Blog Cik Emma: Asmara Slot Lestari Tv3

04 September 2010

Asmara Slot Lestari Tv3

Episod pertama lagi dah teringin nak tengok drama nie. Haha! Nak tau nape? Sebab hero dia lah! Klu korang nak tau hero drama Asmara nie penah berlakon dalam drama Bio-Nik.
Jalan cita Asmara ni nampak menarik walaupun kita dah boleh meng'agak' jalan ceritanya.
Ape lagi kawan-kawan jom sama-sama menonton drama asmara. Kalau nak tau jalan cita drama nie, nie kat bawah emma postkan sinopsis Asmara. Have A Nice Day

SINOPSIS ASMARA
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur
dengan teman lelakinya, Raziq
(Nazim Othman) sehingga
mengandungkan anak luar
nikah. Bagi menutup malu, ayah
Zaliya, Sahlan meminta Malik
membenarkan anaknya, Asmara
(Shaz Jazle) mengahwini Zaliya
kerana Malik pernah berjanji
untuk membalas hutang
nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui
tentang kehamilan Zaliya telah
meminta Asmara menunaikan
janjinya kepada bapa Zaliya.Walaupun keberatan dan
mengenali perangai buruk
Zaliya yang sekolej dengannya,
Asmara terpaksa setuju dan
melupakan perasaan hatinya
dengan rakan baiknya Melati
(Faralyna).
Pada malam pertama
perkahwinan, Zaliya telah
membongkar rahsianya malah
dia juga memberitahu Asmara
bahawa mereka hanya perlu
berlakon dan akan meneruskan
kehidupan masing-masing
seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita
sebenar Zaliya merasa tertipu
dan marah kerana dijadikan Pak
Sanggup oleh bapanya sendiri
dek kerana terhutang nyawa.
Zaliya pula tidak puas hati
kerana dijodohkan dengan
Asmara, sering mencari salah
Asmara dan meminta
diceraikan.
Asmara akur dengan
permintaan Zaliya dan akan
menceraikannya selepas dia
melahirkan anak. Zaliya
terpaksa menangguhkan
pembelajarannya di kolej
kerana kandungannya semakin dengannya kerana Zaliya
banyak bergantung kepada
Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas
hati kerana Zaliya tidak
mengugurkan anaknya dan
telah merancang sesuatu.
Adakah bunga-bunga cinta
akan mekar di hati Asmara dan
Zaliya? Bagaimana pula dengan
nasib Melati?.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma