Blog Cik Emma: Suria Fm tak pancing Johan Raja Lawak

18 February 2011

Suria Fm tak pancing Johan Raja Lawak

Desas-desus
stesen radio Suria FM akan
“ memancing ” pelawak Johan
(Raja Lawak) sebagai
penyampai baru stesen radio
itu dinafikan oleh Ketua
Pegawai Penyiaran Suria FM,
Yusri Abu Samah.
Yusri berkata, perkara
tersebut merupakan cerita
lama dan telah kedengaran
sebelum mereka mengambil
Sharifah Shahirah (Shira)
sebagai penyampai baru
untuk segmen pagi Breakfast
@Suria.
“ Saya akui Johan pernah di
senarai pendek sebagai
penyampai baru Suria FM dan
kami juga ada berjumpa dan
berbincang dengannya
tentang hal ini.
“ Namun begitu kami telah
memilih Sharifah Shahirah
kerana dia menepati ciri-ciri
yang kami cari. Selain Johan,
Zizan Raja Lawak juga antara selebriti yang di senaraikan, ”
ujarnya ketika dihubungi
mStar Online, di sini, bagi
mengulas gosip menerusi
ruangan pojok di sebuah
akhbar berhubung perkara
tersebut.
Tambah Yusri pemilihan Shira
adalah berdasarkan karisma
dan sikap versatil yang ada
pada pengacara tersebut,
selain memberi
keseimbangan pada aura
lelaki Zizi dan Halim pada
segmen pagi.

“ Semasa buat pemilihan ini
kami memang mencari
seorang pengacara yang
boleh berlawak bagi
menceriakan suasana pagi.
“ Dan setelah membuat
beberapa penilaian, kita lihat
Sharifah Shahirah sebagai
calon yang tepat terutama
untuk bergandingan dengan
Zizi dan Halim sebagai “ The
Kerinting 3, ” ujarnya.
Dalam pada itu, Yusri turut
memberitahu tiada sebarang perancangan bagi menambah
penyampai dalam stesen
radio tersebut terutama di
kalangan artis.
“ Setakat ini tiada sebarang
perancangan untuk
menambah bilangan
penyampai Suria FM.
Cukuplah dengan barisan
yang sudah ada ini dan kita
lihat bagaimana
perkembangannya, ” ujar
Yusri.
Mengulas tentang gandingan ‘ The Kerinting 3 ’ , Yusri
memberitahu sudah
menampakkan keserasian
antara ketiga-tiga penyampai
itu.
“ Perkembangan yang baik
sejak dari awal kehadiran
Shira, kami sedar dia mampu
membawa pengikutnya dan
penambahan bilangan
pendengar.
“ Kami menerima maklum
balas yang positif dari pendengar tentang segmen
pagi terutamanya melalui
Facebook dan khidmat
pesanan ringkas (SMS), ”katanya.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma