Blog Cik Emma: Pemburu Tiga Juta Virus Komputer

11 October 2010

Pemburu Tiga Juta Virus Komputer

PENAMPILANNYA bersahaja
tetapi luar biasa. Begitulah
personaliti seorang konsultan
virus komputer, Dr. Looi Hoong
Thoong, 67, ketika ditemu bual
di pejabatnya di Looi Software,
Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-
baru ini.
Biarpun pertama kali bertemu,
sikap peramahnya membuatkan
perbualan kami tidak terhenti
dan berjaya merungkai seribu
satu cerita daripada anak jati
Bukit Mertajam ini.
Siapa Hoong Thoong yang turut
dikenali sebagai Uncle Looi ini?
Mendekati diri warga emas
terbabit, beliau rupa-rupanya
antara pencipta program
antivirus terawal dunia, V-
Buster.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda
Arkitektur ini berkata, kerjaya
sebagai pereka program
komputer memerlukan
ketajaman fikiran dan ia lebih
mencabar berbanding arkitek
pembinaan.
Berbanding seorang arkitek,
kata Looi, mereka hanya duduk
di atas kerusi sambil
memikirkan projek yang
hendak dilaksanakan. Ia tidak
melibatkan pengiraan dan kod bahasa seperti pereka perisian.
“ Kerjaya kreatif ini bermula
ketika usia saya sembilan tahun
apabila saya berjaya mencipta
sebuah alat pencetak gambar
hitam putih bersaiz kecil.
“ Tidak sangka dengan
menggunakan peralatan sedia
ada di rumah sahaja seperti
kaca, transistor dan litar, saya
berjaya menghasilkannya
walaupun dalam bentuk tidak
seberapa,
” ujarnya yang
mengaku tidak gemar menelaah
bahan bacaan sejak zaman
persekolahan.
“ Inilah gaya hidup saya sejak di
bangku sekolah sehinggalah
melanjutkan pengajian ke
Universiti Adelaide di Australia
pada tahun 1962.

Langkah pertama ..


“ Emak selalu memukul saya
kerana malas membaca buku.
Guru-guru di sekolah juga selalu
memarahi saya kerana tidak
memberi tumpuan di dalam
kelas.
“ Saya rasa tidak perlu membaca
semua buku itu. Cukup dengan
melihat formula mahupun
tajuk-tajuk di dalamnya, saya
sudah mengetahui
kandungannya.
“ Keputusan peperiksaan saya
juga cemerlang, ” jelas Looi yang
menganggap ia kebolehan
semula jadi beliau.
Bapa kepada tiga cahaya mata
ini menjelaskan, minat dalam
bidang elektronik bermula
selepas beliau menyaksikan
tayangan filem bersiri popular
pada awal tahun 1960 iaitu The
Man From U.N.C.L.E.
Setelah menonton, beliau
berjaya mencipta pintu pagar
kawalan radio di rumahnya
yang masih berfungsi dengan
baik sehingga kini.
“ Rakan-rakan kata saya gila
kerana sebelum ini saya tidak
tahu langsung mengenai
peralatan elektronik.
“ Tetapi dengan membuat
sedikit uji cuba, saya berjaya
membuatnya berfungsi
sehingga kini,
” cerita beliau.
Bagaimanapun, pada era
kemunculan mikro-komputer,
Looi berjinak-jinak dengan
dunia pengkomputeran pula.

“ Pada awal tahun 1980-an,
harga komputer terlalu mahal.
Ketika itu saya tidak
mempunyai wang simpanan
yang mencukupi untuk membeli
sebuah komputer yang
berharga RM5,000.
“ Saya sedaya upaya
mengunjungi kesemua kedai
buku dan membelek majalah
serta buku-buku yang ada
kaitan dengan cara mencipta
komputer,
” katanya.
Beritahunya lagi, dengan
memasang litar integrasi yang
lengkap dengan beberapa
peralatan seperti transistor dan
diod pemancar, Looi sekali lagi
berjaya menghasilkan sebuah
unit pemprosesan sepusat
(CPU) dengan rangka luarnya
menggunakan kayu.
Bagaimanapun, katanya, beliau
terpaksa membeli sebuah
monitor terpakai yang sudah
rosak daripada seorang rakan
pada harga RM2,000 sebelum
membaiki dan memasukkan
perisian ringkas.
“ Disebabkan kurang perisian,
saya teruja untuk mencipta
program sendiri.
“ Saya cuba belajar membuat
program pada mesin kod, ”ujarnya.
Pada masa itu, beliau mula
memahami cara untuk bermain
dan menyalin maklumat.
Mengenai permulaan kerjaya
sebagai pemburu virus,
katanya, semuanya bermula
selepas seorang rakan
memberinya dua keping disket
antivirus, Brain dan Denzuko.
Pengguna
“ Sebaik balik ke rumah, saya
terus membuat salinan disket
itu. Malangnya, CPU komputer
saya pula dijangkiti virus yang
berpunca daripada disket itu.
“Sepanjang hari saya membelek komputer itu dan cuba membaikinya termasuk mencipta satu program antivirus ringkas menggunakan mesin kod ciptaan sendiri bagi menggantikan bahagian yang dijangkiti virus,” terangnya yang gemar bercucuk tanam.


   V-BUSTER berupaya mengesan 750,000 virus komputer.
Walaupun telah berjaya menghasilkan perisian antivirus sendiri, Looi tidak menjualnya.
Beliau cuma membuat salinan perisian itu sebelum mengedarkan secara percuma kepada rakan-rakan.
Hanya tidak lama kemudian barulah beliau menjualnya pada harga RM4 di kedai IRM Komputer di Komtar, Pulau Pinang dengan jenama V-Buster.

Menjelang tahun 1991, V-Buster sudah pun dikenali di pasaran Australia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Malangnya, orang ramai kurang mempercayai produk tempatan. Menurut Looi, pernah ada sebuah bank tempatan yang mahu menggunakan program beliau tetapi ditentang oleh pengarah bank berkenaan atas alasan status bank berkenaan akan jatuh kerana memakai program tempatan.
“Namun, syarikat multinasional dan korporat serta universiti asing menggunakan perisian saya.
“Ini kerana pada tahun 1990-an, program saya boleh mengesan lebih banyak virus berbanding perisian lain,” kata Looi.

Sekarang, V-Buster berupaya mengesan dan memusnahkan lebih 750,000 virus komputer dan Internet.
"Program saya laris seperti kek panas di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi agak lemah di pasaran tempatan.

“Mungkin disebabkan orang kita begitu sukar mempercayai perisian keluaran tempatan,” keluhnya yang pernah menerima lebih 20 anugerah kecemerlangan sepanjang penglibatan dalam bidang tersebut.
Sehingga kini, terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar yang menggunakan perisian antivirus tersebut di negara ini. Sepanjang kerjayanya memerangi virus komputer, Looi sudah menemui lebih tiga juta virus.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma