Blog Cik Emma: Cinta dan pasang surutnya

01 February 2011

Cinta dan pasang surutnya

Setiap orang mempunyai
makna cinta yang tersendiri.
Ada yang kata, cinta itu
menyakitkan dan jangan kau
hampirinya. Tetapi, ada juga
yang kata, cinta itu
mengasyikkan sehingga kau
akan terbawa-bawa dengan
ombak asmaranya. Dan ada
juga yang kata, cinta itu
indah dan
tiada ungkapan
yang dapat menyatakan
maksud cinta yang sebenar
.
Bagi yang mengatakan
bahawa cinta itu
menyakitkan, ianya memang
benar. Walau sepadan mana
pun sepasang kekasih itu,
akan ada juga masalah yang
timbul. Ianya boleh
diibaratkan, langit tak
semestinya sentiasa cerah.
Dalam berkapel ini, kita
memang tidak boleh lari dari
masalah. Bahkan, kita sendiri
yang perlu menghadapinya
dan juga menyelesaikan
masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin
terasa ngilunya apabila
sebuah pasangan itu hancur
musnah. Apa yang dijanjikan
selama ini, menjadi dusta
belaka. Ketika baru sahaja
clash, semuanya menjadi tak
kena. Semuanya
dipersalahkan. Itu tak betul,
ini tak betul. Terasa diri ini
dihimpit oleh sebuah keretapi
dan tiada siapa yang ingin
menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin
bercinta dengan seseorang,
ingatlah. Cinta ini tak
semuanya indah. Dan anda
perlu bersedia untuk
menghadapi sebarang
kemungkinan yang berlaku.
Yang pasti, dalam percintaan
akan ada pasang surutnya
perhubungan. Cuma kita
tidak tahu, bila ia akan
berlaku. Mungkin hari ini,
esok, lusa dan bila-bila masa.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma