Blog Cik Emma: Kehilangan Lagi..

16 January 2011

Kehilangan Lagi..

CINTA ni ada pasang surutnya. Ada yang berkekalan sampai akhir hayat. Ada jugak yang terpaksa berpisah sebab tak ada jodoh.

Entry kali ni ada kaitan dengan diri aku. Aku telah kehilangan orang yang aku sayang. Bukan dia pergi selama-lamanya , tetapi dia pergi dari hidup aku buat selamanya. Aku tahu dia tak akan kembali lagi pada aku.

Aku menyesal sebab membuat keputusan dan berkata tanpa berfikir panjang. Aku tak sedar aku telah melukakan hatinya.

Segalanya ketentuan Allah, mungkin ini satu pengajaran buat aku.

Buatmu insan yang aku sayang , semoga engkau tetap bahagia dan bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.

Kuburkanlah kenangan dan janji-janji yang pernah kita lafazkan dulu. Anggaplah ini ketentuan dari Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan ini. Allahualam..

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma