Blog Cik Emma: Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

11 November 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Penyanyi
Shamrin atau nama sbenarnya Mohd. Shamrin
Abd. Samad,45, vokalis dari
kumpulan Fotograf
meninggal dunia petang,
Khamis.
Allahyarham yang popular
dengan lagu Di Alam Fana
Cinta pada era 90-an
dikatakan rebah ketika
bermain bola sepak di
padang Kelab Sultan
Sulaiman, Kampung Baru,
Kuala Lumpur kira-kira pukul
6 petang.
Menurut rakannya, Johan
Aziz, Shamrin yang berasal
dari Taman Mesra, Kajang,
Selangor jatuh di padang
selepas kira-kira 15 minit
mereka bermain bola sepak.
Ketika Shamrin jatuh,dia dan rakan2 lain terus
membawa Arwah ke Hospital
Pakar Al-Islam, Kampung
Baru dan disahkan doktor arwah meninggal dunia. Jenazah Allahyarham
kemudiannya di bawa ke
Hospital Kuala Lumpur untuk
bedah siasat.
Sehingga berita ini ditulis
sekitar pukul 9.15 malam,
Khamis, Johan yang juga
bekas pengurus kumpulan
Slam masih tak
dimaklumkan oleh pihak
hospital punca kematian
penyanyi itu.
Shamrin telah melibatkan diri
dalam lapangan muzik secara
serius bersama kumpulan
Fotograf yang menampilkan
album pertama berjudul
Iramanya Bergetar pada
tahun 1989.
Setelah kejayaan album itu
mereka terus mengorak
langkah dengan
menghasilkan lima buah
album penuh.
Antara lagu yang
mempopularkan dan yang menjadi favourite Ma dari Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara
Gerhana, Panah Tak
Bermata, Aku Yang Kecewa,
Salam Buat Juwita, Mengejar
Bayangan dan Luka Seribu
Rindu.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma