Blog Cik Emma: Seks Luar Nikah Dikalangan Remaja Kini.

22 August 2010

Seks Luar Nikah Dikalangan Remaja Kini.

Mengapa remaja
`menghalalkannya ’? Di era
kemajuan kini, ramai yang lebih
terbuka dalam membicarakan
perihal seks dari pelbagai sudut
dan perspektif walaupun masih
ada yang menganggap ia
sesuatu yang ‘ taboo ’ (pantang)
dan tidak manis diperkatakan,
terutamanya oleh mereka yang
belum berkahwin.Lupakan
sejenak perbezaan kedua-dua
pendapat ini kerana realitinya,
semakin ramai remaja terbabit
dalam aktiviti seks luar nikah
dewasa ini.
Mengikut Tinjauan
 Seks Sejagat
Durex 2004 – membabitkan
350,000 responden dari 41
negara – secara purata,
seseorang mula melakukan
hubungan seks buat pertama
kali – hilang dara atau teruna –
antara usia 16 tahun dan 20
tahun atau purata usia 17.7
tahun.
Remaja Malaysia? Secara purata,
remaja Malaysia melakukan seks
kali pertama pada usia 19.3
tahun berbanding 20 tahun
pada 2001 sedangkan kajian
Persekutuan Persatuan-
persatuan Perancangan
Keluarga Malaysia (PPPKM)
mendapati usia sesuai untuk
berkahwin di Malaysia bagi
lelaki adalah 28 tahun dan 25
tahun bagi perempuan
berbanding masing-masing 21
tahun dan belasan tahun, dulu.
Sukar untuk mempercayai
perkara sedemikian berlaku dikalangan masyarakat yang
membesarkan anak kecil
mereka dengan gambaran
bahawa seks adalah satu
perkara yang ‘ tidak baik ’
melainkan adanya ikatan
perkahwinan antara dua
pasangan lelaki dan perempuan.
Adakah remaja hari ini tidak
menerima lagi pandangan dan
`didikan ’ ini hanya kerana dunia
dan masyarakat semakin
moden, dunia tanpa sempadan
dan globalisasi yang penuh
mencabar?
Tidakkah mereka memikirkan
masa depan yang akan gelap
jika hamil sebelum berkahwin?
Apakah yang akan terjadi pada
persekolahan atau kerjaya
mereka? Sekolah terbiar,
kerjaya tergugat.
Belum lagi mengambil kira malu
pada diri, keluarga dan
masyarakat. Sanggup dibuang
keluarga kerana menconteng
arang ke muka mereka semata-
mata kerana mengikut nafsu?
Sanggup `dibelasah ’ kerana
merosakkan anak gadis orang?Pendek kata, dunia akan
`tunggang-terbalik ’!
Kebanyakan remaja yang
terbabit dalam hubungan seks
ini menyedari bahawa
perbuatan mereka itu salah,
tetapi rela membiarkan nafsu
menguasai diri berbanding akal
fikiran yang waras.
Ada juga yang terbabit dalam
seks luar nikah ini memberi
pelbagai alasan – seperti
tekanan hidup – untuk
`menghalalkan ’ perbuatan mereka.

Bukan itu saja, ada yang
melakukan seks oral (hubungan
seks yang membabitkan mulut
dan alat sulit saja) dengan
anggapan bahawa ia ‘ ringan ’
dan tidak akan menyebabkan
kehamilan.
Harus diingat, biarpun tidak
menyebabkan kehamilan, ia
masih berisiko untuk
menyebarkan penyakit kelamin,
herpes, sifilis dan hepatitis,
sama seperti hubungan seks
secara langsung.
Ramai remaja juga menerima
perlakuan `intim ’ seperti hubungan seks
secara langsung.
Ramai remaja juga menerima
perlakuan `intim ’ seperti
berpeluk, bercium atau seks
antara pasangan kekasih,
sebagai sesuatu yang normal.
Pihak berkaitan, terutama ibu
bapa harus memandang serius
perkara ini. Melihatkan
peningkatan bilangan kelahiran
anak luar nikah dan
pengguguran bayi, remaja
seharusnya didedahkan
mengenai keburukan perbuatan
ini
pada fizikal, emosi, mental,
sosial dan spiritual kepada pelakunya.

Pakar Psikologi dan Ketua Unit
Pembangunan Penyelidikan
Kesihatan, Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya, Prof Dr
Sarinah Low Abdullah berkata,
sesetengah ibu bapa tidak
menitikberatkan pendidikan
seks kepada anak-anak
sehingga menyebabkan anak-
anak itu berusaha
mendapatkan maklumat yang
‘ tidak selamat ’ daripada sumber
lain seperti rakan, buku,
majalah, laman web atau cakera
padat video (vcd) lucah.
Katanya, anak-anak ini harus
diberi pendidikan nilai dan
spiritual, yang akan membantu
menjadi benteng menangani
gejala tidak sihat.
“ Tanpa nilai ini, remaja akan
memudah `tergoda ’ dengan
pujuk rayu dan ajakan untuk
melakukan perkara tidak baik
kerana tiada disiplin dan prinsip
yang kukuh untuk dipegang, ”
katanya.
Hubungan kekeluargaan yang
erat juga mampu
menghindarkan golongan
remaja daripada melakukan
perkara yang negatif dan pada masa yang sama, remaja juga
harus berfikir dengan lebih
rasional dan tidak terlalu
terikut-ikut dengan budaya
yang tidak baik.
30 peratus remaja
`terjebak ’…
i-Kon turut menjalankan kajian
mengenai isu ini. Kajian ini
membabitkan 100 remaja di
sekitar Kuala Lumpur dan Shah
Alam, berusia lingkungan 15
tahun ke 30 tahun. Mereka ini
terdiri daripada pelajar,
penuntut institusi pengajian
tinggi dan sebahagiannya sudah memasuki alam pekerjaan.
(Kadar maklum balas adalah
100 peratus – bermakna semua
remaja yang didekati bersetuju
untuk menyertai kajian ini.
Peratusan kadar maklum balas
penting bagi menentukan
kajian ini sahih dan boleh
digunakan)
Responden ini ditemui i-Kon
dalam kajian yang dijalankan di
pusat beli-belah, stesen
pengangkutan awam dan kedai
makan.
Penemuan kami, 31 peratus (31
remaja) mengaku sudah melakukan seks dan tujuh
daripadanya (23 peratus
daripada 31 remaja) melakukan
perbuatan itu ketika belum
mencecah usia 15 tahun!
Mengejutkan? Sudah pasti ya
kerana di kala usia masih
mentah dan kehidupan
seharusnya ditumpukan untuk
mencapai cita-cita, remaja ini
`hanyut ’ melayan nafsu atas
alasan ingin tahu dan cinta.
Lebih membimbangkan apabila
sebahagian besar pelajar iaitu
65 peratus membenarkan
pengguguran dilakukan jika
mengandung anak luar nikah.
Sikap liberal remaja ini
sememangnya `menggerunkan ’
dan sewajarnya membuka mata
pihak
berkaitan untuk
melakukan sesuatu kerana ia
akan mendorong kepada
amalan tidak sihat.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma