setakat mengetahui Allah itu
Maha Melihat.
Mudah-mudahan dengan rasa
sentiasa diawasi, seseorang
itu akan malu untuk
menghampiri zina, apatah
lagi untuk berzina. Jika dilihat
orang pun dia akan malu,
apatah lagi jika Allah SWT
yang melihat. Rasa malu
kepada Allah ini adalah
akhlak hamba kepada
Tuhannya. Ia merupakan
benteng daripada terjebak
kepada kemaksiatan.

Panduan 3:
Dekati Orang Berilmu.
Selain menghadiri majlis ilmu
secara rasmi, seseorang itu
perlu mendekati orang
berilmu dalam suasana tidak
rasmi bagi mendapatkan
pandangan, nasihat dan
teguran.

Panduan 4:
Berusaha Menjauhi Dosa.
Hindari dosa2 kecil yang
membawa kepada
terbiasanya melakukan dosa-
dosa besar. Tinggalkan
perkara yang makruh yang
Allah tidak suka, serta jauhi
sama sekali perkara haram
yang Allah murkai.

Panduan 5:
Menolak Segala Jalan Yang
Membawa kepada
Menghampiri Zina.
Dengan kata lain, menutup
semua 'pintu' yang boleh
mengarah kepada zina.
Dalam istilah fikah, ia disebut
sadduz zara'ik. Antaranya;
* Menjauhi pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan,
terutama mengelakkan dari
berdua-duaan.
*
Mengelakkan dari
mengenakan pakaian yang
tidak menutup aurat serta
tidak sempurna menutup
aurat.
*
Mengawal mata dari
melihat perkara-perkara
yang tidak halal yang boleh
menaikkan nafsu seperti
menonton pornografi atau
melihat gambar lucah.
Rasulullah SAW menegaskan;
"Pandangan
itu merupakan
seutas panah beracun
daripada panahan iblis.
Barangsiapa yang menjaga
atau mengawalnya, nescaya
Allah akan mengurniakan
jiwanya dalam kemanisan
ibadat yang akan dirasainya
sehingga hari kiamat." [HR:
Imam Ahmad dan At-Tabrani]
Kata Pujangga Islam;
"Sesiapa
yang menjaga
pandangannya nescaya Allah
akan menjaga jiwanya."
*Hindari tempat-tempat yang
menimbulkan fitnah seperti
tempat yang menggalakkan
pergaulan bebas dan aktiviti
maksiat.
Panduan 6:
Mengamalkan Zikir.
Zikir yang diamalkan secara
berterusan dan tersusun
mampu mensucikan hati. Hati
yang bersih akan kuat
menolak ransangan nafsu
untuk berbuat dosa.
Panduan 7:
Bergaul Dengan Orang Yang
Baik-Baik.
Pergaulan dengan orang yang
baik akhlaknya, baik
amalnya
dan baik ilmunya dapat
membantu seseorang untuk
menghindarkan maksiat,
kerana yang baik akan
memimpin dan mengajak kita
ke arah kebaikan. Mestilah
kuatkan azam untuk mencari
sahabat-sahibah yang dapat
membantu memberi petunjuk
ke jalan kebenaran dan
berusahalah mewujudkan
suasana pergaulan yang baik.
Panduan 8:
Sibukkan Diri Dengan Ibadah
Dan Kerja Kebaikan.
Jika selama ini seseorang itu
ketagih melihat filem porno
di internet, dia mestilah
melawan ketagihan itu
dengan penuh keazaman
dengan banyak mengisi masa
beribadah dan melakukan
kerja-kerja kebaikan yang
lain.
Panduan 9:
Amalkan Sunnah Nabi SAW.
Adab-adab seharian bermula
daripada bangun tidur hingga
kita tidur kembali yang
menjadi amalan Rasulullah
SAW; marilah bersama kita
sekeluarga amalkan.
Yakinlah apabila kita
bersungguh-sungguh 'ketagih'
mengamalkannya dan
menjadi amalan seharian,
insyaAllah Allah akan
memberi kekuatan untuk kita
mampu mengawal diri
daripada perlakuan yang
tidak baik.
Sesungguhnya setiap amalan
Rasulullah SAW bersulamkan
doa-doa yang merupakan
menjadi pelindung diri
daripada pelbagai musibah.
Wallahu 'alam.

*sumber rujukan: ANIS; Dr.Hj. Nik Yusri Musa.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma