Hargailah Cinta..

August 22, 2010



Bila seseorang jatuh cinta
ketika dia sedang berduka
kerana kehilangan kekasih hati
maka cinta yang tercipta itu
bukanlah cinta sebenar
melainkan hanya seperti ubat
khayal yang bertindak
sementara sahaja dan
kemudian akan merosakkan
hatinya dua kali ganda malah
berganda-ganda lagi selepas
itu … kerana sesungguhnya kita
boleh menipu orang lain tetapi
bukan hati kita sendiri.
Amat mudah untuk kita

membuka pintu hati kepada
seseorang tetapi teramat sukar
untuk kita menutup kembali
pintu hati kita kepadanya
selepas itu.Betapa indahnya
apabila kita mencinta seseorang
walaupun
dia tidak membalas
kembali cinta kita. Tetapi
betapa bencinya hati apabila
seseorang begitu mencintai kita
tetapi
kita tidak menyukainya
walau sebesar zarah pun.
Fikirlah … perasaanya sama
seperti perasaan kita … ingin
mencintai walaupun tidak
dicintai. Hormatilah
perasaannya tetapi usahlah
memberikan harapan.

CINTA adalah ibarat air. Kita
sangat memerlukannya di
dalam hidup namun jika ia
ibarat air di lautan ia akan
menjadi ombak yang akan
mengumbang-ambingkan hidup
kita,
jika ia ibarat air di kutub
utara-selatan maka ia akan
menjadi ketulan ais yang
membekukan kita, jika ia ibarat
air sungai yang mengalir
tenang maka ia akan
berterusan menghanyutkan
kita ke muara, jika ia ibarat air
terjun maka akan terhempaslah
kita berulang-ulang ke bawah,
jika ia ibarat air tasik yang
tenang membiru maka kita
dalam diam akan menyimpan
berjuta keladak di dasarnya.
Maka jenis air manakah yang
kita inginkan … Carilah mata air
yang suci lagi murni … walaupun
keluar sedikit demi sedikit
tetapi akan melimpahi perigi
dan menghilangkan kehausan
kita dengan sekali teguk sahaja.
Biarlah kita menjadi cinta
terakhir kepada seseorang
kerana mungkin kita sudah
terlambat untuk menjadi cinta
pertamanya tetapi kita tidak
akan pernah terlambat untuk
menjadi cinta terakhirnya.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images