10 Kesalahan ketika seseorang jatuh cinta

March 07, 2011

Assalamualaikum wbt bloggers. Haishh, seronok sangat berblogging nie ,sampai sanggup gi cyber cafe semata-mata nak update blog..hahah..memang sempoi lah. Update blog ngan handphone tak brapa nak enjoy sangat, sebab terhad. Tunggulah nanti pakai netbook or lappy. Kasi gegar blog ni..haha. Berbalik pada tajuk entry, ramai orang yang bertanya-tanya kesalahan apa yang
dilakukan hingga setiap
kali menjalinkan cinta selalu berakhir dengan kegagalan. Jatuh cinta memang berjuta-juta
rasa. Tak kurang jgak orang yang sedang jatuh cinta melupakan hal-hal yang sepatutnya penting untuk diperhatikan.
Ada baiknya mengkaji semula semuanya
dan belajar dari kesalahan yang telah dilakukan agar
hubungan cinta yang baru nanti akan berjalan
dengan baik.

Kat bawah ni ada 10 senarai kesalahan yang kerap dilakukan ketika seseorang jatuh cinta.

Memulakan hubungan tanpa persahabatan

Masa sedang jatuh cinta, kita tentu akan merasakan
perasaan sayang yang sangat mendalam. Tapi yang perlu diingat, jangan lupa luangkan
waktu sedikit sbanyak untuk mengetahui atau
memperhatikan apa yang
sesungguhnya dia inginkan atau dia perlukan. Luangkan waktu untuk mempelajari
kepribadiannya dan bukan hanya fizikal semata-mata .

Tidak jujur pada diri sendiri

Kerap kali orang yang sedang jatuh cinta memberikan yang toleransi berlebihan
kepada pasangan. Mereka berpura-pura seolah-olah
sikap pasangan bukan
merupakan gangguan yang besar pada diri mereka atau
mereka berharap agar
masalah itu selesai seiring dengan berlalunya waktu. Segala kesalahan-kesalahan
yang diciptakan pasangan juga bukan sebuah persoalan
besar, padahal
waktunya akan menjadi
bom yang akan
membuat hubungan tersebut tidak lagi berjalan dgn normal.

Kurang beri perhatian pada diri sendiri

Banyak orang yang lupa
memperhatikan dirinya
sendiri selama menjalin
hubungan cinta.
Kebanyakan orang yang
sedang mabuk cinta ingin
selalu berduaan dengan
kekasihnya. Kekadang
rasa rindu mendera. Walaupun sudah hubungi dan berjumpa.
Akibatnya orang-orang di
sekitar kita akan merasa
diabaikan sehingga lambat laun tanpa di sedari kawan-kawan pun menjauh diri.Ini mempunyai akibat yang
buruk di masa mendatang.

Meletakkan
kebahagiaan diri kepada
pasangan

Jika selama ini korang berfikir bahwa kebahagiaan korang
bergantung pada pasangan, itu sudah salah. Kita boleh
jatuh cinta pada siapa saja tapi tidak bererti orang tersebut pun dapat membuat kita bahagia. Kebahagiaan diri kita bergantung pada kita sendiri dan jangan sesekali kita
memusatkan seluruh hidup dan perhatian hanya pada satu orang saja kerana jika
begitu, bererti kita telah
menutup wawasan dan
kesempatan untuk menjadi lebih baik untuk diri kita sendiri.

Cinta memerlukan waktu

Selalu sangat seseorang lupa tentang point yang penting ni. Cinta selalu memerlukan waktu, baik untuk mengenali
ataupun untuk berputik.
Terlalu cepat memulakan suatu hubungan adalah kurang baik kerana mungkin korang
belum mengenali dengan baik karakter pasangan. Sebab itula sebaiknya beri waktu yang
cukup bagi diri sendiri untuk mengenal pasangan.

Terlalu utamakan seks

Kita semua sedia tahu tidak ada seorang pun yang
senang menjadi objek seks. Jangan jadikan seks sebagai keutamaan suatu hubungan,sebaliknya jadikan seks hanya sebagai pemanis dalam hubungan berdua (untuk orang yang bernikah secara sah).

Jauhi Seks

Even korang bersedia
menyerahkan diri sepenuhnya pada pasangan, ini tidak
menjamin bahawa pasangan akan setia atau tidak akan meninggalkan korang. Cepat-cepat la
ubah pola pemikiran korang. Jangan
biarkan diri korang dibodohkan dengan ayat-ayat manis. kononnya pasangan
korang akan semakin mencintai korang.
Itu dah terang-terang membuktikan
bahwa pasangan tidak
mencintai korang dan cuma mahu keseronokan semata-mata.

Mengutamakan kecantikan fizikal

Ini pun salah satu hal yang kerap terjadi.
Terutamanya kecantikan fizikal melebihi dari kecantikan dalaman. Padahal kecantikan
dalaman jauh lebih baik
dan tahan lama.

Kembali melakukan kesalahan yang sama

Pernah tak kita
memuhasabah diri
tentang kegagalan perhubungan cinta
kita dulu? Sebelum memulakan hubungan yang baru, ada baiknya kita muhasabah diri dan
melihat balik di mana
kesalahan kita. Dengan
mengetahui titik kesalahan, kita dapat belajar untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images