Blog Cik Emma: 3/1/11 - 4/1/11

30 March 2011

Rumput Dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada
seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang
sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih
dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan
guru tersebut berbunyi
begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana
kita nak pilih seseorang yang
terbaik sebagai orang paling
kita sayang? Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah,
sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...
mungkin kamu akan dapat
apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang
saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke
padang sekolah yang berada
di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan
kamu, pilih mana yang paling
cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi walaupun
sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang paling cantik
yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar
tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka
cikgu pun bertanya kepada
pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang
cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan
sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak
yang cantik tapi cikgu kata
petik yang paling cantik maka saya pun terus
berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang
lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya
tak jumpa pun yang paling
cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu
cakap tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya
boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah
jawapannya. Maknanya,
apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita
hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang
berada di depan kita sebaik-
baiknya.

Janganlah kita
menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap
dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih
faham dengan orang yang
kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak
perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita
sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak
ikutkan banyak lagi yang
cantik dan baik seperti
rumput tadi. Kecualilah jika
perhubungan tersebut tak
boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan
sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan
kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan
kasih-sayang yang kau
terima pada hari ini, kerana
jika kau meninggalkannya,mungkin kasih sayang itu
tidak akan kembali seperti
sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih
sayang Allah itulah yang
paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari
kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali
jiwa meratap hiba. Dugaan
dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala
menewaskan semangat yang
ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa
kita dipinggirkan.
Ketika kita
menyangka sudah tidak ada
lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita
lihat hanyalah jalan suram di
hadapan.

Lantas kita marah kepada
Tuhan, kita kecewa dengan
ketentuan yang diciptakan.

Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu
airmata mengaburkan
kewarasan.

Lalu kita hilang
pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan
syaitan. Kita hanya nampak
jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih
kematian sebagai
penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan
pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan
bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam
yang kusam, apabila disirami
hujan lantas berbunga
cantik. Maka tersenyumlah
alam. Betapa indahnya
aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan
berpanjangan atau sinar
mentari yang menyinari
alam?

Mengapa harus ada putaran
alam seperti hitam malam
dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada
sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.

Mengecapi
kebahagiaan memerlukan
pengorbanan.

Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang
menyanyikan kedamaian
selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati,
pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah..

27 March 2011

Jangan risau jika diri belum berpunya

Saya suka artikel nie.. Terjumpa dalam facebook. So saya nak share dengan kawan-kawan yang belum berpunya macam saya :))


Resah.Gelisah.Seraut wajah
termenung jauh."Orang lain
semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu
disusuli tujahan
prasangka.
"Aku x cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak
seberapa?"

"Aku tak pandai
meng'ayat' agaknya".


Mungkin begitulah kerisauan
yang memberat di minda
muda mudi yang belum
berpunya.Rasa rendah
diri,stress dan gejolak rasa
ingin memiliki membuatkan
mereka berusaha memenangi
hati dan memiliki seseorang
tanpa mengenal batas halal
dan haram.Yang
penting,dapat.
Pilu hati ini melihat remaja
yang merana kerana cinta.Pilu
kerana walaupun mereka
sudah merasai peritnya
penangan cinta dusta,mereka
masih tak mampu mengarah
diri mencari cinta hakiki.Tidak
serik-serik lagi.Diri
diperhamba menagih cinta
sementara hingga berkonflik
dengan Pencipta cinta.Semua
batasan-Nya diredah
segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu
hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu
bertahan ke jinjang pelamin
sekalipun,percayalah bahawa
rumah tangga itu takkan
berkat.Apa tidaknya,asasnya
dibina daripada dosa dan
maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang
utuh kecuali dinaik taraf
dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan
hambar.Semuanya dah dirasa
dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak
menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di
dunia.Amat
pedih.Namun,terlalu sedikit
berbanding pedihnya hukuman
abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini
kepadamu hai remaja tanda
sayangku tak terhingga.Bagi
para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-
pilihan Allah untuk masih
mekar terpelihara sehingga
tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah.

Jangan risau jika masih belum
berpunya kerana mungkin
Allah ingin bagi ketenangan
dulu buat anda untuk terus
melangkah menggapai cita-
cita.Usah peningkan
kepala.Dia menguji anda
sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang
belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih
penting daripada apa yang
penting.Kenali prioriti anda
sekarang.Jika memang dah
sampai saat nak
memiliki,tabahlah dan
teruskan
berusaha.Ingat,pastikan waktu
nak berusaha tu anda
memang dah betul-betul
mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri
solehah ibarat memiliki dunia
dan seisinya.Sudah tentu jalan
untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku
dan banyak cabaran.Jangan
putus asa.Rasa mulialah
dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pinangan pernah ditolak.Usah
rasa malu dan terhina kerana
Allah menilai setiap usaha
selagi berjalan di landasan-
Nya.Teruskan berusaha!
Ingat,usaha yang Allah redha
sahaja.Bagaimana?Dengan
sms siang malam?Atau
bergayut di telefon
memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?
Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri
dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips
memikat wanita solehah dan
beriman.Seabik-baiknya
gunakan orang perantaraan
untuk lebih menjaga warak
dan iman.

Seringkali,seseorang mencari
kekasih ibarat dia mendaki
gunung yang tinggi.Pepohon
berduri sanggup
diredah,curam dan jurang
sabar ditempuh.Namun,apabila dia
memilikinya,didapati insan
yang dikejar itu dedaunan
kering cuma.Begitulah
perumpamaan sia-sianya
usaha yang tak disalur dengan
suluhan petunjuk al-Quran dan
Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak
ke mana.Sudah sedia tercatat
seungkap nama di Loh Mahfuz
untuk kita.Ianya urusan yang
pasti.Apa yang tak pasti,sama
ada kita mendapatkannya
cara mulia atau
sebaliknya.Wallahu'alam..

24 March 2011

Faezah Elai Bersanding Di Tepi Pantai Disember Ini

PETALING JAYA: Model dan pelakon Faezah Elai,29, memilih bulan Disember depan untuk melangsungkan majlis persandingan tepian pantai di negeri kelahirannya di Pulau Pinang.
Faezah berkata, pada mulanya dia bercadang untuk mengadakan majlis resepsi itu pada 3 Disember tetapi malangnya pada tarikh itu semua dewan dan hotel di Pulau Pinang telah penuh.
"Tak sangka pula pada tarikh itu ramai orang nak kahwin. Maklumlah tengah musim cuti sekolah.
"Jadi saya bercadang untuk menunda tarikh berkenaan tetapi ia tetap akan diadakan pada bulan Disember juga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini berkata, majlis akad nikah akan diadakan tiga bulan lebih awal iaitu pada bulan September depan yang dijadualkan di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Katanya konsep resepsi perkahwinan tepian pantai itu merupakan satu kelainan yang ingin diketengahkan memandangkan dia merupakan anak sulung yang pertama mendirikan rumah tangga dalam keluarganya.
Faezah turut memberitahu, majlis bertunang akan diadakan serentak dengan majlis akad nikah. Bagaimanapun majlis merisik telah diadakan kira-kira tiga minggu lalu di Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Ditanya mengenai bakal suaminya, Faezah berkata dia mahu merahsiakan hal itu buat sementara waktu atas permintaan keluarga pihak lelaki.
“Saya berjanji saya akan memaklumkan bakal suami saya apabila kad jemputan perkahwinan saya sudah siap nanti,” katanya yang turut enggan mengesahkan sama ada lelaki berkenaan adakah individu yang dikaitkan dengannya selama ini ataupun tidak.
Mengenai kontroversi yang melandanya selama ini termasuklah tuduhan merampas rumah tangga orang lain, Faezah tidak mahu memikirkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat andaian.
Katanya, tidak semua orang tahu apa yang sudah berlaku melainkan dirinya sendiri.
“Orang nak kata apa pun, katalah. Depa (mereka) bukan tahu pun apa-apa pun. Saya dah telan semua benda yang orang dok kata pada saya selama ini,” ujarnya dalam loghat Utara.

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

- Artikel iluvislam.com

Pelajar Cina Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam

Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini. Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

"Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam," kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini. Katanya beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu. Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.
"Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya. "Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan," kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.
Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu."Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan. "Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga," kata anak kelima daripada 10 beradik.
Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi. Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya.

23 March 2011

Tips Mengenali Lelaki Itu Teruna Atau Tidak!

Mungkin ada wanita terutamanya dara yang
berhajat untuk
mempersuamikan lelaki yang
masih teruna (tak ramai dah) walaupun
kebanyakan wanita lebih
suka memilih yg
berpengalaman, ini panduan
untuk anda mengenali
sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak ..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera
mengalihkan pandangan
apabila ditentang wanita
cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan
pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk
apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan
reaksi gembira (mengetap
bibir untuk cover senyum)
tetapi lelaki tak teruna
menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di
hadapan wanita yg cantik.
lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap
dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup
kencang jantungnya apabila
mendapati wanita cantik
menyukainya.

6. Lelaki teruna
membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup
menghabiskan banyak wang
untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya
sehingga
dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering
mengagung-agungkan
pasangannya dan mengatakan orang lain tak
cantik. mereka akan
bercerita tentang
pasangannya dan memuji-
muji pasangan apabila
berbual dengan kawan-kawan.

20 March 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-segera-terima-kasih-ibu.html


mak adalah segala-galanya bagi aku...
aku sedar aku banyak buat dosa dengan ,selalu buat mak kecik hati dengan aku.. mak maafkan Ima..Ima sayangkan mak...

Ima tak tau mcm mana Ima nak hidup kalau mak dah tak dak.. mak la sumber inspirasi Ima.. Ima sayang Mak sangat2..
mak sanggup berkorban dan susah payah untuk anak-anak mak.. walaupun mak susah, mak tak tunjuk dekat anak-anak mak..betapa tabahnya mak melayani karenah anak-anak mak ni..

Ima ingat masa Ima sakit dulu..mak sanggup berebti kerja semata-mata risaukan Ima.....
pengorbanan mak terlalu besar...tak dapa di balas dengan wang ringgit....
Mak adalh Ibu yang paling hebat buat Ima.. Ima sayang mak...

untukmu ibu
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Dilema Anak Luar Nikah

Memang parah dilema anak luar nikah. Bebanan yang terpaksa ditanggung diri dan keturunannya kelak bukan calang-calang. Tatkala bayi-bayi comel yang lahir ke dunia disambut gembira, dia pula disambut dengan simpati & cemik dalam suasana hiba.

Mana tangis syukur ibu sambil memeluk erat dirinya? Mana gema seruan azan dilagukan ayah di cuping telinganya? Mana tawa ria saudara-mara dengan kata-kata pujian dan tahniah buatnya memenuhi sebuah dimensi alam yang baru dimasukinya? Kosong.

Ia bagaikan epilog sedih yang harus dilalui oleh bayi tersebut. Namun, dia masih belum mampu merasai itu semua. Hanya difahami oleh hati-hati yang masih punya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan. Hati ibu dan ayahnya, hanya Allah yang tahu sama ada menyesal atau langsung tak kisah!

Apabila bayi yang tidak berdosa itu makin membesar, kesedihan tetap memburu hidup. Bebanan masih tergalas dibahu. Dicaci dan dicela. Manakala satu-persatu kenyataan menyesakkan sanubari perlu dihadapi. Hingga di matanya, masa depan itu samar-samar, seolah-olah hanya mengharapkan takdir memberi sinar harapan.

Istilah Anak Tidak Sah Taraf

Menurut laporan yang dipaparkan dalam Berita Harian tahun lepas, terdapat hampir 17, 303 anak tidak sah taraf yang didaftarkan sepanjang 2009. Fenomena peningkatan kes kelahiran anak luar nikah bagai penyakit berjangkit. Semakin terjebak, semakin merebak.

Merujuk kepada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004, anak yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan.

Pertama, anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol. Kedua, anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.

Ketiga, anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar ( pengakuan ) mereka yang berkenaan ( suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi ), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Kita Tetap Hamba-Nya Jua

Pelbagai dugaan yang perlu ditanggung oleh anak tersebut apabila ingin melangkah ke setiap fasa seterusnya dalam kehidupan. Bahkan, mungkin bertimpa-timpa kesukaran bakal dihadapi ketika dia bakal mendirikan rumah tangga. Penerimaan manusia, sukar dijangka.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam satu komuniti, jangan terlalu menanam rasa benci pada anak-anak yang sedang diberi ujian di pentas dunia ini. Tidak adil melontar batu-batu penghinaan kepada mereka sedangkan mereka itu ibarat mangsa kepada nafsu serakah yang membuta.

Anak-anak ini juga harus terus kuat menyelusuri terowong-terowong kehidupan yang gelap dan dikelilingi duri-duri tajam. Kita manusia semua adalah sama. Tidak kira bagaimana kita dilahirkan, siapa ibu bapa kita dan bagaimana perjalanan hidup kita. Destinasi syurga itulah yang perlu dijadikan inspirasi perjuangan.

Berpeganglah pada firman Allah, "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa." (al-Hujurat: 13). Biar di mata manusia engkau bagaikan sampah kerana membawa dosa ibu dan ayah, asalkan di pandangan Allah, engkau umpama permata yang semakin bersinar tiap kali dikeji dan diuji!

Sunat Rahsiakan Status Anak Luar Nikah

Dalam Islam, tiada istilah anak lahir di luar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang mengatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang menyebutnya demikian.

Sebenarnya, kedudukan anak ini sama saja dengan anak yang lain. Kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaannya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya.

Perlu diingat, anak ini tidak berdosa kerana yang berdosa adalah ibunya. Seharusnya, anak ini tidak turut berdosa hanya disebabkan dosa ibunya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 164:

"Dan tidaklah menanggung dosa oleh seseorang akan dosa orang lain."

Ibunya pula, jika ia sudah taubat dengan taubat nasuha, maka sucilah si ibu terbabit daripada dosanya dengan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mencacinya, baik terhadap anak itu atau ibunya akibat kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu."

Oleh itu, apabila kita mengetahui keadaan dan kedudukan asal usul seseorang yang kurang baik, sunat bagi kita sembunyikan perkara itu dan jangan dihebahkan baik yang berkepentingan atau pun kepada yang lainnya. Kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari. Wallahua'lam.

Sumber: www.darululumonline.wordpress.com

Jenis-Jenis Cantik



Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


-Artikel iluvislam.com

Surat Untuk Awak



Salam sayang untuk awak.
Awak,

Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa saya sangat sayang awak. Mereka pun sangat sayangkan awak. Kami tak pernah berasa tidak senang apabila dipertemukan dengan awak. Maaf, mungkin pada mulanya kami agak takut untuk mendekati diri awak. Yelah, awak seperti tidak mengendahkan kami. Seperti tidak mahu bergaul dengan kami yang tidak up to date macam awak ni.
Rupa-rupanya kami juga salah, sebenarnya awak yang malu untuk mendekati kami. Kata awak kami ni terlalu baik, dan awak juga kata bahawa kami ni tak macam awak. Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri. Kami sangat bersalah, kami sepatutnya menegur awak dari mula lagi. Maafkan kami, kami bukanlah yang terbaik tetapi kami akan cuba jadi yang terbaik untuk awak dan yang lain-lain.
Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya. Saya ingin menyelami hati awak. Sebenarnya awak juga baik. Mungkin benar, pengaruh kawan itu penting. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang mengajak kita kepada kemungkaran, kita pasti akan terjebak sehingga melupakan-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.
Awak,
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:" Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu."(al-Bukhari)
01.Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
02.Solat merupakan tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia telah mene
gakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
03.Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
04.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.
Saya takut bila awak meninggalkan solat, sedangkan awak sendiri tahu jika meninggalkan salah satu sudah dikira bukan Islam lagi. Jangan malu untuk berubah! Pedulikan kata kawan 'syaitan' awak. Saya masih ingat lagi sewaktu awak menghantar saya ke stesen LRT, saya sudah berjanji di dalam hati ingin berterus terang dengan awak. Ingin sangat saya meluahkan secara berdepan dengan ayat yang tidak berkias. Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ini tidak menjadi kerana setiap kali saya menegur awak secara selingan mungkin tidak memberi apa-apa makna.
Saya juga masih mempunyai kelemahan dalam diri sendiri. Saya juga masih ketinggalan di dalam bab-bab agama, tetapi Alhamdulillah bab yang wajib tak pernah saya tinggalkan. Awak, saya mungkir janji! Saya tidak dapat mengucapkan perkataan itu secara bersemuka dengan awak. Saya sangat tidak berdaya, apakah saya tidak mampu melakukan 'Amar Maaruf, Nahi Mungkar' kepada kawan sendiri. Saya selalu gagal bila ia berkaitan dengan kawan.
Akhirnya, bila tiba di rumah barulah saya meluahkannya secara direct tetapi itupun menerusi telefon bimbit. Awak seperti mengubah topik lain, saya semakin takut. Takut awak akan terasa, tetapi ia adalah untuk kebaikan awak juga. Saya sangat sayangkan awak. Saya tidak mahu awak lalai sehingga melupakan DIA. Awak sebenarnya sangat baik sebab awak ada kesedaran dan tak pernah lari untuk semakin merapati kami.
Kata sahabat saya yang jauh lebih berilmu daripada saya, awak mungkin diberikan hidayah daripada Allah untuk berubah. Dan kami adalah orang-orang yang dipilih-Nya untuk mendekati awak. Kami tidak boleh meninggalkan awak. Kami tidak boleh tidak memperdulikan awak walau sedikit pun. Saya respect dengan sahabat saya itu. Awak, sekiranya awak membaca surat ini saya percaya awak mengerti maksudnya.
Yang Benar,
Kami yang sangat sayangkan awak.

Parasit Hati



Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu.
Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat... tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!
Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati... anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.
Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?
Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana.
Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.
Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya "parasit" pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah.
Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.
Aku menulis ini justeru ada pertanyaan. Aku enggan menulis tentang watak "hitam" dalam kelompok manusia seperti dia. Aku pun bukan "malaikat" yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang secebis, anda, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan.
Jika tidak setuju, dia senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kita lain bicaranya. Jadi, jangan ada apa-apa hubungan dengannya... biarkan dia berlalu sebagai "tanda jalan" dalam musafir hidup mu!
Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu... pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman.Jangan melulu oleh kemarahan.
Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.
Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang... tetapi sekadar "melembutkan" pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis?
Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!
Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda... kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.
Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu.
Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati... yang berasal daripada hati mu sendiri!
Ya, sekali lagi... pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kamu sentiasa:
1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.
Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!
credit: iluvislam.com

18 March 2011

Ujian Dari Allah


Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan kesukaran. Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan – kemewahan hidup, kejayaan dan sebagainya. Kesenangan seperti ini walau dilihat bukanlah sesukar ujian kepayahan dan keperitan hidup, namun hakikat ujian ini tidak kurang cabarannya. Seseorang yang diuji dengan kemewahan hidup, memiliki harta yang melimpah ruah dan kekayaan yang berganda tentu sahaja perlu memikirkan bagaimana dan ke mana perlu disalurkan wang dan harta yang dimiliki. Adakah untuk kegunaan sendiri dan keluarga semata-mata atau terfikirkah untuk menginfakkan ke jalan Allah?

Susah dan Payah
 
Kesukaran dan kepayahan dalam hidup juga sebahagian dari ujian. Walau nyata berbeza sebagaimana ujian berbentuk kesenangan, realitinya ini adalah ujian, yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah. Hatta untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut sekalipun, memerlukan perjuangan, berkorban tenaga dan masa. Itulah perjuangan yang menuntut infiniti pengorbanan.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a) 

Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.
Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang menteri, pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa. "Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu.
Dialah sang Pencipta. Adalah hak-Nya untuk memberi ujian bagi hamba-hamba-Nya. Dia bebas dan tidak dibawah perintah siapapun dan Dia melaksanakan apa yang Dia kehendaki sesuai Kearifan yang dimiliki-Nya. Tak ada apapun yang dapat memerintah Dia, justru Dialah yang memerintah semuanya - dan Dia memerintah kan kita untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)

15 March 2011

Andainya awak tahu....

Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang,
semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata dia mahu
anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan
anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan
tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu
sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. Kadang2
dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia
hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan merajuk, jangan
kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau
hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘ i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu
lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir
dari kata-kata tetapi juga
melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata dia rindu
sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan
sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata lelaki lain
itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu
menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu
sanggup menjadi yang terbaik
di matanya. Walaupun
sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia dengan
kamu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap
masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang
terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki
itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat
lembut.Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata, “ tolong
tinggalkan saya!”,dia tidak
bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya
mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari
anda semula. Itu tandanya
dia benar-benar menyintai
anda. Perempuan sukar
untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan
pada diri anda.

Andai lelaki
tahu..Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka
saling memahami, mereka
akan saling melengkapi dan
menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan
oleh Allah indah sekali. Di
sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu
kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan
itu tampak lemah tapi dia
punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi
hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan
bukan dengan kelemahan
sahaja tetapi dia juga ada
kekuatan untuk
menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda
lebih sempurna. Dialah yang
bakal menjadi perempuan
bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 dan anda .

Kenapa susah nak bahagia ?

salam all.. Pagi-pagi ni layan cerita Seniman Bujang Lapok, walaupun dah lama tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas.. Tak jemu aku tengok cerita-cerita arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Balik kepada tajuk entry.
Kadang-kadang aku terfikir pasal diri aku nie, kenapa berat sangat ujian yang harus aku terima? Susah sangat aku nak bahagia macam orang lain. Aku tak pernah rasa di hargai. Aku dah cuba untuk hargai orang yang aku sayang , aku harap aku pun dapat balasan yang sama, tapi impian dan harapan aku nie tak pernah menjadi kenyataan.

Aku sunyi hidup macam ni, aku tahu aku banyak kekurangan. Aku dah cuba jadi yang lebih baik, tapi orang yang aku sayang ,tetap tak boleh nak hargai aku.....

Ya Allah, aku berharap ada hikmah di sebalik ujian yang engkau beri padaku. Engkau mengajar aku tentang sabar dan tabah untuk lalui hidup ini....
Allhamdulillah.

14 March 2011

SENARAI BLOG TERBAIK 2012 !

Senarai blog di bawah ni telah pun menyertai SEGMEN :JOM SERTAI SENARAI BLOG TERBAIK 2012 ! .. Senarai peserta akan di update dari semasa ke semasa. Tunggu apa lagi!! Jom terjah blog mereka :)


  1. http://rochellesecret.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  2. http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  3. http://diarykemek.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  4. http://lifeissweeterthancandy.blogspot.com/2012/03/jom-sertai-senarai-blog-terbaik-2012.html
  5. http://kertaswarnamerah.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  6. http://najwazukri.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  7. http://bakul2011.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  8. http://merahitusagaymail.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  9. http://protessenyap.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  10. http://disiniadaceritera.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  11. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  12. http://izzdfarish.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  13. http://rightnot.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  14. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  15. http://hanisahmohamad.blogspot.com/2012/03/segmen-jum-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  16. http://www.nielkpop.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  17. http://90rawr.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  18. http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  19. http://appleshera.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  20. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  21. http://gadisborneo-bawahbayu.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  22. http://ceritecekodokbasi.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  23. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  24. http://tashanakal.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  25. http://justforfund.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  26. http://wonderlifestyle.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  27. http://amyrazz2.blogspot.com/2012/03/egmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  28. http://qihararaonly.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  29. http://diaryohhlala.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  30. http://adamaqim.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  31. http://marqiscareno.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  32. http://supercontestblog.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html
  33. http://ahacks-story.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-sertai-senarai-blog-terbaik.html

12 March 2011

Biodata BALAS Raja Lawak 5













Nama Sebenar: Fandi Bin Muhammad.
Nama Tipu: Fendi.
Umur: 25.
Asal: Pulau Pinang.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Berniaga.
Pengalaman : Selamatkan Shuk yang lemas tadi.
Kebolehan selain melawak: Menukar siaran TV dengan pantas.
Pelawak kegemaran: Stephen Chow. Kerana idea lawak yang lain daripada yang lain.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dengan sesuatu yang boleh buat ketawa.
Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda?: Ultraman, sebab nak lawan tadi.

Nama Sebenar: Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar.
Nama Tipu: Shuk.
Umur: 24.
Asal: Pulau Pinang.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Belajar.
Pengalaman: Lemas dalam kolam cetek.
Kebolehan selain melawak: Menjinakkan kucing liar.
Pelawak kegemaran: Stephen Chow. Kerana idea lawak yang lain daripada yang lain.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dengan sesuatu yang boleh buat ketawa.
Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda?: Ultraman, sebab nak lawan tadi.





jangan lupa undi Kumpulan BALAS ok.



SMS: Taip LAWAK>BALAS atau LAWAK<3/5/10/>BALAS untuk (3/5/10 undian) ke 32999.

Contoh : LAWAK5 BALAS KE 32999.

Untuk 20 undian: Taip LAWAK20BALAS ke 32999.

Contoh : LAWAK20 BALAS ke 32999.

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50. Kadar telco tertakluk.
Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my.

























BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

klik untuk join  
segmen paling mantop dari abang Ben. musti join punyer :P.  kena jawab soalan-soalan panas gitu..!!
terasa macam artis pulak..muehehehe..


  1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ? 
     yeah..memang betoi2 ikhlas..tapi ader gak yg egois..muahahaha..jgn mara ar
     
  2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
    sebab blogger lelaki nih tak suka tayang gambar mcm blogger pompuan..blogger pompuan pon ada jgk mehh..
     
  3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
    untuk berkongsi pendapat dan meluahkan pada umum...
     
  4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
    sebab mungkin blogger lelaki nih suka Blogwalking and komen kot...
     
  5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
    jujur dan ikhlas...blog BEN ASHAARI yg mesti aku masuk usha hari2..
     
  6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
     mungkin akan letak info2 tentang lelaki..terutamanya pasai kereta and kesihatan .

Bahayanya Panadol !!

Kisah ini diambil dari suatu sumber dan
pengalaman sebenar yang perlu dikongsi buat masyarakat semua...

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk
pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya,
apabila mengalami sakit
kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol
atau Paracetamol. .
Sebaliknya, mereka akan
mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati.

Menurut doktor
tersebut, Panadol akan
tinggal di dalam tubuh
selamasekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa
penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi suda perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment
Seperti kata doktor tersebut,
sakit kepala disebabkan
ketidak-seimbangan elektron/
ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif,
beliau mencadangkan
membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik,
campurkan dengan air
minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah
mencuba kaedah ini dan
mendapati ia berkesan.
Kaedah lain ialah merendam
kaki ke dalam besin yang
mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis
Painkiller? semakin banyak
anda mengambilnya, semakin
lama semakin kurang
kesannya kepada anda..
Bererti anda perlukan dos
yang lebih lagi apabila ia
kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit
apabila usia kita semakin
meningkat. Untuk wanita,
mereka akan melalui
pengalaman melahirkan
zuriat. Bayangkan mereka
akan diberi dos yang kuat
apabila terpaksa melalui
proses beranak melalui
pembedahan. Jika anda
terlalu banyak mengambil
Panadol atau Paracetamol
sepanjang hidup anda, seperti
mereka yang ada migrain, ia
akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda.
Fikir sebelum mudah
memasukkan ubat yang ini ke dalam mulut anda.

p/s: bagus jgk aku tak suka mkn panadol time saket......

Semoga aku terus tabah

~Apa yang kita harapkan tak semuanya akan menjadi kenyataan. Yang indah itu hanya sementara, aku sedar kekurangan yang ada pada aku , aku terlalu ikutkan kata hati aku.

Mula-mula aku rasa orang yang aku sayang bersalah terhadap aku, tapi bila dia pergi , baru aku rasa aku yang tak memahami dia.

Ya Allah . Beratnya ujian yang kau beri padaku. Makin engkau pisahkan hati kami , makin aku merindukan dia. Mengapa Kau tak luputkan dia dari ingatanku seperti dia luputkan segala kenangan aku dengannya?

Sungguh sukar untuk ku lalui dugaan ini . Di mata dan pandangan orang, aku nampak ceria ,tapi jauh di sudut hati ini hanya Allah yang tahu, betapa aku rindukan dia, dan hati ini terluka bila dia betul2 tak peduli tentang aku lagi.

Tiada apa yang aku harapkan ,selain ketenangan jiwa ini. Semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Insya-Allah ,aku akan cuba mengharunginya sendiri......moga ada lagi insan yang berhati suci yang dapat melihat keikhlasan hati ini..

11 March 2011

Tsunami melanda Jepun, Doakan keselamatan semua

Tsunami dilaporkan telah melanda di timur laut Jepun pada 2.46 petang tadi. Menurut Stesen Televisyen Satelit Al-Jazeera, lebih 53 negara telah mengeluarkan amaran Tsunami dinegara masing – masing diantaranya Rusia, Amerika Syarikat,
Indonesia, Guatemala, El
Salvador and Costa Rica.
Nampaknya tragedi 2006
telah kembali melanda dunia. Ada sebab disebalik kejadian yang berlaku di Jepun. Renung – renungkanlah.


Live Broadcast oleh Al-
Jazeera

The National Weather
Service list comprises of
Japan, Russia, the
Philippines, Indonesia,
Papua New Guinea,
Australia, Fiji, Mexico,
New Zealand,
Guatemala, El Salvador,
Costa Rica, Nicaragua,
Panama, Honduras, Chile,
Ecuador, Colombia, Peru
and the United States.
Numerous Pacific islands,
including some U.S.
territories, are also on
the list.
- CNN


TOKYO: Jepun dilanda
gempa bumi berukuran
8.9 magnitud di timur laut negara itu dan
menyebabkan tsunami
setinggi empat meter
yang menghanyutkan
kereta dan meruntuhkan
bangunan di sepanjang
perairan dekat pusat
gempa.
Terdapat laporan
kecederaan akibat
daripada kejadian
berkenaan di Tokyo.Di
beberapa tempat
sepanjang peairan Jepun,
rakaman televisyen
menunjukkan kerosakan
teruk akibat tsunami,
dengan puluhan kereta,
bot dan bangunan
dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar
dihanyutkan tsunami
yang merempuhnya ke
arah tembok penahan di
bandar Kesennuma,
wilayah Miyagi, kata
stesen ootage on public
broadcaster NHK.
Pegawai sedang menilai
jumlah kerosakan,
kecederaan dan
kematian akibat daripada
gempa bumi tetapi tiada
maklumat diperoleh
setakat ini.
Gempa bumi itu berlaku
pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. – Reuters

Doakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat-rakyat Jepun. Kita yang masih bernyawa ingatlah dunia ini hanya sementara. Allah sudah memberi tanda kepada kita yang leka. Nauuzubillah.

Pengasas Facebook rabun warna

Mungkin cerita nie dah basi kot ,tapi tak per sebagai seorang addicted dengan Facebook , aku nak jugak share cerita menarik nie kat korang.

MARK ZUCKERBERG tidak menjadikan kekurangan
sebagai halangan untuknya
memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia.
FACEBOOK adalah kisah
kejayaan luar biasa pemilik nama Mark Elliot Zuckerberg,
lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari New York, Amerika Syarikat.
Dengan jumlah pengguna
hampir 600 juta orang, Ketua
Pegawai Eksekutif dan
Presiden Facebook itu mampu
berada dalam senarai 40
individu bilionair dunia seperti
yang diuar-uarkan majalah
Forbes.

Sebuah laman berita,
www.dailymail.co.uk
menganggarkan sehingga 4 Januari lalu, nilai kekayaan
yang dimiliki Zuckerberg
berjumlah RM27.5 bilion (AS$
9 bilion).
“ Inisiatif pemuda ini untuk
menghubungkan lebih
daripada setengah bilion
manusia dan memetakan
jaringan sosial di kalangan
mereka merupakan
fenomena Internet masa kini.
“ Berupaya menghasilkan satu
bentuk pertukaran
maklumat, Facebook juga
boleh mengubah cara kita
memanfaatkan hidup.
“ Memang seharusnya pereka
laman seperti ini diberi
pengiktirafan,
” jelas majalah
Time yang yang menamakan
Zuckerberg sebagai Person of
The Year 2010.
Sehingga Disember lalu,
dianggarkan seorang
daripada 12 penduduk bumi
memiliki akaun Facebook.
Angka itu menyamai jumlah
550 juta pengguna.

Kerja gila

“ Andaikan Facebok adalah
sebuah negara, ia merupakan
negara ketiga yang
mempunyai populasi
penduduk tertinggi selepas
China dan India.
“ Jika dihitung masa yang
diperuntukkan oleh setiap
pengguna untuk melayari
Facebook, jumlah masa yang
dihimpun bersamaan dengan
700 bilion minit sebulan,

jelas Time lagi.

Mula beroperasi pada
Februari 2004 di sebuah bilik
di kampus Universiti Harvard,
Zuckerberg yang ketika itu
berada di tahun kedua
membangunkan Facebook
dibantu dua rakannya, Dustin
Moskovitz dan Sean Parker.

Diberi nama
thefacebook.com,
perancangan asal mereka
sekadar menyediakan
jaringan komunikasi antara
pelajar kampus untuk
mengetahui perkembangan
antara satu sama lain.
Selepas mendapat sambutan
baik dan banyak permintaan
supaya jaringan laman
tersebut diperluaskan,
Zuckerberg cuba
mengembangkan rangkaian
berdasarkan kepercayaan
dalam perhubungan ke
seluruh dunia.
“ Bagi saya semua ini adalah
kerja gila. Saya masih
teringat perbualan saya
dengan kawan-kawan di
kolej. Ini yang kami mahukan
tujuh tahun dahulu.
“ Tetapi pada ketika itu, saya
anggap impian itu hanya
gurauan kerana kami adalah
pelajar kolej. Kami tidak
layak untuk melakukannya.
Ini adalah kerja gila,
” seloroh
Zuckerberg.
Boleh diakses dalam 72
bahasa, Zuckerberg percaya
komunikasi tidak sepatutnya
tersekat hanya kerana faktor
bahasa.
Malah dia sendiri sedang
mempelajari bahasa Cina
selain boleh menulis dan
membaca dalam bahasa
Perancis, Latin, Hebrew dan
Greek kuno.
Sukar puas
Mengenali anak lelaki
tunggal kepada pasangan
doktor gigi dan pakar
psikiatri ini, Zuckerberg
dibesarkan di Dobbs Ferry,
New York, bersama tiga
orang kakaknya.
Menurut bapanya, Edward,
anaknya itu mempunyai sifat
keyakinan diri yang tinggi.
“ Sejak kecil, berbual
dengannya boleh menjadi
sesuatu yang mencabar.
“ Bagi sesetengah budak,
jawapan untuk mereka
mungkin seringkas ya atau
tidak. Namun bagi
Zuckerberg, dia tidak mudah
menerima atau
mempersetujui sesuatu jika
jawapan yang diberikan
kepadanya adalah tidak.
“ Jika anda ingin berkata
tidak, sediakan hujah kuat
yang disokong dengan fakta,
pengalaman, logik dan alasan
munasabah.
“ Malah, kami pernah
membayangkan dia akan
menjadi peguam suatu hari
nanti kerana sifat ingin
tahunya itu berupaya
mempengaruhi hampir 100
peratus keputusan juri,
” kata
Edward.
Biarpun bergelar bilionair,
Zuckerberg lebih suka
mengamalkan kehidupan
yang sederhana.
Dia memilih untuk tinggal di
sebuah rumah yang disewa di
Palo Alto bersama teman
wanitanya, Priscilla Chan,
seorang penuntut tahun tiga
jurusan perubatan di
Universiti California, San
Francisco.
Dia juga hanya memandu
kereta Acura TSX berwarna
hitam berharga RM97,000 (AS
$32,000).
Semasa kecil, Zuckerberg
diajar mengenali program
asas komputer sebelum
bapanya mengupah seorang
pembangun perisian
berpengalaman, David
Newman untuk melatihnya
secara peribadi.
Mendapat pendidikan awal di
sekolah tinggi swasta
tempatan, Zuckerberg
kemudian meneruskan
pelajaran ke Philip Exeter
Academy di New Hampshire.
Selepas itu, dia menyambung
pengajiannya ke Universiti
Harvard dan mengambil
kursus dalam dua bidang
serentak iaitu psikologi dan
sains komputer.
“ Ramai yang tidak faham
mengapa saya ambil dua
jurusan yang berbeza. Saya
selalu tertarik untuk tahu
bagaimana dua perkara ini
bergabung untuk
membangunkan perkara yang
baik, ” ujarnya.
Membuka rahsia mengapa
warna biru dan putih menjadi
warna latar Facebook,
Zuckerberg sebenarnya lelaki
tampan yang buta warna.
Mengikuti temu bualnya
bersama Time, banyak warna
yang tidak mampu dilihat
olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru
dengan sempurna..

Aku sudah gila...

~Assalamualaikum warahmatulah hiwabarokatuh... salam jumaat buat semua bloggers. Sewaktu aku update entry ini ,aku sedang berada di sebuah gerai mamak , tak boleh nak balek rumah, hujan lebat , al maklumlah naek moto saje. Hehehe.. Dan lagi aku buka handphone and buat entry baru.

Aku sudah gila? Kenapa aku gila ekkk? aku gilakan kau lah wahai sayangku ,hahaha..
Ada la jugak aku gilakan seseorang ,tapi sayangnya ,aku saja yg tergila2 kannya.. wahaha. Bukan pasal CINTA GILA yg aku nak cerita , aku nak habaq mai nih, aku memang gila, addicted sangat nak berblogging , tak sabar rasanya nak ada laptop , boleh aku update hari2 blog aku nie, dah tak larat nak taip entry dgn handphone cabok aku nih. Haa! ada orang nak sponsor tak??hahaha...

By the way berblogging nie menjadi hobi aku sejak tahun lepas. Jujur aku cakap, aku berblogging nie bukan sebab nak cari duit sampingan , aku sekadar minat2 saja. So , dah aku tengok ramai kawan bloggers yang lain pakat letak nuffnang ,aku pun letak , earning baru RM0.75sen ,kelakar gila..wahaha.

Baru-baru nie aku daftar and letak pulak banner Heartbeat, sama dengan jer ngan Nuffnang aku, tak dapat sambutan pun. Lagipun trafik blog aku kurang, tak macam bloggers lain.

Even though , aku tak kesah pun pasai semua tu, yang penting blog nie la tempat aku meluahkan segala rasa hati aku, tanpa blog nih aku rasa sunyi.. wakaka emo plak dah..

Okay lah, hujan pun dah surut.....sampai ketemu lagi ya , permisi :-D

10 March 2011

CERPEN: ANTARA DUA CINTA


‘Siapalah aku menolak cinta yang hadir di jiwa tanpa dipaksa’
Lirik lagu nasyid yang terkenal daripada kumpulan Inteam itu benar-benar mengingatkan aku pada si Syahir. Rindu pun mula menjengah. Sekarang aku dan dia berada di tingkatan 4. sudah hampir setahun percintaan kami. Memang masih teramat muda lagi,tapi bagiku, perasaan ini datang tanpa diduga. Sukar untuk aku mengelak. Lebih-lebih lagi, aku sedang melalui usia remaja yang penuh dengan gelora rasa ingin menyayangi dan disayangi.
Walaupun aku bercinta, tetapi aku tak pernah ingkar akan perintah Yang Maha Esa. Aku dan Syahir sentiasa menjaga batas-batas pergaulan dalam perhubungan kami. Aku bercinta tak macam orang lain. Kawan-kawanku bercinta ‘jiwang-jiwang’. Ada yang siap buat maksiat lagi. Asyik ‘dating’ berpegangan tangan la, ‘calling’ sayang-sayang la dan macam-macam lagi. Tapi aku dan dia tak macam tu. Kami dah janji tak nak berjumpa. Takut berlaku maksiat. Kami hanya berhubung melalui ‘sms’ dan jarang sekali dia ‘call’ aku. Aku berfikir, dengan cara begini, tak salah bagiku untuk bercinta. Tak langgar batas-batas pun.
Aku nak jadi seorang muslimah yang baik. Kalau kawan-kawan ada buat salah, aku sentiasa nak menasihati mereka. Aku tak boleh la tengok orang buat salah. Memang asyik nak tegur. Kalau kita mencegah dengan hati je, maknanya kita lemah iman. Oleh sebab aku nak jadi seorang yang kuat iman, aku tegur la dengan lidah. Semoga mereka dapat terima segala nasihat-nasihat aku dengan baik.
Suatu hari, 2 orang budak paling nakal dalam kelas aku, Faisal dan Amirul, berjalan di taman bunga sambil ditemani ‘makwe’ masing-masing. Astaghfirullah.. buat dosa je diorang tu. Esoknya, aku nekad untuk menegur kesilapan mereka itu dengan bercakap dengan mereka. Aku berkata kepada Faisal dan Amirul, “ semalam korang berdua ‘dating’ ye dengan ‘makwe’ masing-masing kat taman bunga rumah Aidil tu ek?? Korang ni,buat dosa je. Kat kelas dah la nakal, ‘homework’ tak pernah siap, kat luar, boleh pula ‘dating’..! Buat maksiat je..!” Mereka berdua gelakkan aku. Aku sabar. “Ala, kau pun bercinta nak nasihat kitorang konon. ‘No need’ la Syafilah. Aku lebih rela dengar nasihat Pak Imam kat masjid tempat aku tu daripada aku dengar kau membebel. Hahaha.” Gelak Faisal. Belum sempat aku nak jawab, Amirul pula memotong. “Betul tu. Aku setuju dengan Faisal. Kau tak payahla nak nasihatkan kitorang. Kitorang bercinta, kau pun bercinta juga kan..?? Sama jela kita ni..sebelum kau nasihatkan kitorang, apa kata kau nasihatkan diri kau tu dulu. Betul tak?? Haha.” Gelak mereka… “ Hello!! Aku bercinta takde la menggatal sangat macam korang berdua ni. Siap jalan-jalan berpegang tangan lagi. Tu namanya maksiat. Pegang tangan bukan mahram kan berdosa. Tak belajar ke??” Balas aku. “ Hey,kitorang kan pergi sekolah,mestilah belajar..haha..ala..taula kau jeles kan tak dapat pegang tangan ‘pakwe’ kau tu..haha.. Dahla,buang masa je cakap dengan ustazah macam kau ni.. Nak suruh orang jadi baik konon.. Kau tu yang kena berubah dulu,barula boleh ubah orang lain..haha” Jawab Faisal. “ Betul cakap si Faisal tu. Kau nak nasihatkan kitorang,tapi,kau sendiri pon bercinta. Hampeh je la..haha..” Ketawa Amirul. Aku diam membisu tanpa sepatah kata pun. Salah ke bercinta ni?? Aku bercinta tak la ‘dating-dating’ macam diorang tu. Hmmm…bercinta ni sebenarnya boleh ke tak?? Dosa ke aku bercinta?? Ishh..pening kepala aku!!!
Malamnya, aku tak dapat lelapkan mata. Selesai ‘sms’ dengan Syahir, aku masih tak dapat lelapkan mata. Asyik memikirkan persoalan tentang cinta. Aku mencari jawapan bagi persoalan ku ini dengan melayari laman-laman web Islam seperti iluvislam.com. dan blog-blog Islamik bagi mencari persoalan tentang cinta. Iluvislam.com adalah satu laman yang amat aku minati, aku tekan di skrin computer berkenaan ‘Remaja dan Cinta’. Setelah meneliti dan membaca segala isi yang ada, baru aku tahu, bercinta dan ‘couple’ ini sebenarnya adalah jalan menuju kearah kemaksiatan. Ia dikatakan HARAM kerana ia mendekati zina!! Entah kenapa, susah untuk aku menerima kenyataan. Takkan aku nak putus dengan dia kot. Impossible..!! Sayang tu..!! Rasa macam tak sanggup la pula.
Aku teringat akan kawan karib ku, Zana dan Yana, aku hendak berjumpa dengan mereka esok. Aku tekad. Aku akan bertanyakan persoalan cintaku ini pada mereka. Sekenal aku, Zana pernah dipanggil sebagai ‘Dr. Cinta’, kerana dia pernah memberitahuku, ada seorang budak lelaki dalam kenalan internetnya, bertanyakannya tentang cinta. Budak lelaki itu menggelarnya ‘Dr. Cinta’. Bukan budak lelaki itu saja, malah ramai jugalah yang bertanya pasal cinta kat si Zana tu melalui kenalan internetnya. Ya, aku mesti berjumpa dengan mereka berdua.
“ Erm..Zana, ko ‘free’ tak sekarang ni? Yana mana? Tak nampak pun dia.” Aku bertanya pada Zana. Dia senyum dan menjawab “ aku sentiasa ‘free’. Hehe. Yana pergi perpustakaan. Sekejap lagi dia datang la. Kenapa kau tanya? Ada apa-apa ke?” Aku mengangguk lantas berkata “ aku nak tanya kau sesuatu la Zana. Pasal cinta. Kau kan ‘Dr. Cinta’. Hehe. Boleh tak?” Zana gelak. “ Haha. Aku ‘Dr. Cinta’? Sejak bila pula aku dapat gelaran tu ek? Tak pernah tau pun. Ada-ada jela kau ni. Cinta? Erm..insyaALLAH aku akan cuba jawab untuk kau. Nak tanya apa?” “Sebenarnya, bercinta dan ‘couple’ ni boleh ke tak ha dalam Islam? Kau pun dah kenal aku kan. Aku dengan Syahir tu dah bercinta dekat setahun. Tapi, kadang-kadang aku rasa macam kitorang ni ada buat dosa. Tu yang hati tak pernah tenang tu.” Zana menjawab, “Oooo..satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH adalah cinta selepas kahwin. Aku nak tanya kau, kau ‘sure’ ke si Syahir tu bakal jadi suami kau 8 tahun akan datang? Kita ni muda lagi. Banyak lagi lelaki yang bakal kita temui kelak. Boleh ke hati kau tu setia pada yang satu dalam 8 tahun lagi? Sanggup? Hmm.. Dalam bercinta ni, satu-satunya zina yang takkan dapat kita elak ialah, zina hati. Kau mesti ada rindu dan selalu bayangkan dia kan..? Itu dah dikira sebagai dosa sebab ianya perkara yang melalaikan. Memangla pada mata kita benda tu nampak baik, sebab syaitan sentiasa menjadikan kita memandang baik pada perkara-perkara mungkar. Begitu juga sebaliknya.”
Tiba-tiba, satu suara datang memecahkan sepi kami. “ Hai Syafilah,, lama tak nampak kau. Almaklumla..sibuk memanjang kan. Hehe. Korang berdua borak ape ha? Nak menyampuk juga. Haha.” Itulah Yana, seorang yang periang. Aku menjawab dengan nada selamba, “erm,aku tunggu kau lama tau tak. Sebab tu la kitorang mula borak dulu. Aku dah tanya Zana dah pasal persoalan aku tu. Kau pula, apa pandapat kau tentang ‘couple’ ni?” Yana dengan muka selambanya juga menjawab, “ tak habis-habis ‘couple’. Cubalah kau jadi macam aku dengan Zana ni. Kitorang muslimah ‘single’ tau. Hehe. Dulu kau pun tahu kan, aku pernah juga ‘couple’, tapi, lepas aku terbaca artikel tentang ‘COUPLE HARAM’ dan dapatkan nasihat dari kawan kita ni, aku terus putuskan sebab aku tahu, benda tu mendekati zina,banyak dosa berlaku di dalamnya. Sedih tu memangla ada, tapi, untuk dapatkan cinta Illahi, kenala korbankan cinta. Jadi, sekarang aku dah insaf dan sedang menunggu jodoh aku yang bakal aku temui dalam 7 atau 8 tahun lagi,insyaALLAH. Haha. Perasan la pula. Hehe.” Masing-masing tergelak. Zana menyambung, “ betul..betul..betul..aku sokong kau Yana. Aku pun tengah menanti ‘lelaki idaman’ aku. Harap-harap aku bakal bertemu jodoh dengan ‘dia’. Kau selalu la doa macam aku. Aku nak berkawan dengan jodoh aku dulu. Hanya ALLAH saja yang tahu siapa jodoh kita. Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Jangan risau.” Katanya dengan senyuman.
Yana sempat berkata padaku, “ kau fikirlah betul-betul ye. Kitorang sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Hidup kita ni takkan sempurna tanpa redha dari Tuhan Yang Esa. Apa yang baik,kita ikut.” Zana berkata lagi “ tengok ‘role model’ kita semua, Nabi Muhammad S.A.W, ada ke baginda bercinta sebelum kahwin? Takde kan..Baginda dan Siti Khadijah bercinta lepas kahwin. Islam takde ajar bercinta sebelum kahwin ni, tu semua ajaran dan budaya Barat. Sampai ramai yang dah terikut-ikut. Aku cadangkan, kau belilah novel ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’. Best tau.. Dan beli buku ‘Pesona Cinta’. Buku-buku yang camnila mendekatkan kita pada cinta Allah. Buatlah keputusan yang terbaik k..” akhirinya dengan senyuman.
Betul kata mereka berdua tu. Alhamdulillah, aku mendapat kawan yang sering menasihatiku di saat aku lalai dan terleka. Malam itu juga, aku solat istikharah untuk memilih antara dua cinta. Cinta Illahi ataupun cinta Syahir. Selesai solat, aku berfikir panjang. Hati aku memilih kepada cinta Illahi. Aku tekad menghantar ‘sms’ pada Syahir untuk menyatakan hasratku. Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4, aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan cintaku dengan dia. “ Salam Syahir, maafkan Syafilah. Selama ini, Ila ingat, dengan menjaga adab-adab perhubungan kita, ia dah dibolehkan, tetapi sebenarnya, ia tetap satu dosa. Saya dan awak sering merindui antara satu sama lain. Zina hati tetap berlaku antara kita. Lupakanlah cinta ini dan marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari cinta yang baru bagi mengisi ruang di hati kita iaitu cinta Allah. Jika ada jodoh,insyaALLAH kita akan bertemu jua. Salam.” Air mata ini pun jatuh tak semena-mena. Amat sukar rasanya untuk melepaskan cinta yang sudah hampir 2 tahun itu. Namun Ya Allah, demi cintaMu, akan ku cuba juga. Ya Allah, tabahkanlah hatiku! Berikanlah aku kekuatan dan redhailah kehidupanku. Redhailah ketulusan hatiku ini.Sesungguhnya, aku telah memilih cintaMu.

Credit : iluvislam

09 March 2011

Awal Ashaari Jadi Cover Majalah Glam Lelaki



Inilah gambar Awal Ashaari menjadi cover untuk majalah Glam Lelaki. Kalau anda memang seorang lelaki yang mementingkan penampilan dan fesyen, anda patut dapatkan majalah Glam Lelaki ini.
Kerana dalam nya banyak info pasal fesyen untuk lelaki dan tak terlepas juga gosip-gosip panas serta tips-tips dalam hubungan untuk lelaki.



Tidak lama lagi pelakon comel, Scha Al Yahya akan melangsungkan pertunangan dengan Awal. Scha dan Awal sudah berhubung rapat sejak tahun 2009 lagi apabila dilihat mereka sering keluar bersama.

Apatah lagi apabila mereka berdua yang kantoi dicekup di kelab malam berdua dan beberapa teman rapat lagi.


Apabila ditanya tentang perkara ini, Scha menafikan perkara ini, tetapi busana untuk majlis pertunangan sudah ditempah.
Mungkin disebabkan terlalu sibuk dengan kerja masing-masing, Scha dan Awal masih mencari tarikh yang sesuai untuk pertunangan mereka.
Apa pon Scha berjanji yang pertunangannya dengan Awal akan berlaku tahun ini juga.

Tak sabar nak tunggu majlis pertunangan Awal dan Scha tahun ini. Sama cantik sama padan.





Sumber gambar: Limauais
 
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma