Resepi : Donat (doughnut)

October 23, 2010

Jom ceq share resepi buatan ceq sendiri. Sebab jualan donat ni laris kat gerai ceq, ceq kongsi la cket.. Dah cuba nanti boleh comment kat ceq.

Bahan-Bahan

1kg Tepung gandum(untuk 30biji)

½ Cawan gula

200gram Marjerin

1 sudu makan Garam

1 paket Mauripan

Air dan gula castor

Cara-cara

Masukan sdikit air, gula, garam, mauripan dan marjerin. Ratakan bahan2 tersebut.

Seterusnya masukan tepung, uli rata hingga menjadi doh.

Tutup adunan doh tadi dengan plastik selama 20minit.

Setelah 20minit, uli semula adunan. Dan ketulkan menjadi doh2 kecil. Biarkan 10minit adunan naik sedikit ,lubangkan doh tadi (ini cara saya, jika nak lbh cantik gunakan acuan)dan goreng.

Letakan gula castor ketika donat masih suam.

Selamat mencuba!

P/s: resepi ni seratus peratus dari ceq sendiri. Adunan ni jgk boleh di gunakan untuk membuat burger mini(pau goreng)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images