Blog Cik Emma: 50 Tips Memikat Lelaki

10 February 2011

50 Tips Memikat Lelaki

fuhh..aku kalau bab cintan-cintan nie memang nombor satu la, haha. Sampai ada member kat fb bagi gelaran Doktor Cinta kat aku. Sempoi tak?ekeke..

Bagi awek-awek yang nak tips untuk memikat lelaki ,meh aku share kat sini ..

1. Sentiasa tersenyum
dan jangan bersikap
sombong apabila
berinteraksi dengan
mereka.

2. Pandai memasak
adalah ciri-ciri utama
mengapa lelaki mudah
terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik
mampu menarik minat
mereka.

4. Jujur dan sentiasa
merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia
suka dan jangan
lakukan apa yang dia
tidak suka.

6. Mempunyai bentuk
badan yang menarik
(terpulang kepada
individu).

7. Mempunyai tingkah
laku yang baik dan
lemah lembut.

8. Pandai dalam
memainkan peranan
sebagai seorang wanita
ketika berada di
samping lelaki yang
anda minati.

9. Jangan terlalu
mengongkong.

10. Ketika berinteraksi
dengan mereka jangan
lupa gunakan bahasa
tubuh yang anda
ketahui seperti mata
dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian
anda, seksi atau tidak
terpulang kepada
lelaki yang anda
minati.

12. Sering memberikan
kad ucapan buat si dia
yang kamu minati
untuk plan pertama
memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita
yang suka berterus
terang tanpa
menyembunyikan
sesuatu.

14. Apabila berhadapan
dengan lelaki yang
kamu minati, renungi
matanya dan tunjukkan
sifat humor kamu. Ini
adalah taktik untuk
memberitahu si dia
bahawa kamu boleh
didekati tetapi bukan
bererti kamu ini
perempuan murahan
dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap terlalu
jual mahal apabila
berada bersama
mereka.

16. Bijak menyesuaikan
diri dalam apa jua
keadaan.

17. Tidak mudah putus asa
dan sentiasa berdiri di
atas kaki sendiri tanpa
meminta pertolongan
dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap
benda yang tidak
berfaedah ketika
bercakap dengan
mereka.

19. Jangan bandingkan
dia dengan lelaki-lelaki
yang pernah kamu
kenali.

20. Menjadi temannya
ketika dia susah dan
senang.

21. Lelaki suka kamu
menjadi pendengar
yang setia dan tidak
suka wanita yang suka
membangkang.

22. Yang paling penting
lelaki suka dimanjai
dengan belaian dan
kata-kata yang
romantik.

23. Bunyi derapan kasut
ketika berjalan juga
mampu menarik
perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika
kamu memakai mekap
yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari
lahirnya.

26. Menghormati dirinya,
keluarga dan teman-
teman yang rapat
dengannya.

27. Bersikap matang
dalam tutur-kata dan
tingkah laku. Lelaki
tidak suka wanita yang
bersikap terlalu
kebudak-budakan.

28. Manja!

29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan
berbual dengannya.
Contohnya berbual
terlalu lama di telefon
untuk perkenalan
pertama.

30. Jangan terlalu bersikap
kelakian dan ganas dalam
pergaulan.

31. Jangan terlalu
menunjukkan bahawa
kamu ini terlalu baik dan perfect

32. Jangan perasan
bahawa kamu ini
mempunyai paras rupa
yang jelita.

33. Sentiasa memegang
prinsip sederhana dan
tidak boros di dalam
perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan
adalah antara tips
yang perlu kamu titik
beratkan.

35. Sentiasa bercakap
lembut dengan
mereka.

36. Ketahuilah mereka ini
adalah golongan yang
terlalu sensitif dan
suka akan kelembutan
apatah lagi dari
seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya
sebenarnya sebelum
kamu memulakan
langkah untuk
memikat.

38. Lelaki sukakan wanita
yang suka menjaga
kulit. Jangan biarkan
wajah kamu dipenuhi
jerawat batu!

39. Aset penting bagi
kamu untuk memikat
lelaki adalah mata,
punggung dan gaya
langkah kamu yang
kemas.

40. Jangan bersikap terlalu
kuno.

41. Bertanya khabar
sekurang-kurangnya
dua kali seminggu agar
tali persahabatan
kamu dengannya tidak
putus begitu sahaja.
Mungkin suatu hari
nanti sikap kamu yang
terlalu mengambil
berat mampu menarik
perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan
bukan menjadi ukuran
yang penting tetapi
kecerdikan, kejujuran
dan tingkah laku yang
bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang
wanita yang beriman
dan beragama namun
begitu kamu tidaklah
perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa
kamu bukanlah
seorang gadis yang
mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu
merengek dan
mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan
kelemahan kamu
ketika berada di
samping lelaki yang
kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita
yang bijaksana dan
matang serta mudah
diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa
jua bidang yang kamu
ceburi.

49. Tidak terlalu meminta
dan jaga tata tertib
kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over
nanti lelaki akan
meluat pula dengan kamu.

P/S: sekeras mana pun hati lelaki, akan lembut jgk hatinya kerana seorang yg bernama perempuan

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma