Blog Cik Emma: 12/1/10 - 1/1/11

24 December 2010

200 BLOG



Segmen terbaru dari otai bloggers BEN ASHAARI.

jom ar join ramai2..

kita wat ramai..hehehehe..

23 December 2010

1Malaysiasms

Program ini ialah Program
1Malaysiasms
dibawah syarikat GlobalSurf
Sdn Bhd.
Kalau anda join saya
sekarang, saya pasti
anda akan berterima kasih
dengan
saya nanti.
Bagaimana nak join? Senang
je....hanya guna
handphone sahaja.Dengan
cara sms.

Untuk anda mula menyertai
saya dengan
program ini dan anda pun
nak akaun
anda seperti akaun saya, sila
ikuti
langkah-langkah dibawah :
Langkah 1
Taip di handphone anda :
1M jarak REG jarak
60175574278 jarak Nama
Penuh Anda
hantar ke 36553

(Note: 60175574278 adalah no
penaja anda,
jangan ditukar kepada no
anda)
Langkah 2
Bila dapat maklumbalas dari
server company
tentang ID dan password
untuk akaun anda,
sila taip pula maklumat
dibawah untuk aktifkan
akaun anda tersebut :
ON Jarak 1MACC
Hantar ke 36553

Lepas tu, log in ke akaun
program anda di
www.1Malaysiasms.com dan
masukkan
profile anda.
Lepas tu, klik kepada
bahagian
"Incentives" dan lihat berapa
income
anda yang anda bakal hilang
jika anda
tak update sekarang di
bahagian "Bonus lost".
Apa yang boleh saya katakan
kepada anda
ialah join FREE dulu, lepas tu
tengok
apa yang terjadi kalau anda
tak upgrade sekarang!

17 December 2010

KLIK JE DAPAT DUIT?

KAMI MENYEDIAKAN
PELBAGAI PAKEJ SUMBER
PENDAPATAN ANDA
PAKEJ NEWBIE (MODAL
RM70)
Anda akan menerima
20 produk hak jualan semula
dengan percuma
PAKEJ BRONZE (MODAL
RM100)
Anda akan menerima
30 produk hak jualan semula
dengan percuma
PAKEJ GOLD (MODAL RM200)
Anda akan menerima
50 produk hak jualan semula
dengan percuma
PAKEJ NEW (MODAL RM50)
Anda akan menerima
10 produk hak jualan semula
dengan percuma
PAKEJ GOOD GOLD (MODAL
RM300)
Anda akan menerima
100 produk hak jualan
semula dengan percuma
Randomizer
Untuk pengunjung tanpa sponsor,sistem secara
automatik
akan menjadikan ahli
berbayar sebagai sponsor,
ini memberi kesempatan
bagi anda mendapatkan
downline
* Randomizer adalah sistem
yang hanya
membantu anda dalam
membina rangkaian,
namum sistem ini "tidak
menjamin" anda mendapat
pendapatan.

Pendapatan Pertama 70%
Komisen
CONTOH KIRAAN JIKA ANDA
MEMBAWA
RAKAN SERTAI PAKEJ
NEWBIE IAITU DENGAN
MODAL RM50
RM20 X 3 = RM60 SEHARI
(SEBULAN RM1800)

SERTAI KAMI SEKARANG! IKLAN

14 December 2010

Giveaway Separuh Jiwang







terjumpa lak giveaway jiwang..

memang suka jiwang2 nih..opsss







hehehe..awat taknya..aku memang suka jiwang2 nih..opsss

ok....lau nak join klik sini.



aku nih memang jiwang sakan..
klu dengaq lagu sedih mmg menangis punye..

jum aku nak berjiwang sikit..tepi..tepi..
beri laluan..ekekeke




pertama kali ku bertamu dengan mu..

sayunya hatiku merinduimu
walaupown belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta
pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku engharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu
akan ku renang lautan yg berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan ku
terhiris hati ini.terguris jiwa ini.
menangis tak berlagu..ohhhh...
biarpun ombak yg mrubah pantai
kasih ku tak kan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...
sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih...




12 December 2010

Kenapa Perempuan Sensitif?

Salam to all my buddy..
Pagi2 buta nih timbul plak niat Ma nak post entry berkaitan perempuan..aiseyman..cam prof lak..hak hak..

Back to the story, pompuan mmg dilahirkan dgn sifat yg lembut dan mudah tersinggung atau kata lain sensitif dan juga mempunyai sentimental value yg tinggi.

So,hat yg lelaki kenalah amek tau pasal pmpuan nih...bkn apa supaya si lelaki dpt menjaga hati pasangan dgn baik...antaranya

- memahami perasaan pasangan
-amek berat dari sgala aspek..tp awas!jgn smpai mengongkong.
-hormat pasangan.
-beri peluang utk meluahkan
-jgn terlalu berkasar dgn pasangan.
-dan yg paling penting saling brtolak ansur.


Amalkan sikap2 kat atas . Supaya takde masalah2 besar dalam phubungan.

03 December 2010

Contest Mimik Muka MENARIK!!



THANK YANA coz sudi tag Ma untuk
join kontes yang menarik nih!!
toceii2..



Sape2 yang nak join contest nie boleh 
klik kat sini SYARAT PENYERTAAN


UNTUK CONTEST NIH MA NAK LETAK GAMBAQ MA 
YANG BURUK NIHH..
HAHAHA...


mimik muka yg buruk..huhu



Ma amik gambaq nih just suka2..
dah lama snap pic nih..
so dah ada kontes mcm nihh
boleh lah guna..hehehe
Ma suka gambaq nih..
sbb ni lah salah satunya gamba yg paling 
poyo yg penah Ma snap!! hahaha


MA NAK TAG 3 ORG KAWAN :




Dosa Dalam Facebook


1) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat (sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat 'lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah 'janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

2) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi 'friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

3) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu 'bersepah' di facebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

4) Mendedah keaiban pasangan di Facebook

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komen dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai pakar dalam rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui Facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui Facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya.

Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui Facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat 'trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan 'candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh 'untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan 'seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, 'zaman aku ekstrem', 'zaman solehah', 'waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu.

Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sumber:
Ustaz Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/

Lelaki Dan Wanita Saling Melengkapi..




Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam songket putihnya. Pengantin lelaki pula tidak kurang segaknya. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satu pun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

Nota:

Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain, mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara positif dan membina. (sham86.wordpress.com)

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.""


 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma