Lelaki Dan Wanita Saling Melengkapi..

December 03, 2010




Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam songket putihnya. Pengantin lelaki pula tidak kurang segaknya. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satu pun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

Nota:

Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain, mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara positif dan membina. (sham86.wordpress.com)

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.""


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images