Hobi Jerat Diri.

October 17, 2010

KUALA LUMPUR: Pada
mulanya dia hanya suka-suka
mencari kenalan baru
menerusi laman sembang
ketika melayari Internet
sambil mengulang kaji
pelajaran.

Tapi, hobi itu akhirnya
menjadi racun apabila
terjebak dengan lelaki miang
yang rupa-rupanya
mempunyai niat serong di
sebalik perkenalan di alam
maya.
Menceritakan kisah silamnya,
Syafika berkata, pada
mulanya dia menggunakan
laman sosial hanya untuk
mencari kenalan.
Namun, katanya selepas
mempunyai ramai kenalan
lelaki, ada antara mereka
mengajak dia keluar malah
tidak kurang juga sanggup
membayar untuk 'tidur' bersamanya.

Pada awalnya
dia agak
keberatan untuk menerima
pelawaan berkenaan,
bagaimanapun, selepas
dipujuk dan ditawarkan
bayaran lumayan, akhirnya
dia tewas dan terjebak dalam
kancah kehidupan sosial
terbabit.
“ Sebelum ini, saya hanya
melakukan hubungan seks
dengan teman lelaki. Selepas
kami berpisah, saya tidak
berjumpa mana-mana lelaki
dan akhirnya tidak dapat
menahan nafsu sendiri.

“ Sebab itu, saya menerima
pelawaan seorang lelaki
untuk menemaninya. Dia
memberikan saya sejumlah
wang tetapi dengan syarat
saya perlu mengadakan
hubungan seks dengannya.
“ Kerana nafsu dan wang
tunai yang ditawarkan,
akhirnya saya merelakan diri
dinodai. Sejak itu, saya aktif
melakukan kegiatan ini
meskipun masih belajar,
”katanya ketika ditemui Metro
Ahad.
Bagi mendapatkan
kemewahan dengan cara
mudah selain melampiaskan
nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang.

“ Sejak  berjinak-jinak dengan
kegiatan berkenaan, saya
mula berasa kemewahan.dengan merahsiakan segala
kegiatan ini daripada
pengetahuan keluarga, saya
semakin aktif melayan lelaki
yang dahagakan seks
menerusi laman sosial.
“ Kini, saya mengenakan
bayaran RM80 kepada
sesiapa yang menghubungi
saya di laman sosial terbabit.
Setidak-tidaknya, saya dapat
mengumpul wang tambahan
sebanyak RM500 sebulan, ”katanya.


Bagi mengelak identitinya
diketahui, Syafika bertindak
memadamkan akaun laman
sosialnya selepas mendapat
mangsa yang dikehendaki
kemudian membukanya
semula atas nama berbeza.
“ Saya meletakkan gambar
sebenar dalam keadaan yang
mengghairahkan. Selepas ada
lelaki yang cuba berkenalan,
saya memberitahu perkara
sebenar dan kebanyakannya
setuju untuk membayar.
“ Kemudian, mereka
memasukkan wang
berkenaan ke dalam akaun
bank saya dan menjemput
saya di tempat yang
dijanjikan. Selepas itu,
terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja.

“ Selepas selesai, saya akan
memadam akaun laman
sosial dan buka yang baru.
Setidak-tidaknya, tidak ada
yang dapat mencari saya
kembali,
” katanya. Menurut
Syafika, setakat ini aktiviti
nakalnya masih belum
diketahui ibu bapanya kerana
dia bijak menyembunyikan
kegiatan berkenaan.
“ Kadang-kadang, saya
'online' di rumah saja. Ibu dan
ayah tidak menghalang saya
menggunakan Internet lebih-
lebih lagi atas alasan
menyiapkan tugasan universiti.


“ Lagipun, mereka tidak
mengesyaki apa-apa
memandangkan penggunaan
laman sosial kini menjadi
kepentingan ramai termasuk
pelajar seperti saya.
Begitupun, saya bukanlah
pelacur tetapi lebih kepada
golongan bohsia yang
sukakan aktiviti sosial,
katanya.
Selain Syafika, Dira, 20, turut
menggunakan laman sosial
untuk mencari
‘ teman ’ bagi
mendapatkan pendapatan
sampingan.
Menurutnya, pekerjaan
sebagai pelayan pelanggan
(GRO) di sebuah kelab malam
membuatkan dia lebih aktif
mencari teman selain
mengumpul wang sampingan.

Menurutnya, pekerjaan
sebagai pelayan pelanggan
(GRO) di sebuah kelab malam
membuatkan dia lebih aktif
mencari teman selain
mengumpul wang sampingan.
“ Kebiasaannya, jika saya
menerima pelanggan di
dalam kelab malam,
mummy ’ akan mengambil
sedikit keuntungan daripada
apa yang saya dapat. Sebab
itu saya mencari kenalan
baru atau pelanggan
menerusi Internet. Setidak-
tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih.

“ Lagipun, kerja ini tidak
susah. Jika ada yang
memasukkan wang ke dalam
bank, saya akan mengambil
cuti daripada bekerja dan
mengikut lelaki itu. Jika
bekerja sekalipun, belum
tentu saya mendapat
pelanggan,
” katanya.
Menurutnya, penggunaan
laman sosial
memudahkannya melakukan
pekerjaan itu. Katanya,
meskipun sekadar suka-suka
atau demi mencari
kemewahan, tiada sesiapa
dapat mengesyaki apa yang
dilakukannya.

“ Mudah dan senang. Lagipun,
saya tidak perlu bekerja
keras kerana kebanyakan
lelaki yang kemaruk seks
suka menjadikan laman sosial
sebagai tempat mencari
pasangan.
“ Lagipun, cara begini lebih
praktikal daripada ‘ menjaja
badan ’ di tepi jalan. Silap-
silap nanti, terserempak
dengan kaum keluarga
ataupun ditahan pihak
berkuasa,
” katanya.

Sumber Artikel : Harian Metro

Moral of the story , jangan pilih jalan yang salah. Ingatlah balasan Allah.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images