Blog Cik Emma: Susah itu satu pengalaman

21 January 2011

Susah itu satu pengalaman

semua orang nak hidup senang. Mana ada orang yang nak hidup susah.

Tapi kalau kita nak rasa kesenangan kita kena rasa susah dulu.

Cam aku ni , datang dari keluarga yang sederhana . My father worked as security guard and my mom pulak berniaga.

Dari kecik2 lagi aku dah merasa susah. aku tak segan nak gtau aku cuma habes belajar sampai skolah menengah jer . Bukan sebab keluarga aku tak mampu nak menyara aku. Cuma aku rasa aku tak nak susahkan mereka lagi.

So, aku belajar untuk menolong keluarga aku, aku belajar buat kuih, belajar memasak, coz aku tau ,benda tu sume penting pd masa depan aku nanti.

Aku tak harapkan kerjaya yg tinggi , dapat tolong ringankan beban mak abah pn dah syukur Allhamdulillah.

Aku cuma nak nasehatkan korang semua. Biarlah kita merasa susah dulu. Di suatu masa nanti Insyaallah, kejayaan dan kesenangan menjadi milik kita .

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma