Blog Cik Emma: 'The Kerinting Three' hangatkan Suria Fm

01 February 2011

'The Kerinting Three' hangatkan Suria Fm

SEGMEN pagi Suria FM iaitu
Breakfast@Suria yang
sebelum ini menggandingkan
Halim Othman dan Zizi kini
diceriakan lagi dengan
seorang lagi penyampai iaitu
Sharifah Shahira (Shiera).
Idea menggandingkan tiga
penyampai radio pada
segmen pagi dianggap suatu
trend masa kini dan
bukannya meniru stesen-
stesen lain.
Ketua Pegawai Penyiaran
Suria FM, Yusry Abu Samah
berkata pemilihan aktres
wanita popular itu untuk
mengemudi segmen
Breakfast@Suria pada setiap
Isnin hingga Jumaat, pukul 5
hingga 10 pagi bermula
semalam diharapkan dapat
menjadikan stesen radio itu
lebih versatil.
“ Kami memilih Shiera
berdasarkan undian yang
dilakukan kepada pendengar.
Selain itu kami menetapkan
untuk memilih penyampai
baru dari latar belakang
selebriti setelah meneliti
kajian dari semua rangkaian
stesen radio yang
kebanyakannya memilih
golongan selebriti sebagai
penyampai.
“ Kami juga merasakan idea
ini mampu memberikan
suasana ceria kepada
pendengar dan membantu
mengekalkan kesetiaan
mereka untuk mendengar
segmen seterusnya,
” katanya
pada sidang akhbar
pengumuman Shiera sebagai
anggota baru Suria FM di
Studio V, One Utama sekali
gus membubarkan segmen
pagi yang dikemudi dua
jejaka yang menggelarkan
diri mereka The Kerinting Bro
sebelum ini.

Tambahnya, stesen radio
dengan tagline, Muzik
Terbaik 90-an Dan Terbaru itu
menggandingkan tiga
penyampai itu untuk
seimbangkan dari segi jantina
penyampai segmen itu yang
sebelum ini kedua-duanya
lelaki.
“ Jadi, sebab itu kita mencari
‘ sekuntum bunga ’ . Lagipun
pendengar kita terdiri
daripada lelaki dan wanita.
“ Shiera juga dilihat seorang
yang versatil dan mempunyai
disiplin yang bagus, gelaran
(kerinting) itu diteruskan
memandangkan rambut
ketiga-tiga mereka
kerinting,” ujarnya lagi
mengenai gandingan Halim,
Zizi dan Shiera yang kini
dikenali sebagai The
Kerinting Three.
Halim dan Zizi dalam pada itu
ternyata memberikan reaksi
yang positif sekali gus
mengalu-alukan kehadiran
Shiera untuk bergandingan
dengan mereka.
“ Saya melihat Shiera seorang
yang sangat versatil setelah
menontonnya dalam
beberapa program di
televisyen. Jadi, saya
berharap dia dapat
menjadikan karier ini sebagai
medan untuk menonjolkan
bakatnya.
“ Pendengar juga dapat
mendengar suara wanita
pada waktu pagi. Setakat ini,
kami telah berbincang dari
segi topik yang akan
dibualkan dan memberikan
panduan kepada Shiera tentang waktu dia boleh
bercakap pada masa-masa
tertentu,
” ujar Halim sambil
disokong Zizi.
Dalam pada itu, ketika
ditanya kepada Shiera
mengenai kemunculannya
yang dilihat menempel

nama ’ Halim dan Zizi, Shiera
berkata dia menerima
tawaran daripada Suria FM
untuk menjadi penyampai
radio kerana ini merupakan
peluang bagi dia untuk
mempelbagaikan cabang
kerjayanya.
“ Saya anggap ini satu
peluang untuk saya dan
bukannya mahu menumpang
glamor orang, saya akan
cuba lakukan yang terbaik
untuk menceriakan segmen
pagi memandangkan segmen
itu paling didengari kerana ia
merupakan waktu orang
keluar bekerja,
” katanya.
Selain menambah ahli baru,
stesen radio Suria FM
mengatur pelbagai program
menarik pada tahun ini
termasuk memperkenalkan
peraduan Demam Facebook Suria yang mempertaruhkan
hadiah wang tunai sejumlah
RM20,000.
Bermula 22 Januari lalu,
pendengar berpeluang
menyertai peraduan tersebut
dengan hanya klik 'like' pada
'fan page' Suria FM dan
menukar gambar profil
kepada logo 'I Love Suria FM'.
Syaratnya mudah, pendengar
hanya perlu
mengemaskinikan status
asing-asing dengan
memberikan pendapat
terbaik tentang stesen radio
itu.
Kemudian pendengar perlu
mendengar Breakfast@Suria
dan Suria Drive setiap hari
bermula Isnin, 24 Januari
hingga 18 Februari ini
penyampai yang bertugas
akan mengumumkan nama
pendengar bertuah dan
pendengar tersebut mesti
menghubungi Suria FM dalam
masa 15 minit untuk
memenangi wang tunai
RM500.
Selain itu, Suria juga akan
menganjurkan program
realiti SuriaShowDown! Band
Kampus Terbaik 2011' yang
terbuka kepada penuntut di
institut pengajian tinggi swasta dan awam seluruh
Malaysia.
Uji bakat telah diadakan di
Penang Megamall, Pulau
Pinang pada Sabtu lalu, East
Cost Mall, Kuantan (30
Januari), The Zone, Johor
Bharu (5 Februari) dan Plaza
Metro Kajang (6 Februari).
Dua kumpulan yang terpilih
di setiap tempat akan
memasuki peringkat akhir
pada 26 Februari ini di Plaza
Alam Sentral, Shah Alam.
Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM10,000,
manakala tempat kedua
sebanyak RM5,000 dan
tempat ketiga RM3,000.
Seperti tahun lepas, Suria FM
meneruskan peraduan Lagu
Berduit Suria FM bermula
Mac ini dengan menawarkan
hadiah lumayan.
Selain itu, Suria FM untuk
negeri Sabah secara rasmi
akan beroperasi apabila
studionya di 1Borneo
Shopping Mall, Kota Kinabalu
yang dikendalikan oleh Othoe
dan Dudu (Lotter) secara
rasminya akan ke udara
mulai Mac ini.

p/s: good luck kak shera!

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma